Jika anda seorang pengasas produk, pembekal, stokis mahupun dropshiper, anda akan dapati sistem web aplikasi ini yang dikenali sebagai WeNiaga adalah satu keperluan untuk syarikat anda. Ia adalah satu sistem pengurusan produk dan agen untuk HQ, stokis dealer, droship dan supplier bagi pengurusan data bersistem, teratur, tempahan produk lebih sistemetik dan prosedur operasi berpiawaian (S.O.P).
Sistem web aplikasi ini dibangunkan oleh Mohammad Syarifuddin Bin Mohammad Yusof, anak muda yang berlatar belakang Diploma Computer System and Software Engineering, UMP Malaysia.
Pengasas DinWare Software ini, mendapat inspirasi membangunkan WeNiaga setelah menyediakan sistem untuk UMP Holding. Lalu tercetusnya idea berdasarkan cara syarikat holding berurusan dalam proses jual beli.
Sebelum membangunkan WeNiaga, Syarifuddin pernah menjalankan beberapa perniagaan antaranya, perkhidmatan pembinaan website (portal dan web blog), perkhidmatan VPN kepada pelajar universiti, penjual dan pembekal barang borong dari China melalui WeyMurah.com dan juga Digital Marketing Consultant.
Sistem WeNiaga dibangunkan mengunakan Framework Laravel 5.3 dan rekabentuk sistem pula, html dan css dari Material Design Lite dan plugin-plugin Js yang lain.
“Selain itu, kami akan membangunkan satu sistem statistik khas mengunakan (AI) untuk kegunaan kami bagi kelangsungan perniagaan WeNiaga ini dan kemungkinan kami akan ada penambahan teknologi-teknologi baru didalam sistem WeNiaga ini.”
Menariknya, operasi belakang tadbir WeNiaga diuruskan oleh 4 orang iaitu Back-end/ Front-end programmer dan Software Tester termasuk Syarifuddin sendiri. Kebanyakkan mereka hanya bekerja dari rumah, memanfaatkan teknologi sedia ada untuk mesyuarat dan penghantaran projek seperti TeamViewer, Messenger dan SVN/Git.
Dengan pertumbuhan ramai pemilik produk fizikal bagai cendawan selepas hujan, Syarifuddin melihat ia sebagai peluang apabila kebanyakan pemilik produk ini banyak berurusan secara manual dan tidak mempunyai sistem, bedasarkan kajian kes yang telah dilakukan. Beliau melihat sistem pengurusan inventori dan agen mempunyai pasaran yang luas di dalam dan luar negara. Sasaran beliau adalah syarikat-syarikat pengeluar produk OEM yang mahu menguruskan perniagaan dengan gaya koporat.
Tidak sah sesuatu perniagaan jika tidak pernah menghadapi cabaran.
“Antara cabaran terbesar kami hadapi ialah dari segi modal yang sangat terhad. Setiap kali pembangunan sistem, kos akan habis secepatnya dan kami tepaksa melambatkan proses pembangunan sistem ini”
Sepanjang WeNiaga beroperasi, Syarifuddin telah bertemu ramai individu-individu yang hebat.
“Saya banyak berjumpa dengan individu-individu bagi mendapatkan idea dan pendapat. Antaranya ialah Pengarah UMP Holding. Beliau sangat membantu kami dalam pengunaan S.O.P yang digunakan untuk perniagaan terutama peroses-proses yang terlibat dengan urusan jual-beli.”
Dari luaran, anda hanya melihat seorang yang pakar dalam bidang IT dan pembangunan sistem dan stereotype yang datang bersama (menghabiskan masa di depan laptop). Hakikatnya, Syarifuddin juga mahir dalam bidang seni bela diri dan beliau telah berkecimpung dalam dunia tersebut sejak dari bangku sekolah lagi.
“ Sudah agak lama saya berkecimpung dalam dunia seni bela diri ini. Sejak dari bangku sekolah (rendah) lagi. Disebabkan saya banyak habiskan waktu saya dia dihadapan laptop mereka tidak perasan tentang pekara itu.”
Jika WeNiaga tidak wujud, barangkali beliau akan fokus kepada pembangunan Website dan Custom Sistem atau mengurus perniagaan WeyMurah.com, sebuah laman menjual dan pembekal barang borong dari China di mana beliau adalah co-founder.
Walaubagaimanapun, Syarifuddin berpandangan jauh ke depan. Menurutnya, WeNiaga adalah salah satu model perniagaan dari core business DinWare Software yang mengikut peredaran teknologi supaya tidak ketinggalan kebelakang dalam inventori dan pengurusan.Berdasarkan model perniagaan tersebut, beliau merancang untuk menghasilkan beberapa lagi sistem berdasarkan SaaS yang dibangunkan untuk keperluan industri semasa.
“Inshaallah selepas siapnya sistem WeNiaga ini perancangan kami seterusnya adalah membangunkan satu sistem (saas) fokus kepada Marketing sahaja tetapi akan ada lagi sub-sub sistem didalam sistem ini. Mahu tahu lebih lanjut mengenai sistem ini dan siapa yang akan mengunakan? Kami akan menceritakan di lain waktu.”
Buat masa sekarang, Syarifuddin dan pasukannya aktif menambahbaik WeNiaga dengan penambahan modul dan ciri-ciri terbaru pada masa yang sama, pembangunan aplikasi untuk sistem ini.
Sebelum mengakhiri temuramah, pengasas DinWare Software ini sempat menyampaikan hasratnya untuk mencari pelabur yang berminat untuk menyertai WeNiaga.
“Kami sedang mencari pelabur yang berminat untuk melabur ke WeNiaga. Ini kerana kami perlukan modal bagi meneruskan pembangunan sistem WeNiaga. Jika ada yang berminat boleh wasap.weniaga.com atau hubungi di 011 1030 9551. Saya akan terangkan satu-persatu apa plan-plan kami dan apa yang akan anda dapat dan lain-lain lagi.”