KITAMEN mengambil satu lagi langkah ke hadapan dalam memperkukuhkan peranannya dalam industri eSports tempatan apabila menandatangi satu perjanjian persefahaman bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Perjanjian itu menyaksikan KITAMEN dan MDEC bersama-sama mempromosi kempen “Healthy Gaming”. Kempen ini mengunjurkan kepada orang ramai yang permainan digital adalah suatu aktiviti yang menyeronokan tetapi perlu dilakukan secara berhemah dan berpatutan.
Usahasama ini diharap dapat menyemarakkan lagi pembangunan permainan digital di Malaysia di samping memperluas kesedaran mengenai industri ini. Selain itu usahasama ini akan menyaksikan kerjasama dua belah pihak dalam menganjurkan pelbagai acara untuk komuniti eSports di Malaysia serta merancakkan produktiviti sektor permainan digital.
Selain itu, Media Prima Berhad, bersama-sama rakan kerjasamanya Kitamen dan turut sama membangunkan sukan eSports dan industri permainan tempatan menerusi platform media yang meluas. Kolaborasi ini dilihat dapat menjadikan komuniti permainan tempatan lebih dikenali secara global. Selain itu, ia juga dapat menjadi menarik minat pembangun permainan digital tempatan untuk melihat permainan mereka dimainkan oleh peminat permainan digital di mana-mana sukan eSports yang bakal diadakan kelak.
“Bermain permainan digital seharusnya santai dan menyeronokkan. Ada juga yang menjadi permainan digital ini satu kerjaya sehingga mampu meraih pendapatan sehingga jutaan ringgit. Saya juga pernah diperkenalkan kepada top gamers di Malaysia tetapi tetap berjaya di dalam pelajaran mereka. Apa yang perlu hanyalah bermain secara lebih berhemah. Saya percaya kempen “Healthy Gaming” bersama dengan Kitamen dapat menjadi permulaan kepada pengwujudan komuniti permainan digital dan eSports yang sihat di negara ini,,” kongsi Datuk Yasmin Mahmood.
“Tentunya ini merupakan satu kolaborasi yang cukup dinantikan bersama KITAMEN dan MDEC. Dengan termeterainya perjanjian persefahaman ini, kami teruja untuk melihat apa yang ditawarkan industri permainan digital. Tentunya, kami berharap kolaborasi antara Kitamen dan MDEC dapat memberi inspirasi kepada pembangun permainan yang muda dan cukup berbakat seterusnya memberi mereka tunjuk ajar yang betul dalam mengembangkan kemahiran dan minat terhadap pembangunan industri permainan tempatan. Seperti yang dilaporkan di kebanyakan laman berita, permainan video merupakan antara bidang digital yang semakin rancak berkembang di era ini dan kami ingin turut sama berkongsi minat bersama semua peminat eSports di luar sana,”
KITAMEN juga turut menandatangani perjanjian persefahaman bersama Majlis Belia Felda Malaysia (MBFW) bersama-sama Persatuan eSports Kuala Lumpur (ESKL) dan Persatuan eSports Selangor (ESS) dalam menjalinkan kerjasama strategik untuk menyuburkan sukan eSports dan komuniti permainan menerusi penganjuran siri diskusi, projek dan aktiviti yang bermula daripada akar umbi secara tak langsung mewujudkan generasi belia yang celik teknologi dengan adanya platform untuk para belia negara menyalurkan bakat dan minat mereka terhadap sukan eSports.
Turut dilancarkan pada majlis yang sama adalah inisiatif dana masyarakat berasaskan ekuiti, atau, Equity Crowd Funding (ECF) oleh KITAMEN melalui Ata Plus, pengendali ECF berlesen yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. KEMPEN ECF ini bertujuan untuk menjana dana bagi membina sebuah pusat eSports khas untuk komuniti yang lengkap, di negara ini. Dengan menggunakan platform ini, para peminat eSports di luar sana dapat bersama-sama menaikkan taraf industri eSports tempatan bersama KITAMEN, sebagai pemangkin industri eSports di Malaysia, dan seterusnya, melangkau untuk pasaran global
https://youtu.be/pXKZaOr69qg