Berita dan Info Bisnes ICT

30 Usahawan Bumiputera diangkat sebagai ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur’

,
769 0

Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) telah mengadakan Majlis Pelancaran Buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur: Stories from the Frontline’ pada Sabtu, 26 Mac 2016 bertempat di Empire Damansara, Damansara Perdana.

Y.Bhg. Dato’ Husni Salleh, Encik Ashran Dato' Ghazi

Y.Bhg Dato’ Husni Salleh , Encik Ashran Dato’ Ghazi

30 syarikat Bumiputera ICT, Kreatif dan berinovasi yang terbahagi kepada syarikat berprestasi tinggi dan syarikat startup harapan telah diketengahkan dalam edisi pertama buku ini yang diolah oleh Ain A. Patakon.
Perkongsian daripada usahawan yang berprestasi tinggi ini akan memberi lonjakan kepada usahawan lain untuk menjadi lebih berani dalam mengambil risiko serta meningkatkan tahap ketahanan dalam menghadapi sesuatu cabaran. Ia juga sebagai pemangkin untuk mencetus idea-idea yang bernas bagi mengembang dan memajukan perniagaan. Manakala, perkongsian dari usahawan startup harapan pula dijangka dapat memberi impak yang positif dan menyuntik semangat keusahawanan kepada para pelajar dan graduan universiti untuk menceburi bidang perniagaan.
“Ini adalah kali pertama di Malaysia sebuah buku yang menghimpunkan pengalaman sebenar 30 Usahawan Bumiputera dalam bidang ICT dan Kreatif. Dengan lahirnya buku ini, kami mengharapkan agar pengalaman, kekuatan dan jati diri yang ditonjolkan akan dijadikan sebagai panduan kepada para usahawan lain. Ia juga bakal memberi inspirasi dan mengalakkan lebih ramai lagi menceburi bidang keusahawanan” kata Ashran Dato’ Ghazi, Presiden NEF.
Y.Bhg. Dato’ Husni Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) telah melancarkan buku tersebut dengan jayanya.
Didalam ucapan pelancaran buku tersebut, beliau mengatakan “Pengalaman, kisah suka dan duka, perjalanan perniagaan dan sikap tidak mengalah yang di kongsi dalam buku ini mempamerkan jati diri bangsa dan negara kita. Saya juga amat berbangga kerana sebilangan syarikat TERAS dan juga pemenang geran SUPERB turut tersenarai didalam buku ini. Besar harapan saya sekiranya lebih ramai lagi pemenang SUPERB akan terpilih sebagai Aspirasi bagi usahawan lain pada masa akan datang.”

12832346_1044138108977253_1725065666489650840_n

30 Usahawan Bumiputera diangkat sebagai ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur’
Pembikinan buku tersebut turut disokong sepenuhnya oleh Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC).

Statistik Buku Aspirasi Unikorn Bumipreneur

AUB Statistik

AUB Statstik-Negeri

Buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur : Stories from the Frontline’ ini berada dipasaran dan berharga RM49.90 dan boleh dibeli secara online di http://bit.ly/1RK6oqP. Ia juga boleh diperolehi dalam bentuk e-Buku di laman web E-Sentral.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nef.org.my atau www.facebook.com/NEFMalaysia.

Leave A Reply

Your email address will not be published.