Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

7 Industri Selamanya Berubah Akibat “Digital Disruption”

4.74K 1
7 Industri Selamanya Berubah Akibat “Digital Disruption”

Kodak adalah syarikat pertama yang mencipta kamera digital. Walaubagaimanapun, syarikat tersebut tidak memasarkan teknologi tersebut oleh kerana takut ia akan mengganggu perniagaan filemnya yang ketika itu sangat menguntungkan. Kodak gagal melihat jauh kehadapan. Atas kesilapan tersebut, Sony dan Canon mengambil kesempatan dan menjadi peneraju kamera digital. Apabila Kodak cuba masuk pasaran, ia sudah terlambat dan market share dalam filem semakin merosot didominasikan oleh kamera digital.

Itu yang bakal berlaku apabila syarikat gagal melihat trend teknologi semasa dan berubah mengikut perkembangan. Ia dikenali sebagai “Disruptive Technology,” iaitu teknologi yang baru menggantikan teknologi yang wujud. Terma yang diberikan oleh Professor Harvard Business School Clayton M. Christensen.

Gary Vaynerchuk

CEO Vaynermedia Gary Vaynerchuk | Gambar dari www.garyvaynerchuk.com

CEO Varnermedia Gary Vaynerchuck berkata, setiap hari beliau memikirkan bagaimana cara untuk mengagalkan perniagaannya atau bagaimana syarikat lain boleh menganggu (disrupt) kejayaan syarikat serta margin keuntungannya. Dengan cara demikian beliau dapat menginovasikan perniagaannya.

Dengan perkembangan teknologi dan capaian internet yang semakin pantas, penggunaan teknologi digital telah mengubah landskap perniagaan ke tahap yang baru. Individu atau syarikat kecil, lebih-lebih lagi syarikat permulaan mampu bersaing dengan gergasi melalui penggunaan teknologi digital. Ini dinamakan sebagai “Disruptive Technology.” Seperti mana yang berlaku kepada 7 Industri berikut.

Syarikat Teksi Terbesar Tidak Memiliki Teksi

Walaupun mendapat tentangan daripada syarikat perkhidmatan teksi dan majlis perbandaran tempatan, Uber telah menjana pendapatan sebanyak $6.5bn pada tahun 2016. Dalam beberapa tahun sahaja, Uber telah menjadi satu aplikasi yang membolehkan pengguna mendapatkan perkhidmatan teksi melalui telefon pintar tanpa memiliki seunit teksi di seluruh bandar utama di dunia.

Penyedia Tempat Penginapan Tidak Memiliki Hartanah

Dinilaikan pada $25.5bn, Airbnb dijangka lebih bernilai daripada gegasi rankaian hotel seperti Marriot, Starwood, Wyndham, masing-masing $20.90bn, $14bn dan $10.01bn. Di tubuhkan di San Fransico oleh beberapa rakan bermula dengan tilam angin, Airbnb membolehkan pemilik rumah menjana pendapatan tambahan dengan menyewa hartanah untuk beberapa malam. Idea ini mendapat sambutan dan telah melonjak Airbnb sebagai alternatif kepada hotel.

Peruncit Paling Bernilai Tidak Memiliki Inventori

Alibaba telah melaporkan menjana pendapatan sebanyak $22.96bn pada tahun 2016, Di tubuhkan pada 1999 oleh bekas guru Jack Ma, Alibaba pada asalnya menjalankan perniagaan B2B. Pada tahun 2012, laman Alibaba.com telah mengurus lebih $170bn nilai jualan. Alibaba tidak ada premis runcit dan tidak menyimpan sebarang inventori. Ia cuma mengurus pertukaran barang untuk wang.

Pelantar Media Sosial Paling Popular Tidak Menghasilkan Sebarang Kandungan

Dengan jumlah pendapatan $27.6bn majoritynya hasil daripada pengiklanan, Facebook tidak mencipta sebarang isi kandungan tetapi membenarkan penggunanya untuk membuat hantaran kandungan dalam pelbagai bentuk media. Ditubuhkan 10 tahun lepas di asrama Harvard Univeristy oleh Mark Zuckerberg, Facebook mempunyai 1.86bn pengguna aktif setiap bulan ditambah dengan 900juta pengguna aplikasi WhatsApp, dan 400juta pengguna di Instagram.

Rumah Filem Terbesar Tidak Memiliki Panggung Wayang

Netflix, pada asalnya adalah syarikat yang membolehkan anda menyewa DVD filem tanpa perlu keluar rumah. Pelanggan akan menerima DVD yang disewa melalui pos dan kemudian setelah habis menonton, memulangkannya melalui pos. Jika tidak memulangkannya atau minat dengan kandungan DVD tersebut, pelanggan boleh simpan dan wang deposit tidak dikembalikan. Dengan munculnya youtube, laman-laman torent dan kos operasi yang semakin tinggi, Netflix mengubah model perniagaan kepada perkhidmatan stream. Kini ia memiliki 69.1juta pelanggan seluruh dunia dengan jumlah pendapatan $8.83bn pada tahun 2016.

Vendor Perisian Terbesar Tidak Menulis Sebarang Aplikasi

Pelancaran iPhone pertama pada tahun 2007, telah merevolusikan industri perisan dan aplikasi. Model perniagaan baru telah wujud untuk syarikat independent pembuatan permainan video dan perisian produktiviti dengan pelancaran Apple App Store pada tahun berikutnya. Syarikat independent mendapat sumber baru menjana pendapatan bukan sahaja di App Store, malah melalui Google Play. Sehingga kini, terdapat lebih 2.2 juta aplikasi yang terdapat di App Store dan 2.8juta pada Google Play. Statistik menunjukkan sebanyak 150bn applikasi dimuat turun dan dijangka naik sehingga 350bn menjelang tahun 2021. Apple melaporkan jumlah pendapatan $28bn dimana 70% dibayar kepada pembangun manakala Google mencatat $35bn dengan 85% adalah milik pembangun.

Syarikat Komunikasi Terbesar Tidak Memiliki Infrastruktur

Syarikat talian tetap dan mudah alih telah melaburkan berjuta-juta dollar untuk membangunkan infrastruktur broadband kepada telefon bimbit dan komputer untuk membolehkan komunikasi secara meluas. Namun pengguna lebih menggunakan perkhidmatan yang disediakan untuk berhubung melalui aplikasi seperti Whatsapp dan sebagainya.

Dua syarikat gergasi yang membolehkan pengguna membuat panggilan dan menghantar mesej secara percuma melalui talian internet adalah Microsoft yang mengambil alih Skype dan Facebook yang memperkenalkan Messenger dan baru-baru ini telah aqquire WhatsApp. Dikenali sebagai over-the-top (OTT), perkhidmatan seperti WhatsApp, Mesengger dan Skype telah menggugat pendapatan syarikat telekomunikasi di seluruh dunia. SMS dan panggilan suara yang menjadi sumber utama pendapatan syarikat telekomunikasi semakin merosot.

One Comment

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.