Berita dan Info Bisnes ICT

SMEBank Perkenal BID-It, Program Pembiayaan dan Bimbingan untuk Industri ICT

444 0

KUALA LUMPUR: Menyahut seruan kerajaan menjadikan e-perniagaan penyumbang utama kepada ekonomi negara, SME Bank baru-baru ini telah melancarkan satu program khas yang membantu usahawan syarikat pemulaan melalui Program Business in Digital Startup (BID-it).

Program yang baru dilancarkan ini khusus direka menggunakan konsep kejurulatihan, khas untuk membantu usahawan mendapatkan akses pembiayaan dan khidmat bimbingan yang teratur khususnya usahawan muda syarikat pemula yang berumur antara 20 – 35 tahun.

Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus, Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank berkata, “Menyahut seruan Kerajaan dalam usaha menjadikan e-perniagaan sebagai penyumbang ekonomi utama negara, SME Bank mengmbil inisiatif dan memperkenalkan BID-it dengan tujuan mengabungkan perniagaan baru yang inovatif dengan pendigitalan dan transaksi merentasi sempadan melalui teknologi dan e-dagang khasnya untuk syarikat pemula.”

Pelancaran yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan turut dihadiri Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan SME Bank, Dr. Sheikh Ghazali Abod.

BID-it akan menjadi pelantar bagi usahawan yang layak dan dipertimbangkan untuk pembiayaan di samping itu ditawarkan program bimbingan berstruktur bermula dari penjanaan idea sehingga ke titik pengkomersilan.

Menurut Datuk Mohd Razif Mohd Yunus lagi, antara kriteria utama pemilihan termasuklah penggunaan teknologi untuk pembangunan syarikat, keperluan pembiayaan dan modal perniagaan yang kukuh.

BID-It bermula dengan kempen kesedaran yang diadakan di 11 lokasi di seluruh negara pada bulan Mac dan April. Lebih 1,300 peserta telah menghadiri program tersebut dan mereka telah didedahkan tentang trend semasa menjalankan e-perniagaan dan pelbagai peluang yang ada untuk mereka mengembangkan perniagaan.

Pada akhir sesi kempen kesedaran tersebut, peserta telah digalakkan untuk menghantar idea mereka kepada SME Bank dan rakan kerjasama untuk dinilai daya maju keuntungan..

Setakat ini, SME Bank telah menerima 163 idea perniagaan dan sebanyak 72 idea telah dipilih oleh ahli panel. Idea-idea tersebut dibentangkan dan hanya 20 finalis akan dipilih. 20 finalis tersebut akan menghadiri bootcamp untuk memantapkan dan menghalusi idea mereka serta ditentukan pembiayaan yang bersesuaian dengan pelabur atau pembiaya termasuk SME bank.

Beliau menambah, SME Bank juga akan berkerjasama dengan sembilan organisasi bereputasi iaitu Cradle, MaGIC, MDEC, Microsoft, NEF, Payoneer, Dewan Perniagaan Usahawan Siber Malaysia (DPUSM), RAVE dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menjadijkan Program BID-it lebih bermakna dan nilai tambah dalam semua aspek perniagaan digital.

“Pertubuhan-pertubuhan ini bertindak sebagai jawatankuasa pemilihan dan menentukan jenis bantuan yang akan diberikan kepada 19 syarikat yang dipilih,” katanya.

Berikut adalah senarai 19 individu yang disenarai pendek.

  1. Chan Teck Keng Lh – Learning Group Sdn. Bhd.
  2. Dr Nur Shasa Ain Abdul Aziz – Eartistic Sdn Bhd
  3. Dr. Ruzaimi Mat Rani – Cluebee Sdn.Bhd.
  4. Haslinda Alias – Flik Synergy Sdn Bhd
  5. Jesrina Arshad – Purelyb Group Sdn Bhd
  6. Johar Shukri B Ghazali – Ab Chess Resources
  7. Ju Kim Hong – Aciliit Solutions Sdn Bhd
  8. Julia Ahmad Jamal – Asia Luxe Living Sdn Bhd
  9. Khoo Giok Hong – Coastal Hectare Sdn Bhd
  10. Mohd Firdaus Mahamad Zakaria – Squirtle Sdn. Bhd
  11. Mohd Noh Bin Sabar – Smart Excel Resources Sdn. Bhd.
  12. Mohd Rashid Bin Jamiran Rashid – Tennis Academy
  13. Shahfiq Nashrah Bin Muhammad Ashrah – Bitara Teknologi Enterprise
  14. Shahir Bakri Bin Mohd Fauzi – These People Ventures
  15. Shaizar Bin Daud – E8Mobility
  16. Syafiq Azuan Bin Zainal Azman – Inbosz Technologies Sdn. Bhd.
  17. Wan Hairul Azzuan Bin Wan Hanudin – Therapy On Demand Sdn. Bhd.
  18. Wan Mohd Azizul Solehin – Pasir Pekan Food Industries
  19. Zuhri Bin Yuhyi – Give & Gain Sdn. Bhd.

Finalis yang berjaya juga akan menyertai program pembangunan yang menyeluruh dan terus dibimbing melalui program berstruktur dipimpin oleh SME Bank yang boleh mengambil masa antara 12-24 bulan sebelum mendapat bantuan kewangan untuk memastikan usaha niaga mereka berjaya.

Program BID-It ini khas untuk usahawan-usahawan yang berminat dalam menjalankan perniagaan berteraskan industi berasaskan teknologi terutamanya teknologi maklumat sebagai pemboleh perniagaan.

Antara sorotan penting pada majlis pelancaran tersebut, Sesi Nasihat Dan Perniagaan Profesional yang mengenai perniagaan dan bimbingan perniagaan serta sesi nasihat pembiayaan bersama SME Bank yang terdiri daripada klinik perniagaan dan juga produk dan program pembiayaan perniagaan.

Sesi ini dibentangkan oleh 3 penceramah berpengalaman iaitu Lilyana Abdul Latif, Pengarah Eksekutif Yayasan MyNEF, Joachim Sebastian, Pengarah Urusan Everpeaks Consulting Sdn Bhd dan Rizal Alwani, Pengarah Eksekutif Rave Ventures Sdn Bhd.

Bagi usahawan yang berminat untuk Program Bid-It ini, layari laman web SME bank di http://www.smebank.com.my/bid-it/

 

Kredit gambar dari akaun Twitter Datuk Ahmad Maslan @ahmadmaslan

Leave A Reply

Your email address will not be published.