Bayangkan senario ini.
Anda berada di rumah dan hendak bertemu sahabat baik anda di San Francisco Coffee, hanya 15minit dari rumah. Kereta anda digunakan oleh isteri yang hendak ke SPA kecantikan di sebuah pusat membeli-belah. Ada motorsikal tetapi, sebentar tadi, TV3 baru sahaja melaporkan keadaan cuaca di waktu petang dan diramalkan akan hujan.
Anda mengambil keputusan untuk menggunakan GRAB ke tempat tersebut. Sambil menunggu pemandu Grab tiba, anda mengambil kesempatan untuk bayar bil-bil utiliti. Terus anda keluarkan telefon pintar dan menekan Touch N Go App untuk uruskan pembayaran. Tidak lama kemudian, bunyi hon kereta pemandu Grab tiba. Anda bergegas keluar.
Dalam perjalanan, anda jauh termenung melihat pemadangan di luar kereta, terlintas papan tanda LAZADA. Dua minggu dari sekarang, ulangtahun perkahwinan anda dan isteri. Anda terbayang jam yang diminati isteri. Khuatir akan lupa atau tidak berkesempatan untuk singgah kedai jam tangan, anda buka aplikasi LAZADA dan cari jam tersebut untuk terus buat pembelian.
Selepas selesai berborak panjang dengan sahabat, anda hubungi isteri anda yang kebetulan baru sahaja habis sesi spa dan terus mengajak menonton wayang di TGV. Anda bercadang menggunakan pengangkutan awam kerana terdapat stesen MRT berhampiran. Anda meminta bantuan sahabat kerana secara kebetulan, sahabat anda dalam arah perjalanan yang sama.
Seronok menonton filem “Dawn Raid” lakonan mantap Shaheizy Sam, anda mengajak isteri makan malam di Manhattan Fish Market. Sambil menjamu selera, anda mendapat notifikasi Weechat dari kakitangan anda yang sedang berada di Yi Wu, China. Dalam mesej tersebut, kakitangan anda memaklumkan harga borong barang yang ingin anda bawa balik ke Malaysia. Tanpa membuang masa, anda memindahkan sejumlah wang ke akaun Weechat syarikat untuk kakitangan uruskan pembelian tersebut.
Sebelum pulang ke rumah setelah menjamu selera, isteri anda mengajak singgah ke GUARDIAN untuk membeli barangan penjagaan peribadi. Anda pun mengambil kesempatan untuk membeli BEROCCA yang sedang sohor kini di Internet. Dengan satu kali lambai, anda membayar menggunakan SAMSUNG PAY untuk menjelaskan pembelian.
Apabila tiba di rumah, terlihat sesuatu di atas meja. Rupanya seharian berjalan, anda lupa untuk bawa dompet. Nasib baik tak ada sekatan jalan raya oleh JPJ balik tadi.
Secara teorinya, anda boleh pergi jauh tanpa tunai, tanpa perlu bawa dompet untuk menyimpan wang kertas. Dengan kata lain, nirtunai. Semua urusan perbelanjaan dan pembelian dilakukan melalui telefon pintar dengan penggunaan eWallet.
Sehingga kini, terdapat 16 eWallet yang dikenalpasti penggunaanya secara menyeluruh di Malaysia. Adakah anda perlu muat turun kesemuanya kedalam telefon pintar? Agak tidak praktikal untuk menggunakan kesemuanya kerana ia akan menyebabkan telefon pintar anda kehabisan ruang simpanan.
Pada masa yang sama juga, tidak kesemuanya akan digunakan pada satu masa. Terima kasih kepada Elia Pikri dari Vulcanpost yang membuat perbandingan antara kesemua 6 wallet tersebut. Berikut adalah 16 eWallet yang boleh menggantikan dompet anda.
Sebelum itu, majoriti eWallet yang disenaraikan di bawah memerlukan deposit kedalam aplikasi sebelum digunakan, dan juga penggunaan kod QR sebagai kaedah bayaran, kecuali dinyatkan sebaliknya.
WeChat Pay
WeChat Pay telah menjalankan versi beta ringgit selama 2 tahun sejak diperkenalkan fungsi tersebut pada bulan June. Walaupun belum dilancarkan sepenuhnya di Malaysia, ia telah tersedia ada di dalam aplikasi tersebut untuk pengguna WeChat
Guna jika:
- Anda salah seorang dari 20 juta pengguna sedia ada WeChat di Malaysia
- Anda ingin memindahkan wang antara anda dengan penguna WeChat yang lain
- Tidak kisah ia belum dilancarkan secara rasmi dan tidak mempunyai senarai lengkap pedagang
WeChat boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS devices.
Boost
Dengan sokongan Axiata di belakang, Boost dapat berkembang dengan pantas sehinggakan ia mendapat banyak pujian bagi strategi perlaksanaan growth-hacking mereka dalam masa yang singkat. Ini terbukti apabila terdapat banyak kedai menggunakkannya.
