Spekulasi Grab akan mengambil alih Uber yang menjadi bualan ramai beberapa bulan kebelakangan ini telahpun menjadi kenyataan apabila Grab membuat pengumuman semalam bahawa ia telahpun mengambil alih operasi Uber Asia Tenggara.
Ia juga akan mengambil alih aset dan operasi Uber di Cambodia, Indonesia, Malaysia, Myanmaar, Singapore, Thailand dan Vietnam. Selain itu, Grab juga akan mengintegrasikan perniagaan ride-sharing dan penghantaran makanan di rantau Asia Tenggara ke dalam ekosistem Grab yang sedia ada.
Sebagai sebahagian dari perolehan, Uber akan memegang 27.5% pegangan saham didalam Grab dan Ketua Pegawai Eksekutif Uber Dara Khosrowshahi akan menyertai lembaga pengarah.
Urusjanji ini adalah yang terbesar di Asia Tenggara.
Apa Kesannya Terhadap Pengguna dan Pemandu?
Dalam satu kenyataan, Grab telah mengakui kesukaran untuk menggabungkan dua usaha besar yang serupa lebih-lebih lagi melibatkan jutaan pengguna di pelantar kedua-dua pelantar.
Pemandu Uber
Aplikasi Uber akan terus beroperasi selama dua minggu sehingga 8 April 2018. Dalam tempoh tersebut, Grab akan membantu peralihan pemandu Uber ke pelantar Grab. Menerusi Laman FAQ, pemandu Uber akan dimaklumkan pemindahan ke pelantar Grab bersama maklumat akaun termasuk rating dan sejarah perjalanan.
Dalam pada itu, Uber akan terus memberikan bantuan dan sokongan terhadap sebarang pertanyaan semasa tempoh peralihan.
Pemandu Grab
Dalam tempoh peralihan tersebut, ia tidak akan memberi kesan kepada pemandu sedia ada. Tiada perubahan akan berlaku dan kekal seperti sedia ada termasuk faedah dan insentif.
Walaupun dengan pertambahan pemandu Uber ke dalam pelantar, jumlah pendapatan pemandu Grab juga tidak akan terkesan dengan perubahan tersebut.
Pengguna Grab dan Uber
Seperti yang dimaklumkan, perkhidmatan Uber akan beroperasi selama dua minggu sehingga 8 April 2018. Struktur tambang juga tidak akan berubah dalam tempoh masa tersebut.
Tambang bagi GrabCar dan JustGrab juga tidak akan berubah dan kekal berdasarkan penggiraan jarak dan surcaj dinamik berdasarkan permintaan, keadaan trafik dan masa perjalanan.
Akaun Uber pengguna akan kekal. Pengguna masih boleh melihat sejarah perjalanan dan rating dalam aplikasi Uber. Ia kekal aktif dan masih boleh digunakan di negara di luar Asia Tenggara di mana Uber beroperasi.
Data yang dimasukkan di Uber selain maklumat pembayaran, akan di pindahkan ke Grab tetapi tidak akan kelihatan pada aplikasi Grab.
Ditubuhkan pada 2012 dan dikenali sebagai Myteksi, Grab telah mengembangkan operasinya bukan setakat perkongsian perjalanan, malah dalam bidang fintech dan juga penghantaran makanan.
Sumber Vulvan Post Says
Harap2 betul lah apa yang dikatakan, Tambang grab sama seperti sediakala. Kerisauan bagi kami sebagai pengguna bila uber dah takde takut tambang makin tinggi.