Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Bila Mana Backup MySQL Adalah Kerja Sia-Sia Dan Cara Mengatasinya

1.24K 1

Ini adalah sebuah tutorial ringkas bagaimana untuk backup dan restore pengkalan data MySQL anda. Kemahiran ini adalah penting untuk memastikan kelangsungan aplikasi sekiranya berlaku sebarang peristiwa yang tidak diingini. Saya nak tekan di sini, apa yang kita buat adalah backup DAN restore. Sebab, and membuat kerja sia-sia sekiranya backup anda tidak boleh digunakan untuk restore.

Sekiranya masih keliru, “restore” anda proses di mana kita membina semula pengkalan data hasil daripada backup yang dibuat.

Untuk kerja-kerja backup, kita akan gunakan satu aplikasi command-line yang dibina oleh MySQL sendiri bernama mysqldump. Aplikasi ini adalah untuk dijalankan dalam persekitaran konsol, atau command-line. Bermakna kita perlu menaipkan arahan-arahannya di dalam MS-DOS di dalam Windows atau Terminal di dalam Linux.

Mari kita buat satu pengkalan untuk tutorial ini. Arahan-arahan berikutnya adalah membina sebuah pengkalan data dan memasukkan beberapa rekod. Anda boleh gunakan aplikasi klien MySQL yang lain sekiranya lebih selesa.

Pastikan di mana MySQL anda berada. Kita perlu berada di dalam folder \bin untuk lebih selamat. Sekiranya anda menggunakan XAMPP, besar kemungkinan ianya di dalam C:\xampp\mysql\bin. Sekiranya anda memasang MySQL secara sendiri, mungkin ianya di dalam C:\mysql\bin.

C:\>cd \mysql\bin

C:\mysql\bin>mysql -uroot -p

mysql> create database peribadi;
Query OK, 1 row affected (0.00 sec)

mysql> use peribadi;
Database changed

mysql> CREATE TABLE catatan (
     -> id INT,
     -> nota VARCHAR(100) );
Query OK, 0 rows affected (0.07 sec)

mysql> insert into catatan values (1, 'saya pergi sarapan');
Query OK, 1 row affected (0.04 sec)

mysql> insert into catatan values (2, 'memandu ke pejabat');
Query OK, 1 row affected (0.08 sec)

mysql> insert into catatan values (3, 'sambung kerja semalam');
Query OK, 1 row affected (0.02 sec)

Sekarang kita ada tiga rekod dalam table catatan. Kita boleh semak semula dengan arahan SELECT.

mysql> select * from catatan;
+----+-----------------------+
| id | nota                  |
+----+-----------------------+
|  1 | saya pergi sarapan    |
|  2 | memandu ke pejabat    |
|  3 | sambung kerja semalam |
+----+-----------------------+
3 rows in set (0.00 sec)

Bila sudah ada pengkalan data dan juga data di dalamnya, kita boleh mula membuat backup. Keluar daripada MySQL. Dan kita boleh mula menggunakan mysqldump.

mysql> \q
Bye

Sekarang, mari kita mula membuat backup. Arahan mysqldump secara sintaksnya adalah seperti berikut.

mysqldump -u[pengguna] -p[katalaluan] [pengkalan data] > [nama fail]

Maklumat lebih terperinci sentiasa terdapat di laman MySQL. http://dev.mysql.com/doc/refman/5.1/en/mysqldump.html

Jadi kita boleh gunakan arahan sebegini untuk pengkalan data peribadi kita tadi.

C:\mysql\bin>mysqldump -uroot -p peribadi > peribadi.sql

Jadi sekarang kita patut mempunyai fail peribadi.sql. Sekiranya awak membuka fail ini di dalam Notepad atau mana-mana aplikasi text editor, ianya akan kelihatan seperti begini.

