Berita dan Info Bisnes ICT

Bank di Malaysia Belum Bersedia untuk Mobile-Commerce (m-commerce)

1.02K 0

Editor's Review

5
5

Digembar-gemburkan dalam berita bahawa kita sedang menuju era m-commerce. Ini di mana jual beli dan transaksi bukan sahaja berlaku di komputer, malah di telefon bimbit. Namun Malaysia sebenarnya masih lagi sebuah masyarakat yang membayar menggunakan wang tunai dan bukannya kad kredit. Apabila berjual beli, ramai pelanggan akan memilih untuk membuat bayaran dengan perkhidmatan internet banking seperti Maybank2U, CIMBclicks dan lain-lain. Jika tidak, mungkin mereka memilih untuk membuat deposit terus ke akaun penjual.

Oleh demikian, antaramuka web untuk bank-bank di Malaysia mestilah juga sesuai dilihat dan digunakan dengan paparan di telefon bimbit. Di Malaysia, kita ada MyClear Sdn. Bhd. yang menawarkan perkhidmata FPX, di mana ianya menjadi pihak pengantara bagi transaksi online banking di antara penjual dan pembeli. Dari laman FPX ini, pelanggan boleh memilih daripada 12 bank pengguna untuk membuat bayaran. Pelanggan bolehlah memilih mana-mana bank di mana dia mempunyai akaun di situ.

FPX mempunyai rekabentuk laman web yang mesra peranti mobile. Syabas untuk MyClear. Kekecewaan bermula apabila kita tiba di laman web bank-bank.

Saya mencuba kesemua 12 bank ini untuk melihat rekabentuk antaramuka yang mereka sediakan untuk integrasi FPX ini. Namun, saya kecewa apabila melihat lebih daripada separuh bank-bank tidak mempunyai paparan yang sesuai untuk peranti telefon mudah alih. Dan antaranya termasuklah bank-bank yang terkemuka dengan jumlah pelanggan paling banyak.

Berikut adalah hasil cubaan saya. Mencuba antaramuka pembayaran online di bank-bank untuk kesesuaian dengan peranti telefon bimbit.

  • CIMB – gagal
  • Maybank – gagal
  • Affin – gagal
  • AmBank – gagal
  • Muamalat – gagal
  • Hong Leong – gagal
  • RHB – gagal
  • Public Bank – lulus
  • UOB – lulus
  • Alliance – lulus
  • Bank Islam – lulus
  • Bank Rakyat – separa lulus, kerana boleh scroll ke kiri dan kanan

Dalam menyediakan paparan web untuk online payment bagi penggunaan di paparan peranti telefon bimbit, ada banyak kaedah yang boleh digunapakai oleh bahagian IT bank-bank ini. Antaranya termasuklah “adaptive design”, “responsive design”, mengenalpasti peranti pengguna dan memaparkan rekabentuk yang berbeza dan pelbagai lagi.

Untuk rujukan lanjut, berikut adalah “screenshot” hasil cubaan saya ke atas bank-bank ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.