2017 berakhir dengan Uber mengikat satu perjanjian besar dengan Softbank; berita palsu mendominasi media sosial; bitcoin and kriptowang memasuki aliran utama; dan ICO menjakaui dana permulaan VC bagi syarikat internet.
Dengan semua yang berlaku secara global, bagaimana pula landskap teknologi di rantau Asia Tengara (SEA)?
Kami meluangkan masa untuk melihat apa yang telah dipelajari dari pengalaman kami yang lepas dan telah menghasilkan satu laporan untuk menganalisis peringkat seterusnya dalam evolusi ekosistem teknologi dirantau ini dari pandangan mata kami. Ini ramalan kami bagi landskap teknologi di SEA 2 tahun mendatang.
Menjelang penghujung 2019, SEA dijangka akan mempunyai 460m pengguna internet dan $10b dana teknologi swasta
Sejak 18 tahun yang lepas, kita telah melihat penguna internet dari SEA melepasi beberapa negara utama seperti Japan, UK dan Russia. 2017 adalah tahun yang penting dimana jumlah pengguna internet di SEA melebih pengguna dari US.
Dengan kadar perkembangan semasa, kami meramalkan menjelang 2019, kita akan ada 460 juta pengguna internet di SEA pada masa yang sama, mengcipta satu pasaran yang besar yang akan memacu pembiayaan swasta dana teknologi dari dalam dan luar rantau.
Decacorn yang pertama akan muncul dari SEA
Ekosistem teknologi SEA pada 2017 menyerupai China pada 2018. SEA mempunyai 330 juta pengguna internet berbanding 300 juta penguna dari China. Jumlah nilaian syarikat teknologi utama bagi kedua-dua rantau adalah US$22 billion (China: Baidu, Alibaba, dan Tencent. SEA: Grab, Go-Jek, Razer, Sea Group, Tokopedia, Traveloka, dan iflix.)
Satu extrapolasi pengguna internet dari SEA, dengan andaian berdasarkan kadar perkembangan terkini , meletakkan sejumlah 460 juta pengguna bagi 2019. Ia menyerupai pengguna dari China pada 2010 (459 juta pengguna)
Dengan menggunakan China sebagai perbandingan dan hubungkait antara jumla pengguna internet dan nilaian syarikat teknologi utama, kami jangkakan jumlah nilaian terkumpul syarikat yang dinyatakan diatas berpotensi mencapai US$86.5 billion. Ini menunjukkan jumlah purata nilaian bagi setiap syarikat mampu mencapai US$12.4 billion.
Jika andaian ini benar, ia akan melahirkan decacorn pertama dari rantau ini.
Satu unicorn baru akan dicipta kurang dari 3 tahun dari tarikh ia dilancarkan
Pada awal tahun 2010, kemasukkan Rocket Internet ke SEA membawa masuk modal dan bakat yang banyak. PAda masa yang sama, Amazon Web Services (AWS) mula menawarkan perkhidmatannya di SEA dan menurunkah kos permulaan secara signifikan. Ini memberikan kesan yang positif terhadap jumlah syarikat peringkat awal dan juga jumlah pembiayaan di rantau tersebut.
Walaupun pada awalnya jumlah pembiayaan diagihkan secara rata pada keseluruhan landskap syarikat permulaan, ia mula menumpukan perhatian kepada jumlah pemain yang telah terbukti apabila pasaran semakin berkembang, (PAda 2017, 90 peratus jumlah pembiayaan swasta hanya mementerai 4 peratus sahaja perjanjian)
Jika dibandingkan semasa menguruskan iProperty, masa yang diambil untuk membina syarikat teknologi yang besar telah berkurang dengan signifikan. Ia mengambil masa 10 tahun bagi iProperty untuk mencapai nilaian US$500+ dan hanya 4.7 tahun sahaja secara purata bagi SEA tech unicorn kini untuk mencapai status unicorn.
Dengan adanya gabungan modal, bakat dan infrastuktur, kami jangka unicorn baru akan tercipta kurang dari tiga tahun dari tarikh ia dilancarkan.
Syarikat China kekal sumber pembiayaan terbesar dana teknologi
Semasa diawal Catcha, kami melihat syarikat dari barat berminat untuk berkembang ke SEA melalui jalinan kerjasama atau pelaburan. Walaubagaimanapun, beberapa tahun yang lepas, syarikat dari China telah mengambil alaih peranan tersebut dan menjadi pembiaya terbesar syarikat teknologi swasta SEA. Pada tahun 2017 sahaja, mereka telah mementerai tiga perjanjian terbesar di SEA, melibatkan jumlah pelaburan sebanyak US$4.3 billion.
