Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

TheLorry Bakal Membuka Pejabat di Singapore – Mensasar Pasaran SEA dan Pelaburan Unilever

2.11K 1

Berikutan pembiayaan Series B sebanyak RM24 juta (~S$7.89 juta), TheLorry yang merupakan sebuah pelantar bagi pemandu penghantaran yang bertadi Malaysia, telah mendapatkan satu lagi pelaburan dari Unilever.

Berita ini berikutan perkembangan pasaran mereka ke 4 pasaran di seluruh Asia Tenggara iaitu Thailand, Indonesia, Vietnam, dan Filipina, dengan kerjasama Unilever, yang juga memberikan peluang penskalaan kepada rangkaian rantaian bekalannya.

Selain dari memberikan perkhidmatan kepada Unilever, TheLorry juga akan mendapatkan sumber kepada perhubungan perniagaan bersama dengan pelanggan di seluruh kawasan.

Untuk menyokong perkongsian ini, Unilever akan mendapatkan ekuiti saham keutamaan boleh tukar, mengikut pelepasan.

TheLorry juga akan mmemindahkan sebahagian pengurusan ke LEVEL3, sebuah ruang ko-kerja yang terletak di ibu pejabat Unilever  di Singapura, dilancarkan oleh The Unilever Foundry dan Padang & Co.

Dengan perkongsian ini, TheLorry akan menyokong Unilever dengan permintaan dan penghantaran pada masa yang sama, serta memberikan harga yang telus dengan yuran yang lebih murah, kemudahan akses ke armada dengan sambungan 24/7, track – and – trace 100% dan harga pasaran waktu sebenar.

Melalui pelantar TheLorry, pemandu akan dapat menggunakan masa dengan lebih baik kerana mereka boleh mengakses permintaan melalui tablet dan aplikasi, yang menyediakan penghalaan percuma, komunikasi, telematik, dan cadangan untuk meningkatkan sikap memandu.

Sebagai percubaan, Unilever berkerjasama dengan The Lorry di Malaysia untuk membantu syarikat tersebut membuat 620 penghantaran selama dua bulan pada tahun 2017.

Mereka melihat tahap kejayaan sebanyak 99.2% untuk tempahan penghantaran melalui perancangan laluan yang lebih baik dan juga penjimatan kos sebanyak 6.2% ketika mengurangkan ruang di bahagian muatan.

Ujian ini membantu Unilever mengeluarkan cela di dalam pengaliran komunikasi antara firma, penyedia logistik pihak ketiga, dan pengangkut.

Dalam masa tiga tahun yang akan datang, Unilever ingin mencapai penjimatan kos pengangkutan sekunder sebanyak 12% melalui kadar kejayaan penyampaian sebanyak 99.5% dan penyerahan bukti-penghantaran (POD) pada masa 100% melalui perkongsian ini.

Oliver Carnet, Ketua Rantaian Pembekalan dan Pembuatan Asia Tenggara Australasia dan Ketua Logistik Global, Unilever, berkata,

“Kerjasama ini mewakili kuasa untuk memasukkan teknologi digital dan perkongsian model perniagaan baru ke dalam sistem.”

“Pada tahun 2017 kita mengkaji pendatang baru ke sektor pengangkutan dan logistik di Asia Tenggara untuk memahami cara yang boleh dilakukan untuk mengganggu model rantaian bekalan konvensional. Hasil perkongsian awal kami dengan TheLorry adalah amat jelas.”

Chee Hau Goh, Pengarah Urusan di TheLorry, berkata,

“Melalui bekerja dengan Unilever Foundry, kami berpeluang untuk melakukan ujian di Malaysia yang diperoleh melalui keputusan yang berjaya dan membolehkan kami bekerja hari-hari dengan syarikat itu.”

“Kami sedang memberi tumpuan kepada pasaran Asia Tenggara dan kami merancang untuk mengembangkan pasaran ke Vietnam dan Filipina, bukan sahaja untuk mengukuhkan jenama kami, tetapi untuk menjadi peneraju pasaran utama di rantau ini.”

Sumber The Vulcan Post

One Comment

  • ruhaidah says:

    mr otakit

    Aida here from tawahad resources
    berminat mengunakkan perancangan anda
    boleh reply secepat yg mungkin

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.