Baru-baru ini, OtakIt.my telah menerima jemputan untuk hadir ke satu majlis tertutup perasmian program rancangan Realiti TV OnlineBoss, satu program khas berasaskan konsep The Apprentice. Majlis tersebut menandakan sepak mula pencarian individu-individu yang berminat untuk menyertai program rancangan realiti TV tersebut.
Sebagai permulaan, program ini hanya di buka kepada 6000 orang di mana mereka akan diberikan latihan dan bimbingan insentif oleh jurulatih profesional untuk menjana pendapatan melalui perniagaan di atas talian.
Dianjurkan oleh BeonCo dengan kerjasama Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) , perserta-peserta akan dibahagikan kepada 20 kumpulan dan diberi bimbingan selama 6 bulan oleh 20 mentor-mentor yang berpengalaman besar dalam perniagaan atas talian.
Menurut Ketua Pemasaran dan Jualan BeonCo Sean Hong, “OnlineBoss merupakan pertandingan usahawan atas talian, akan datang bersama dengan pengembaraan Realiti TV dan bersama-sama pelatih profesional daripada Persatuan Usahawan Internet Malaysia”
Majlis ini turut dihadiri oleh jurulatih pemasaran dan ahli-ahli perniagaan atas talian di Malaysia. Antaranya adalah Raja Kamil, Muaz Hadi, Hir Effandy, Cikgu June Mohd Som, Aziz MK, Edmund Loh, Rashvin Singh dan ramai lagi jurulatih profesional berpengalaman dalam perniagaan internet yang hadir.
“Tugas kami adalah untuk memastikan peserta dilatih oleh trainer yang sangat berpengalaman dan bukan sebarangan,” kata Gero Azrul Presiden PUIM.
Para peserta (dikenali sebagai “Boss”) akan diberikan beberapa siri latihan kursus profesional mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan sebuah perniagaan online. Selepas tamat kursus, peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan menerima seorang mentor untuk membimbing perserta menyusun strategi, merancang dan melaksanakan perniagaan mereka melalui pelantar BeonCo.
Selepas 3 bulan, 20 peserta terbaik dengan jualan tertinggi akan di pilih dan diberi ganjaran percutian ke Dubai. Sehubungan itu juga, sesi pengambaraan program akan dijalankan dan pusingan penyingkiran akan bermula sehingga tinggal 3 peserta di mana mereka akan diangkat sebagai pemenang. Juara tempat perama akan menerima sebuah kereta Mercedes Benz dan wang tunai. Rancangan realiti TV ini dijangka akan di tayangkan pada suku kedua 2019.
“Kita tahu, ini ialah satu program yang sangat bagus di mana jika anda sertai anda akan dapat bersama-sama dengan kumpulan mentor yang sudah ada pengalaman dalam perniagaan secara atas talian… Mereka ada pengalaman, ada helah tersendiri dan mereka ada sesuatu yang boleh pendekkan usaha anda untuk melakukan perniagaan secara atas talian…” kata Muaz Abdul Hadi.
Road Tour OnlineBoss Di Seluruh Malaysia
Program OnlineBoss akan mengadakan road tour bermula 1 September ini hingga 6 Oktober 2018, di seluruh Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau bertemu dengan jurulatih profesional, boleh menyertai road tour tersebut dengan mengisi borang penyertaan. Road tour ini akan bermula di Royal Chulan The Curve pada 1 September dan berakhir di Johor pada 6 Oktober 2018.
Syarat-Syarat Penyertaan
Individu yang berminat untuk menyertai pertandingan ini hendaklah berumur 18 tahun keatas dan mempunyai kewarganegaraan Malaysia. Warganegara asing juga dipelawa untuk menyertai pertandingan ini dengan syarat, memiliki passport atau visa yang sah dari Imigresen Malaysia dan boleh tinggal di Malaysia sepanjang tempoh pertandingan dijalankan. Pemohon juga hendaklah mempunyai akaun bank Malaysia yang sah dan aktif.
Yuran Penyertaan OnlineBoss
Pemohon yang berminat akan dikenakan yuran sebanyak RM400. Yuran ini termasuk Kursus 5 hari oleh PUIM & Quest Leraning yang menyentuh topik-topik berkaitan:
- Pembangunan Diri
- Videografi
- Penulisan surat jualan
- Khidmat perunding imej
- Motivasi
- Penyutingan video
- Kemahiran pembentangan
- Pemasaran kreatif
- Leveraj
Peserta juga akan menerima bimbingan selama 3 bulan oleh PUIM & Quest Leraning, akses kurus atas talian pada pelantar BeonCo, langanan 1 akaun “Expert” tahun pelantar BeonCo dan cendermata OnlineBoss termasuk kemeja T.
Layari laman web OnlineBoss.asia untuk maklumat lanjut mengenai program ini.
https://youtu.be/lcP9T4lHMRI
OnlineBOSS, It’s AMAZING!