Kami jangka ia akan berterusan dan China kekal sebagai sumber pembiayaan dana teknologi di SEA.
Sekurang-kurangnya 2 lagi IPO melebihi US$500m
Pengeluaran terbesar dari SEA dalam sejarah datangnya dari Perolehan dan Pengambilalihan (M&A) Walaubagaimanapun, 2017 adalah tahun terbesar bagi IPO Teknologi SEA. IPO bagi Sea Group pada New York Stock Exchange dinilaikan pada US$4.9 billion sementara Nilaian IPO Razer pada Hong Kong Stock Exchange adalah US$4.4 billion.
Buat pertama kali, dua syarikat teknologi SEA dengan jayanya melaksanakan IPO dinilaikan pada tahap unicorn. Meskipun masih awal untuk menetukan prestasi kekal pada pasaran awam, kedua-dua IPO telah merangsang keyakinan pelabur terhadap prospek IPO masa hadapan.
Kami jangka akan melihat sekurang-kurangnya dua IPO dengan lebihan US$500 oleh syarikat teknologi dari SEA 24 bulan mendatang.
Pengabungan landskap teknologi di SEA; Akan ada dua perolehan dengan lebihan US$500
Sementara pelopor syarikat teknologi mengumpul pembiayaan pusingan pada nilaian yang lebih besar, kadar jangkaan pertumbuhan oleh pelabur telah meningkat dengan tandem.
Pertumbuhan secara organik tidak mencukupi. Syarikat ini perlu mengambil jalan menggunakan M&A sebagai enjin pertumbuhan dan dengan segera menyerap teknologi dan pengguna yang sedia ada. Kita telah melihat beberapa syarikat seperti Grab dan Go-Jek memperolehi syariakat pembayaran dan mengambil kesempatan terhadap pangkalan pengguna yang besar untuk mengembangkan pelantar mereka.
Dengan pipeline yang besar syarikat permulaan di SEA yang berkualiti tinggi dan sasaran berpotensi, kami menjangka lebih banyak unicorn dan badan korporat menggunakan M&A untuk membesar. Kita telah melihat US dan China menggunakan kaedah ini dan dijangka SEA juga akan mengikut sohor dan jejak langkah.
Kerajaan dan badan korporat di SEA akan melabur sekurang-kurannya $1b pada ekosistem syarikat permulaan.
Dengan suasana teknologi yang sedang tumbuh bagaikan cendawan, kerajaan dan non-tech korporat yang tradisional secara aktid akan mencari jalan untuk terlibat dengan ekosistem teknologi untuk kekal releven di era digital ini. Kerajaan Malaysia dan Singapura amat aktif khususnya dalam pembinaan ekosistem, implentasi kewangan dan non-financial incentives untuk mengalakkan pertumbuhan dan inovasi.
Badan korporat di SEA juga sedang meneroka pelbagai cara untuk bekerjasama, melabur atau memperoleh syarikat permulaan yang selari dengan strategi korporat mereka.
Pada 24 bulan yang seterusnya, kami menjangka kerajaan dan badan korporat di SEA akan secara keseluruhannya melabur sekurang-kurannya US$1 billion terhadapap keseluruhan ekosistem.
Sekurang-kurangnya satu negara dari SEA akan menerima/mengisu wang digital sebagai tender sah
Bagaimana kami hendak tamatkan laporan ini tanpa menyentuh topik panas bualan ramai; Kriptowang?
Sifat semulajadi kriptografik matawang digital tidak digemari oleh badan kawal selia yang mahukan pengawasan terhadap pergerakan dana. Walaubagaimanapun, matawang digital mampu menjadi penyumbang penting untuk mencapai masyarakat tanpa tunai.
Dengan permintaan besar masyarakat awam terhadap adaptasi matawang digital, kerajaan di rantau ini dengan perlahan-lahannya mula menerima dalam kawalselia dan rangkakerja yang ketat. Meskipun ia belum di terima sepenuhnya, hanya masa yang menentukan sebelum salah sebuah negara dari SEA akan mengambil langkah berani untuk mengadaptasikan matawang digital sebagai tender yang sah.
***
Begitulah 8 ramalam kami bagi landskap teknologi SEA 24 bulan mendatang. Kami sangat teruja untuk melihat bagaimana keadaan bermain dan bagaimana ramalan kami menepati sasaran.