Mesyuarat Agung Tahunan NEF telah diadakan pada 25 Mac 2015 yang lalu. Mesyuarat pada kali ini telah dihadiri 34 orang ahli NEF yang berbayar. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk mengemaskini tentang laporan aktiviti serta laporan kewangan NEF kepada para ahli. Pada mesyuarat tersebut ahli bukan sahaja dimaklumkan tentang aktiviti dan laporan kewangan pada tahun yang lepas, tetapi mereka juga boleh memberikan pandangan dan cadangan bagi menambahbaik persatuan ini.
Beberapa pindaan perlembagaan juga akan dilakukan pada tahun ini yang juga telah dipersetujui oleh ahli yang hadir. Pindaan perlembagaan adalah seperti berikut:
1 – Presiden NEF perlu bertukar setiap 2 penggal
2 – Mengenakan yuran keahlian kepada Ahli Bersekutu NEF
Pada tahun ini merupakan tahun pemilihan Ahli Jawatankuasa NEF yang baru. Berikut adalah senarai ahli jawatan kuasa NEF yang terbaru:
Presiden : Mohd Rashdan Ramlee
Naib Presiden I : Khairil-Izsuddin Ismail
Naib Presiden II : Mohd Yusno Mohd Yunos
Setiausaha : Mohd Farid Mohd Nor
Naib Setiausaha : Nasir Sobri
Bendahari : Nuraizah Shamsul Baharin
Ahli Jawatankuasa :
1 – Coach Hasril Noordin
2 – Nizran Noordin
3 – Syed Ahmad Fuqaha Sd Agil
4 – Dato’ Azhar Hj Ismail
5 – Mohd Izzairi Yamin
6 – Nadhir Ashafiq Zainal Abidin
7 – Haslinda Rasip
Kepada yang ingin menjadi ahli NEF, boleh mendaftar di pautan AHLI NEF. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi sekretariat NEF di talian 03-77314410.