Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Lapasar Dapat Dana Modal Benih AS$500 Ribu untuk Tingkatkan Platform E-Perolehan dan Luaskan Capaian Pasaran

,
2.71K 0

Pelaburan modal terkini diteraju SeedPlus, firma modal teroka berpangkalan di Singapura bersama para pelabur budiman daripada NEXEA, firma pelaburan modal teroka-pelabur budiman berpangkalan di Kuala Lumpur

11 Julai 2019, Sungai Buloh, Selangor – Tenderin Sdn. Bhd., pembangun Lapasar (“Lapasar”), platform pemerolehan B2B memuncul hari ini mengumumkan mendapat pusingan pelaburan modal baru berjumlah AS$500 ribu (RM2,078,250 juta) untuk memecutkan pertumbuhannya.

Pusingan pelaburan terkini ini diteraju SeedPlus, syarikat modal teroka yang berpangkalan di Singapura yang melabur bersama para pelabur budiman dari NEXEA, firma pelaburan modal teroka-pelabur budiman yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Pendanaan modal terkini ini akan digunakan untuk menyokong pembangunan produk untuk mengautomasikan lebih lanjut proses membuat pesanan dan permohonan sebut harga (RFQ) di samping menyokong aktiviti pembangunan perniagaan.

Lapasar ialah pasar yang menghubungkan syarikat korporat dengan pembekal produk dan perkhidmatan di seluruh Malaysia. Misinya menjadikan pemerolehan korporate mudah, cekap, dan telus.

Thinesh Kumar, CEO dan Pengasas Lapasar berkata, “Dalam 12 bulan yang lepas, Lapasar telah mengalami pertumbuhan urus niaga yang mengagumkan sebanyak lebih 20 kali ganda.

Pada masa ini, platform kami mempunyai pangkalan data lebih 10 ribu pembekal produk dan perkhidmatan di seluruh Malaysia. Sambutan ini memberi kami keyakinan untuk terus memecut pertumbuhan. Kami semestinya berterima kasih mendapat sokongan para pelabur disegani termasuk SeedPlus dalam perjalanan ini.”

Tiang Lim Foo, Rakan Kongsi di SeedPlus berkata, “Sambil syarikat-syarikat menjadi lebih pro-aktif mengoptimumkan dan mengurus rantaian bekalan, kami menjangka sektor ini terus tumbuh dengan pesat dalam 5-10 tahun akan datang di seluruh Malaysia dan rantau Asia Tenggara amnya.

Antara prinsip-prinsip teras yang membolehkan pertumbuhan ialah kecekapan dan ketelusan lebih tinggi dalam alir kerja perusahaan dan B2B. Kami berpendapat Thinesh dan pasukannya di Lapasar telah menghasilkan platform unik yang sesuai memanfaatkan arus pertumbuhan.

Paling penting, kami kagum dengan kecerdasan mereka belajar dan menumpukan sepenuhnya pada pengguna, yang jelas dalam interaksi kami dengan pasukan tersebut semasa mereka menyertai Project Alpha, program pemangkin syarikat pemula niaga kami yang dianjurkan bersama Amazon Web Services.

“Syarikat-syarikat korporat biasa mengambil masa beberapa hari sebelum dapat membuat pesanan produk tetapi dengan Lapasar tugas tersebut dapat dicapai dalam beberapa minit—menjadikan kecekapan bahagian penting dalam budaya korporat mereka,” jelas Thinesh.

Pelanggan korporat Lapasar termasuk Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Telekom Malaysia Berhad, dan Tenaga Nasional Berhad.

Menurut Frost and Sullivan dalam laporannya yang bertajuk “Pasaran Platform e-Dagang B2B AS, Ramalan hingga 2023” pada 26 September 2017, “Jualan e-dagang perniagaan-ke-perniagaan (B2B) global diramal mencecah lebih S6.6 trilion menjelang 2020, melampaui perniagaan-ke-pengguna (B2C)  yang dinilai pada $3.2 trilion menjelang 2020.”

“Di Malaysia, untuk memecut pertumbuhan e-dagang, campur tangan kerajaan seperti memecut penyertaan penjual dan penggunaan e-perolehan menjadi bidang fokus utama. Kami berharap untuk bekerjasama rapat dengan inisiatif kerajaan untuk menyokong usaha ini dengan Lapasar,” Thinesh menyimpulkan.

Tentang Lapasar:

Lapasar (lapasar.com) ialah pasar B2B dengan peralatan perolehan bersepadu. Syarikat bertujuan membawa kemudahan dan kecekapan B2C ke dalam persekitaran korporat sambil mengukuhkan tadbir urus perolehan.

Kitaran perolehan ke pembayaran lebih pantas, pengelakan kos dan pengurangan kos di samping pangkalan data pembekal yang besar adalah antara faedah utama yang dinikmati para pelanggan sedia ada. Lapasar dimiliki dan dibangunkan oleh Tenderin Sdn. Bhd. dan berpangkalan di Sungai Buloh, Selangor.

Tentang SeedPlus:

SeedPlus (seedplus.com) ialah firma modal teroka yang berpangkalan di Singapura yang ingin melabur dan berkongsi niaga dengan para pengasas yang membina syarikat pemula niaga yang mengganggu secara global di seluruh Asia, dengan meneraju pusingan pra-siri A. Falsafah pelaburannya bertumpu pada penglibatan secara operasi melalui sepasukan eksekutif berpengalaman daripada syarikat-syarikat teknologi bergerak maju seperti Google, Yahoo!, Spotify, dan Evernote. SeedPlus disokong Jungle Ventures dan menyenaraikan Cisco, IFC, SGInnovate, Accel Partners, RNT Associates, dan Eight Roads sebagai pelabur. Ruang lingkup minat pelaburannya yang luas termasuk pembelajaran mesin, perisian sebagai perkhidmatan (SaaS), internet benda (IOT) dan peranti bersambung, teknologi kewangan, dan pasar. Antara pelaburannya termasuk Moglix, Homage, CardUp, Evie.ai, dan CoveIOT.

Tentang NEXEA:

NEXEA (nexea.co) ialah firma pemecut syarikat pemula niaga dan modal teroka yang menyokong dan membiaya syarikat teknologi yang berpotensi menjadi gergasi seterusnya. Syarikat diasaskan dengan premis membantu pemimpin teknologi masa hadapan menyelesaikan masalah dunia sebenar, mengubah landskap pasaran, dan menghasilkan perniagaan yang berjaya. NEXEA dikenali dengan kumpulan mentornya yang terdiri daripada bekas usahawan berjaya, pelabur, atau eksekutif tertinggi yang memiliki atau keluar dengan berjaya (IPO, M&A) daripada perniagaan. NEXEA, dengan sekumpulan lebih 30 pelabur dan mentor telah membiaya lebih 35 syarikat pemula niaga, menghimpun, dan mengumpul lebih daripada $80 juta hasil disatukan melalui programnya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.