KUALA LUMPUR, 30 April 2019, Etesha Sdn Bhd. telah berjaya memperolehi pembiayaan sebanyak RM800,000 dari Cradle Investment Program, Direct Equity 800 (DEQ800), bagi pembina laman web segera, Instaweb.
Instaweb adalah sebuah pembina laman web automatik yang menghasilkan laman web segera daripada Facebook dengan mudah. Instaweb yang sedang berkembang, setakat ini telah menyokong lebih 3,000 pelanggan dengan sumber pembiayaan sendiri.
Kerjasama dengan TM Info Media sejak 2017, pembina laman web tersebut telah melihat peningkatan mendadak daripada pengguna dan langganan.
TM Info Media (TMIM) adalah anak syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menyediakan solusi pemasaran digital untuk perniagaan termasuk PKS. Solusi yang disediakan termasuk direktori perniagaan, pembina laman web, media sosial dan enjin pencari yang mensasarkan untuk menyokong PKS di Malaysia untuk mengembangkan perniagaan mereka pada pelantar atas talian.
Ketua Pegawai Eksekuti TM Info MEdia, Sean Koh Chin Soon berkata, kerjasama dengan syarikat permulaan menjadikan perlaksanaan lebih mudah dan lancar disebabnya kurang kekangan dari pita merah. TMIM berbangga menyokong produk buatan Malaysia seperti Instaweb dan melihat kerjasama jangka-panjang bersama Etesha Sdn. Bhd.
Issani Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Etesha menyatakan dana tersebut akan digunakan untuk mengembangkan lagi pelanggan Instaweb. Mereka menyasarkan seramai 10,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memiliki laman web tersendiri melalui Instaweb. Selain itu, mereka turut merancang untuk menaik-taraf platform ini, sekaligus mengembangkannya pada pasaran Australia, Jepun dan Thailand. Beliau menambah,
“Kami bercadang untuk bekerjasama dengan Cradle selepas mempertimbangkan rekod cemerlang mereka membiayai syarikat permulaan tempatan, pendekatan mesra-pengasas dan hubungkait dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Kami berharap, Cradle akan membawa perhatian kepada kerajaan mengenai solusi tempatan yang telah menyelesaikan masalah penembusan laman web dikalangan PKS di Malaysia pada skala besar”
Kamarul Nizam, yang sebelum ini mengetuai pelaburan pada dana modal teroka telco dan Reza Razali, usahawan berpengalaman dalam ruang digital, telah menyokong di belakang tadbir Instaweb sebagai ahli lembaga pengarah. Kamarul berkata,
“Instaweb adalah kos rendah, solusi berdampak tinggi yang telah mendapatkan momentum di kalangan PKS yang mahu meletakkan jenama mereka di dalam dunia digital dengan serta-merta dan tanpa banyak masalah. Saya yakin infusi modal ini akan meningkat keupayaan Instaweb untuk menggembirakan pelanggan mereka.”
Idea memulakan Instaweb bermula apabila Issani menerima permintaan dari rakan-rakan untuk membina laman web untuk mereka. Beliau mula sedar apabila beliau memerlukan solusi yang boleh membina laman web dengan banyak pada satu masa dengan segera pada harga yang berpatutan.
Sejak itu beliau mengambil keputusan untuk membangunkan pelantar Instaweb dengan rakan baiknya Indera Nordin. Ia mengambil masa beberapa bulan untuk membina enjin tersebut dan selepas pelancaran pertama dengan sekumpulan pelanggan yang berpuas hati, perniagaannya mula mengorak langkah maju kedepan.
Untuk maklumat lanjut Instaweb, layari www.instaweb.my dan solusi pemasaran digital, www.instaweb.my/digitalmarketingsolutions