Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Paparkan Project ICT Anda Di JOMLAUNCH4 – 26 November 2016 di TMCC

,
3.77K 0

JOMLAUNCH adalah acara yang dikelolakan oleh Komuniti JOMWEB dan Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF).

JOMWEB pula adalah sebuah komuniti online yang terdiri daripada golongan programmer, developer dan penggiat ICT tanahair. Mereka bergiat aktif di Facebook Group yang boleh dilayari melalui http://jomweb.my.

NEF pula adalah persatuan berdaftar yang dianggotai oleh usahawan ICT bumiputera.

Sejak tahun lalu, NEF bersama Komuniti JOMWEB telah memulakan satu acara sehari yang dinamakan JOMLAUNCH. Ianya diadakan sebanyak dua kali setahun. 26 November ini merupakan kali keempat ianya diadakan.

JOMLAUNCH diadakan bagi memaksa rakan-rakan komuniti yang mengusahakan produk peribadi untuk menyiapkan projek mereka dengan menetapkan satu tarikh untuk melancarkan projek. Selain dari itu, JOMWEB secara umum sentiasa ingin mengetengahkan bakat-bakat ICT tanahair agar mereka lebih dikenali dan diraikan, selain daripada untuk dijadikan inspirasi kepada programmer-programmer lain. Maka JOMLAUNCH juga adalah satu usaha kearah matlamat itu.

Dari JOMLAUNCH yang pertama sehingga yang terkini diadakan beberapa bulan lalu, banyak projek ICT yang dihasilkan oleh tenaga mahir tempatan telah berjaya diketengahkan. Antaranya termasuklah:

jomlaunch1-maideasy

MaidEasy di JOMLAUNCH1 di UNITEN, Bangi

  • MaidEasy
  • Katsana Shuttle
  • InstaWeb, membina laman web dengan Facebook Page
  • Hifz, aplikasi untuk hafazan Al-Quran
  • Posto Express, kini Zepto Express
  • DobyBox, khidmat dobi melalui almari di kondo-kondo
  • Qawal, sistem pemantauan IoT perniagaan dobi layan diri
  • Urusniaga
  • dan banyak lagi

Untuk JOMLAUNCH4 pula kali ini, ianya agak menarik kerana telah menarik banyak pihak untuk turut sama menjayakannya. Telekom Malaysia melalui TMRE telah menyediakan tempat di TM Convention Centre di Bangsar. NEF terus memberikan sokongan sama seperti yang lalu dengan bantuan logistik dan pengurusan, selain daripada menaja makanan peserta. Stampede Studio menaja rekabentuk, pembangunan dan pengurusan laman web. Zepto Express and Instaweb bakal menaja “goodie bag” untuk peserta. Graphene Themes telah menaja WordPress theme yang digunakan untuk laman web. Dregder TV membantu dalam segala hal berkaitan video and produksi.

JOMLAUNCH3, bersama Ashran Ghazi, CEO MaGIC dan kawan-kawan

JOMLAUNCH3, bersama Ashran Ghazi, CEO MaGIC dan kawan-kawan

Dengan kerjasama ini, pastinya ia menjadi lebih menarik untuk peserta yang bakal hadir kelak.

Sekarang ini JOMLAUNCH sedang menerima pembelian tiket dan juga pendaftaran untuk projek.

Tiket dijual pada harga RM20, termasuk makan pagi dengan tengahari. Bergantung kepada penaja, peserta juga mungkin pulang bersama “goodie bag” yang hebat-hebat.

Untuk membeli tiket, bolehlah ke http://launch.jomweb.my

Bagi yang mendaftarkan projek, sekiranya diterima, pemilik projek boleh membentangkan projek kepada di atas pentas kelak. Berkenaan projek, JOMLAUNCH memang direka agar tidak memberi tekanan komersil kepada pembangun. JOMLAUNCH lebih menekankan hal teknologi, lebih-lebih lagi dengan hadirin yang majoriti adalah programmer. Sebab itu, untuk pendaftaran projek, mereka boleh memilih salah satu daripada kategori berikut:

  • Projek sumber terbuka
  • Projek peribadi
  • Projek khidmat masyarakat
  • Projek komersil

Bagi yang berminat bolehlah mula mendaftarkan projek. Perlu diingatkan bahawa projek mestilah sesuatu yang dibangunkan sendiri menggunakan teknologi dan pengaturcaraan.

JOMLAUNCH4
Tarikh:
26 November 2016
Masa: 9 pagi hingga 5 petang
Tempat: Telekom Malaysia Convention Centre, Bangsar
Tiket: RM20

Untuk maklumat lanjut, bolehlah ke http://launch.jomweb.my

jomlaunch2-dobybox

Dobybox ketika JOMLAUNCH2

jomlaunch3-ending-pose

Peserta JOMLAUNCH3 di hujung program

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.