Guna jika:
- Anda mahu diskaun
- Anda mahu beli voucher dan hantar e-hadiah
- Anda pengguna Celcom dan anda boleh membuat pembayaran credit melalui wallet tersebut
- Anda mahu pisahkan pembayaran bil antara rakan-rakan
- Anda mahu menggunakkannya di gerai, bazar Ramadan dan juga pasar malam
Boost boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS devices.
GrabPay
Sejak pelancarannya di Singapore, ia mula menular masuk ke Malaysia. Ia bukan sahaja digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan, malah, pelbagai khidmat yang ditawarkan dan GrabPay sebagai medium pembayaran.
Guna jika:
- Anda mahu guna wallet yang tidak perlu melakukan deposit kedalam akaun
- Anda bakal menjadi pengguna tegar GrabFood
- Anda mahu kumpul mata ganjaran dan tebus hadiah
- Anda kerap menggunakan perkhidmatan pengangkutan KLIA
Grab boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS
Touch ‘N Go Dan Alipay
TNG antara eWallet pertama di Malaysia, ia satu-satunya wallet yang berpeluang untuk digunapakai secara meluas kerana banyak digunakan oleh penduduk Malaysia. Syaratnya, perkhidmatan yang ditawarkan memuaskan hati keperluan penduduk Malaysia.
Sebagai penasihat kepada Touch ‘N Go, Alipay telah lama berada di Malaysia dan ia asalnya bertujuan untuk kegunaan pelancong dari China. Sehubungan itu juga, wallet ini juga boleh digunakan oleh penduduk Malaysia.
Guna jika:
- Anda peminat Jack Ma dan usaha Alibaba untuk menjadi nirtunai.
- Anda tidak kisah menghadapi masalah yang sering timbul dengan aplikasi tersebut
- Anda sabar menanti fungsi tambahan seperti membeli tiket kapal terbang, tiket wayang, pembayaran bil dan utilti dari wallet tersebut
- Untuk Alipay, boleh digunakan di Kenny Rogers, Starbucks, atau Genting
TNG boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS.
Lazada E-Wallet
Buat masa sekarang, Lazada hanya dapat digunakan pada pelantar Lazada. Tidak dapat dipastikan adakah ia akan digunakan untuk perkhidmatan lain. Berbanding dengan wallet yang lain, ia mempunyai had deposit maksimum RM4,999, sesuai untuk pembeli impuls atas talian.
Guna jika:
- Anda kerap menggunakan Lazada
- Anda mahukan diskaun dan rebat dari lazada (tidak semua pembelian hadir dengan diskaun)
Lazada e-wallet boleh diaktifkan mengikut arah yang terdapat disini
Kipple Pay
Wallet ini lebih tertumpu kepada restoran.
Guna jika:
- Anda lebih selesa menempah makan melalui eWallet daripada menunggu pelayan (hanya di restoran tertentu)
- Anda berminat untuk mencuba tempat makan baru disekitar kawasan yang disenaraikan dalam Wallet tersebut
- Anda ingin memindahkan wang antara rakan dan keluarga
KiplePay boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS.
Samsung Pay
Samsung Pay telah masuk pasaran Malaysia sejak dunia mula mengenali penggunaan eWallet. Pada asalnya, ia diperkenalkan bertujuan untuk menarik perhatian pengguna produk samsung sedia ada untuk perkhidmatan tambahan tersebut, khasnya pengguna Jam Pintar Samsung.
Guna jika:
- Jika anda memiliki telefon dan jam pintar jenama Samsung
- Jika anda lebih suka melambai (seperti PayWave) peranti anda di kaunter juruwang daripada mengimbas kod QR
- Mempunyai akan PayPal yang aktif, memandangkan Samsung Pay bakal membenarkan transaksi melalui PayPal
Samsung Pay boleh didapati pada Android.
vcash
eWallet dari Digi ini memiliki hampir 2,000 lokasi penggunaan. Banyak jenama besar seperti Fish & Co., Life Juice, Manhattan Fish Market, Mydin, menerima pembayaran melalui Vcash.
Guna jika:
- Anda kerap membuat pembelian atas talian memandangkan MOLPay dan iPay88 mengintergrasikan vcash dalam pelantar tersebut
- Anda lebih selesa melakukan deposit di kaunter Digi Store, perbankan atas talian melalui FPX atau JomPAY
- Jika anda ingin memindahkan wang antara rakan dan keluarga
vcash boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS
Maybank Wallet
Sebelum eWallet menjadi terma yang panas pada 2016, Maybank telah melancarkan mobile wallet yang mengumpulkan penggunaan kad kredit dan debit dalam satu peranti dan anda hanya perlu tap dan bayar pada terminal yang disediakan.
Guna jika:
- Anda memerlukan wallet yang tidak perlu melakukan deposit ke dalam wallet terlebih dahulu
- Anda memiliki telefon Android
- Anda selesa menggunakan kaedah tap dan bayar seperti PayWave melalui telefon pintar NFC-enable.