— MySQL dump 10.13  Distrib 5.5.16, for Win32 (x86)
—
— Host: localhost    Database: peribadi
— ——————————————————
— Server version       5.5.16
/*!40101 SET @[email protected]@CHARACTER_SET_CLIENT */;
/*!40101 SET @[email protected]@CHARACTER_SET_RESULTS */;
/*!40101 SET @[email protected]@COLLATION_CONNECTION */;
/*!40101 SET NAMES utf8 */;
/*!40103 SET @OLD_TIME_ZONE[email protected]@TIME_ZONE */;
/*!40103 SET TIME_ZONE=’+00:00′ */;
/*!40014 SET @[email protected]@UNIQUE_CHECKS, UNIQUE_CHECKS=0 */;
/*!40014 SET @[email protected]@FOREIGN_KEY_CHECKS, FOREIGN_KEY_CHECKS=0 */;
/*!40101 SET @[email protected]@SQL_MODE, SQL_MODE=’NO_AUTO_VALUE_ON_ZERO’ */;
/*!40111 SET @[email protected]@SQL_NOTES, SQL_NOTES=0 */;
—
— Table structure for table `catatan`
—
DROP TABLE IF EXISTS `catatan`;
/*!40101 SET @saved_cs_client     = @@character_set_client */;
/*!40101 SET character_set_client = utf8 */;
CREATE TABLE `catatan` (
  `id` int(11) DEFAULT NULL,
  `nota` varchar(100) DEFAULT NULL
) ENGINE=InnoDB DEFAULT CHARSET=latin1;
/*!40101 SET character_set_client = @saved_cs_client */;
—
— Dumping data for table `catatan`
—
LOCK TABLES `catatan` WRITE;
/*!40000 ALTER TABLE `catatan` DISABLE KEYS */;
INSERT INTO `catatan` VALUES (1,‘saya pergi sarapan’),(2,‘memandu ke pejabat’),(3,‘sambung kerja semalam’);
/*!40000 ALTER TABLE `catatan` ENABLE KEYS */;
UNLOCK TABLES;
/*!40103 SET [email protected]_TIME_ZONE */;
/*!40101 SET [email protected]_SQL_MODE */;
/*!40014 SET [email protected]_FOREIGN_KEY_CHECKS */;
/*!40014 SET [email protected]_UNIQUE_CHECKS */;
/*!40101 SET [email protected]_CHARACTER_SET_CLIENT */;
/*!40101 SET [email protected]_CHARACTER_SET_RESULTS */;
/*!40101 SET [email protected]_COLLATION_CONNECTION */;
/*!40111 SET [email protected]_SQL_NOTES */;
— Dump completed on 2013-07-10  7:23:58

Secara amnya, apa yang kita akan dapat adalah satu set arahan-arahan SQL di dalam sebuah fail. Menggunakan fail ini, MySQL boleh memprosesnya, membina semula table yang diperlukan bersama dengan data-datanya.

Sekarang kita perlu masuk ke dalam MySQL semula dan membina satu pengkalan data kosong. Kemudian bolehlah kita restore hasil mysqldump.

C:\>cd \mysql\bin

C:\mysql\bin>mysql -uroot -p

mysql> create database peribadi2;
Query OK, 1 row affected (0.00 sec)

mysql> \q
Bye

Kita telah membina pengkalan data bernama peribadi2. Dengan pengkalan data kosong ini, kita boleh membuat aktiviti restore sekarang. Secara sintaksnya, kita perlu menulis arahan seperti ini.

mysql [pengkalan data] < [fail] -u[pengguna] -p[katalaluan]

Dengan command-line, hanya tulis arahan berikut:

C:\mysql\bin>mysql peribadi2 < peribadi.sql -uroot -p

Apabila selesai, kita boleh login semula ke MySQL dan melihat pengkalan data ini.

C:\mysql\bin>mysql -uroot -p

mysql> use peribadi2;
Database changed

mysql> select * from catatan;
+----+-----------------------+
| id | nota                  |
+----+-----------------------+
|  1 | saya pergi sarapan    |
|  2 | memandu ke pejabat    |
|  3 | sambung kerja semalam |
+----+-----------------------+
3 rows in set (0.00 sec)

Rasanya semua sudah selesai. Mungkin ada yang merasakan kita boleh menggunakan aplikasi klien MySQL seperti phpMyAdmin atau HeidiSQL untuk semua ini. Benar. Tetapi kita juga perlu perhatikan saiz pengkalan data kita. Sekiranya ianya mencecah ratusan MB atau mungkin GB, agak berat untuk menggunakan aplikasi klien mysql lain. Menggunakan aplikasi mysql terus lebih ringan dan hampir dengan aplikasi server MySQL.

Menggunakan kaedah sebegini, kita juga boleh menggunakan cron atau kaedah penjudualan yang lain untuk menjadualkan bila backup akan dilakukan. Mereka yang lebih hebat boleh membina skrip lain yang mengubahsuai kaedah backup ini mengikut kesesuaian masing-masing.

Selamat mencuba.

Sumber asal: http://iszuddinismail.com/backup-dan-restore-mysql-anda/#more-591

print

One Comment

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.