Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

5 Ahli NEF, Kongsi Pengalaman Bisnes Global Dalam Aspirasi Masterclass

3.29K 0

Jika anda mengikuti perkembangan semasa di FB page Otakit, mungkin anda akan perasan hantaran berkenaan dengan Aspirasi Masterclass. Apa sebenarnya Aspirasi Masterclass dan kenapa anda perlu ambil tahu?

Aspirasi Masterclass (AM) adalah hasil idea kreatif Iszuddin Ismail dari Otakit.my dengan kerjasama NEF dan MyNEF berdasarkan konsep laman Masterclass.com. Bezanya, Masterclass.com lebih kepada pengajaran ilmu-ilmu kemahiran seperti memasak, menulis, fotografi, berlakon dan sebagainya. AM pula, lebih tertumpu kepada bidang perniagaan dan syarikat permulaan.

AM menyediakan ruang pembelajaran ekslusif secara atas talian yang tidak terikat kepada masa dan lokasi. Ahli premium bebas menonton pengajaran yang disediakan pada bila-bila masa tak kira di mana-mana sahaja.

5 orang CEO-CTO meluangkan masa mengajar dihadapan kamera dan dirakam; bagaimana untuk memulakan atau mengembangkan syarikat permulaan. Mereka dipilih berdasarkan track record perniagaan mereka dan juga pengaruh mereka secara atas talian mahupun di luar talian.

CEO-CTO tersebut adalah Lilyana Latif, Ketua Pegawai Eksekuti MyNEF yang juga pengerusi Malaysia Rice Bowl Awards, Nadhir Asyafiq, Ketua Pegawai Eksekuti TheLorry yang mana beliau termasuk kedalam senarai 30 Forbes Bawah 30, Ketua Pegawai Teknikal Dropee, Haslinda Rasip yang mana baru-baru ini Dropee telah berjaya memperoleh pembiayaan RM1.4 million, Ketua Pegawai Eksekutif ZeptoExpress Mohd. Izzairi Yamin, penerima anugerah Chairman’s Choice Malaysian Rice Bowl Awards dan tidak ketinggalan Arif Tukiman, Ketua Pegawai Eksekuti RunCloud.io, Pemenang Startup World Cup Malaysia Regional.

Masing-masing mengajar dan berkongsi pengalaman mereka bagaimana mereka memulakan syarikat permulaan mereka.

Lilyana Latif, MyNEF

Bermula dengan Lilyana Latiff yang berpengalaman mendaftar 20 syarikat, beliau mengajar bagaimana untuk mendaftar perniagaan dan syarikat permulaan yang baru di SSM dalam 6 sesi pengajaran. Antara topik yang dibentangkan adalah Persediaan Sebelum Mendaftar, Melantik Setiausaha Syarikat (Co-Sec), Cara-cara Membuka Akaun Bank.

Mohd. Izzairi Yamin, ZeptoExpress

Mohd. Izzairi Yamin pula mengajar bagaimana untuk membina sebuah syarikat permulaan yang baru dengan sub-sub topik seperti berikut; Cara-cara Validasi Idea, Mendapat Dana Permulaan Awal, dan Bagaimana ZeptoExpress Bermula.

Haslinda Rasip, Dropee

Pengjaran seterusnya adalah dari Haslinda Rasip yang lebih tertumpu kepada pembangunan perisian. Antara topik yang dibincangkan adalah, Dokumentasi Idea & Validasi Idea, Validasi Perisian, Dapatkan Pengguna, Lancar Perisian, Pemantauan Dan Penambahbaikan.

Nadhir Ashafiq, TheLorry

Nadhir Ashafiq pula berkongsi bagaimana untuk bermula dari kosong sehingga mendapat 100 pelanggan pertama. Beliau lebih tertumpu kepada aspek jiwa dan minat seorang pengasas terhadap idea bisnes yang akan dijalankan.

Arif Tukiman, RunCloud.io

Akhir sekali adalah Arif Tukiman yang berkongsi bagaimana menjadikan perisan sebuah perniagaan global, seperti mana anda ketahui, RunCloud.io adalah satu perniagaan yang telah berkembang ke seluruh dunia dalam masa yang singkat. Beliau membincangkan topik-topik berkaitan dengan NABC Software, Segmen & Trend Bisnes dan Strategi Pelancaran Produk Ke Arena Global.

~*~

Aspirasi Masterclass – Sebuah laman pembelajaran atas talian yang tertumpu kepada bidang perniagaan. Ia direka khas untuk membantu individu-individu yang bakal mendirikan atau sedang membangunkan syarikat permulaan,  mendapatkan ilmu-ilmu perniagaan dari mereka yang berjaya dan bertaraf global. Untuk maklumat lanjut layari AspirasiMasterclass.com

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.