- Anda kerap membeli-belah di Aeon, AeonBig, Jaya Grocer, Krispy Kreme, TGV Cinemas, San Francisco Coffee, Mydin, Chatime, Watsons dan Mcdonald’s
Maybank Pay boleh didapati pada peranti Android
MPay Wallet
Khas untuk pengguna MasterCard sahaja
Guna jika:
- Anda memerlukan wallet yang tidak perlu melakukan deposit ke dalam wallet terlebih dahulu
- Anda memerlukan kad fizikal bersama eWallet
- Anda menggunakannya untuk pembelian atas talian dan juga secara penggunaan secara fizikal
- Anda selesa menggunakan pembayaran melalui kod QR
- Anda ingin memindahkan wang antara rakan dan keluarga yang memiliki wallet Mpay
MPay boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS.
BigPay
Aset yang dianggap paling bernilai oleh Tony Fernandes di mana beliau membayangkan masa depan, tiada lagi penggunaan wang tunai di AirAsia
Guna jika:
- Anda kerap menggunakan AirAsia di mana yuran pemprosesan dilepaskan melalui wallet
- Anda berminat untuk mengumpul mata ganjaran BigPoints
- Anda memerlukan kad fizikal bersama eWallet
- Anda ingin memindahkan wang antara rakan dan keluarga yang memiliki wallet BigPay
BigPay boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS
XOX e-Wallet
Sebahagian dari XOX Mobile, ia lebih tertumpu kepada pembelian kad hadiah Steam.
Guna jika:
- Anda pengguna pelantar Steam dan anda memerlukan XOX wallet untuk membeli kad hadiah Steam
- Anda pengguna talian XOX mobile
MyXOX boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS devices.
TaPay
Pada Mei 2017, Cyberview menandatangani memorandum persefahaman bersama Fullrich Beijing (yang menguruskan TaPay) dalam satu bidaan untuk menjadikan Cyberjaya sebagai sebuah hub Fintech serantau, bermula dengan pengenalan TaPay sebagai eWallet tempatan.
Guna jika:
- Anda tinggal di Cyberjaya, di mana TaPay digunakan sebagai eWallet tempatan
- Anda selesa menggunakan pembayaran melalui kod QR
- Anda ingin memindahkan wang antara rakan dan keluarga yang memiliki wallet TaPay
- Anda ingin mengumpul mata untuk menebus ganjaran
- Anda tidak kisah, ia sebuah aplikasi versi beta
TaPayboleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS.
Payfy (Oleh Astro)
Astro juga mengambil kesempatan terhadap trend eWallet. Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia hanya boleh digunakan untuk membayar bil Astro. Meskipun demikian, Astro dikatakan akan memperkenalkan banyak lagi perkhidmatan tambahan.
Guna jika:
- Anda mahukan pulangan wang 2% jika anda pelanggan Astro or NJOI, sehingga 30 September.
- Anda juga mahukan ganjaran RM8 kerana mendaftar Payfy sebelum 30 September.
- Anda mahu gunakan Payfy sebagai satu saluran yang boleh menggunakan 5 kad kredit
- Anda sanggup menunggu untuk pelbagai pilihan tambahan apabila disediakan kelak, di mana Payfy hanya boleh membayar bil Astro dan pembelian kredit tambah nilai untuk Njoi prabayar.
Payfy boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS.
SarawakPay
Satu-satunya negeri yang mempunyai wallet sendiri yang boleh digunakan untuk bayaran pelbagai perkhidmatan kerajaan Sarawak dan juga bil-bil utiliti. Satu perancangan untuk menjadikan negeri tersebut nirtunai dan juga dipertimbangkan sebagai permulaan untuk memperkenalkan identiti digital untuk penduduk Sarawak.
Guna jika:
- Anda tinggal di Sarawak
- Anda mahu bayar bil melalui aplikasi tersebut
- Anda mahu jadi pengguna awal teknologi tersebut dan dikenali sebagai penduduk Sarawak yang nirtunai
- Anda mahu memindahkan wang kepada pengguna SarawakPay
Sarawak Payboleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS.
***
Walaupun anda bertekad untuk mengantikan dompet anda dengan eWallet, jangan lupa pula membawa kad pengenalan dan lesen memandu apabila keluar dari rumah, kerana ia satu-satunya peranti yang belum boleh diganti sepenuhnya dengan teknologi digital.
Belum cuba lagi, sarawakpay tu macam menarik. Ada nama negeri.
[…] menggalakkan masayarakat Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang nirtunai. Sehingga kini, terdapat 16 syarikat berlumba-lumba untuk memperkenalkan ewallet masing-masing. Walaubagaimanapun, Nazroof tidak […]
[…] menggalakkan masayarakat Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang nirtunai. Sehingga kini, terdapat 16 syarikat berlumba-lumba untuk memperkenalkan ewallet masing-masing. Walaubagaimanapun, Nazroof tidak […]
[…] masyarakat Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang nirtunai dan sehingga kini, terdapat 16 syarikat berlumba-lumba untuk memperkenalkan ewallet sempena menyahut seruan kerajaan. Walaubagaimanapun, […]