Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Cradle Memperkenalkan CIP300, Rombak Program Pembiayaan

3.36K 1

Baru-baru ini, Cradle, diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, telah memperkenalkan produk pelaburan berstruktur baru dikenali sebagai Program Pelaburan Cradle 300 (CIP300).

Pelancaran program pelaburan ini  yang diadakan di Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya, tidak jauh berbeza dengan program CIP sebelumnya, CIP300 adalah program pembiayaan awal yang menyediakan geran dan bantuan sokongan nilai tambah sehingga RM300,000.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Nazrin Hassan, CIP300 membantu menyelesaikan jurang pembiayaan yang wujud pada fasa awal perniagaan, iaitu pada peringkat penjanaan idea, prototaip dan fasa awal pengkomersialan produk. Beliau berkata, ciri-ciri utama CIP300 adalah pelbagai sokongan nilai tambah disediakan, yang mana setiap penerima CIP300 akan memperoleh manfaatnya.”

Pembiayaan CIP300 ini bertujuan untuk membantu usahawan memulakan usaha perniagaan berasaskan teknologi inovatif dengan membantu membangunkan dan mengkomersialkan produk mereka di peringkat awal.

Ia adalah versi terkini menggantikan dua dana pembiayaan yang sebelum ini dikenali sebagai CIP Catalyst (pembiayaan awal pembangunan produk sehingga RM150,000) dan CIP500 (pembiayaan awal untuk tujuan pengkomersilan sehingga RM500,000)

Cradle mengatakan bahawa CIP300 bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan usahwan dengan geran dan menggalakan syarikat pemulaan untuk merancang dan memilih sumber pembiayaan lain seperti crowdfunding dan anglefunding.

Fokus CIP300 adalah untuk membantu usahawan pada peringkat awal untuk membangun dan mengkomersialkan produk-produk inovatif dengan 60% daripada pembiayaan ditetapkan untuk aktiviti pengkomersilan, 40% untuk pembangunan produk serta aktiviti-aktiviti lain termasuk gaji.

Selain bertindak sebagai mentor dan memberi bimbingan dengan komponen latihan, ia juga datang bersama-sama dengan rangkaian dari Cradle dimana mereka boleh bantu melakukan pemadanan dengan pelabur berpotensi, korporat utama dan juga pelbagai agensi yang berkaitan.

Sehubungan itu, Cradle juga menyediakan program latihan dalaman untuk bahagian inovasi dan pengkomersilan, penyertaan dalam acara rangkaian serta acara media dan perhubungan awam,  dimana usahawan syarikat permulaan adalah lemah di bahagian tersebut.

Menurut Naib Presiden Cradle, Xelia Tong, seramai 25 penerima akan menerima pembiayaan awal tersebut dan mengambil masa 18 bulan untuk membangunkan prototaip.

Setiap penerima di bawah program ini akan mendapat manfaat dari pelbagai sokongan nilai tambah untuk membantu memupuk, membangun dan menyediakan usahawan tempatan atau permulaan dari bawah ke atas.

Sokongan ini termasuk Program bimbingan dan latihan khusus sepanjang tempoh pembiayaan, peluang dipadankan dengan pelabur berpotensi, padanan dengan rakan kerjasama Cradle, progam latihan dalaman untuk rekacipta, inovasi dan pengkomersilan, penyertaan dalam acara rangkaian perniagaan di bawah kelolaan Cradle, sokongan media dan perhubungan awam.

Pembiayaan CIP300 memberikan tumpuan kepada 2 sektor utama iaitu, ICT dan Non ICT. Sektor ICT meliputi teknologi mudah alih tanpa wayar, pembangunan kandungan dan multimedia kreatif, perkhidmatan bahagian sumber luar, reka bentuk perkakasan, pembangunan perisian,perniagaan berasaskan internet.

Bagi Non ICT sektor-sektor terlibat seperti Bioteknologi, teknologi bahan terkini, teknologi hijau, teknologi canggih berkaitan perkilangan, pengguna teknologi tinggi dan produk perniagaan. Ini juga termasuk, bidang-bidang dalam industri Semikonduktor, sains hayat, teknologi bersih.

Usahawan syarikat pemula yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan CIP300 perlu memenuhi beberapa kriteria seperti berikut, Pemohon mestilah berumur 18 tahun. Boleh memohon secara individu atau melalui syarikat-syarikat yang telah diperbadankan di Malaysia yang beroperasi kurang daripada 3 tahun. Sektor yang diliputi termasuk ICT, bukan ICT, dan bidang-bidang teknologi lain seperti semi-konduktor, sains hayat, dan teknologi bersih. Bagi syarikat yang memohon, pendapatan terkumpul tidak melebihi RM3 juta. Pemohon adalah pemastautin tetap di Malaysia.

Pemohon yang berminat boleh melayari laman web Cradle, www.cradle.com.my untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

One Comment

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.