Jika “The Flash” ciptaan DC Comics adalah “The Fastest Man”, maka Zepto ciptaan anak tempatan adalah “The Fastest On-Demand Delivery” yang menghantar bungkusan sekitar kawasan Klang Valley, Selangor, Penang & Johor Bahru dalam masa 3 jam.
Zepto yang bermaksud 1000 trillion bermula pada tahun 2014 apabila pengasasnya, Mohd Izzairi Yamin mendapat inspirasi untuk mewujudkan syarikat tersebut setelah tempahan bateri untuk drone tidak dapat dihantar dalam masa yang dijanjikan.
Mewakili Zepto, Warehouse Fufillment Specialist Syahrul Azrai berkata, kejayaan Zepto adalah hasil daripada sumbangan ahli pasukan yang dapat memainkan peranan masing-masing dan memikul bebanan. Pada masa yang sama, kejayaan juga datang dari sumbangan Partner.
Pemenang Malaysia Rice Bowl Startup Awards 2017 bagi kategori “Chairmans Choice,” Zepto menggunakan konsep Sharing Economy yang menawarkan perkhidmatan Atas-Permintaan penghantaran dalam masa 3 jam. Pada masa yang sama, memberi peluang kepada individu yang berminat untuk menjana pendapatan sebagai Runner yang dikenali sebagai Partner.
“Kita punya servis adalah on demand, yang mana kita membuat penghantaran dalam masa 3 Jam”
“Secara asasnya Zepto juga adalah salah satu platform sharing economy… seperti Grab dan Uber, tetapi tetapi kami lebih kepada delivery… kami tak hantar orang, kami hantar barang…”
Buat masa ini, Zepto hanya meliputi kawasan Lembah Klang dan dalam proses pelancaran untuk kawasan Johor Bahru. Mengikut perancangan, Penang akan menjadi lokasi seterusnya sebelum meliputi seluruh kawasan Malaysia pada tahun akan datang.
Sehubungan itu, Zepto membuka peluang kepada orang Johor dan Penang untuk mendaftar sebagai partner dan juga membuka ruang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agen bagi setiap negeri dan berkongsi kejayaan.
Dari mata pandangan Syahrul, cabaran yang terbesar sepanjang menguruskan Zepto adalah mendidik partner dan pelanggan. Partner yang telah mendaftar perlu di didik bagaimana untuk menggunakan apps dan cara menjana pendapatan.
“Untuk sebelah Partner, kami nak kena brief dia berkenaan cara penggunaan apps, supaya mereka boleh menjana pendapatan dengan lebih efisyen… boleh rancang perjalanan untuk pickup dan delivery, multiple drop & pickup point dan sebagainya”
Partner juga akan diberi pendidikan bagaimana untuk berkomunikasi dengan pelanggan.
“Communication skills adalah suatu benda yang sangat penting, mereka akan berjumpa bermacam-macam jenis customer”
Menurut Syahrul, cabaran dari sebelah pelanggan adalah menerangkan apa sebenarnya Zepto. Ini kerana Zepto tidak sama seperti syarikat logistik yang lain kerana mempunyai model perniagaan yang berbeza. Meskipun banyak penerangan perlukan diberikan kepada pelanggan, hasilnya berbaloi dengan usaha yang diberikan.
“Banyak penjelasan kena diberitahu kepada customer, tapi so far alhamdulillah, majoriti dan semakin ramai juga, ke tahap yang memberangsangkan, mereke terima dan mereka suka setelah pertama kali menggunakannya, mereka akan return dan akan guna lagi.
Zepto mempunyai sasaran yang jelas, berbeza dengan syarikat permulaan yang lain. 5 tahun dari sekarang, mereka merancang untuk menawarkan IPO dan pada masa yang sama, berkembang ke serata dunia.
“Kami di Zepto, kami punya misi dalam masa 5 tahun kami sangat jelas, kami memang akan IPO daripada situ, Open Market, terus berkembang ke serata dunia”
Dalam pada itu, Sharul menjangkakan trend pada masa akan datang dalam logistik adalah automasi. Menurutnya, industri yang akan berkembang dengan pesat adalah eDagang dan industri ini bergantung kepada perkhidmatan logistik yang cekap.
“Semua ini, hanya dengan automation, semuanya akan lebih efisyen”
“Macam kita tengok, biasa viral dekat social media, banyak pakai robotics, ada yang dah mula guna drone, ada yang mula guna self-driving vehicle…”
Motivasi terbesar yang mengerakkan Zepto adalah sokongan dari partner yang mewawarkan di media sosial untuk menyertai Zepto serta maklumbalas daripada pelanggan. Dari sudut pandangan Syahrul, motivasi terbesar adalah “Sharing Economy” untuk “Empower Masyarakat” untuk sama-sama menjana pendapatan dan meningkatkan taraf kehidupan.
Sebagai penerima anugerah Chairmans Choice, Sharul dengan nada berseloroh berharap Zepto akan menang lagi anugerah dari Rice Bowl Startup Award pada tahun berikutnya.
“Kami berterima kasih kepada MYNEF dan Chairman untuk pilih kami sebagai Chairmans Choice, Harapan kami pada tahun depan, kami nak tunjukan lebih banyak lagi kejayaan”
Menurutnya lagi, walaupun telah kecapi beberapa kejayaan kecil, ia adalah hasil usaha berterusan dan banyak lagi perlu dilakukan. Beliau berharap pada tahun akan datang, usaha yang dicurahkan akan membuahkan kejayaan yang lebih besar.
Zepto bukan sahaja menawarkan perkhidmatan penghantaran pantas atas-permintaan dalam tempoh masa 3 jam. Mereka juga menawarkan Software As A Service (Saas) kepada mana-mana syarikat logistik yang berminat untuk menggunakan sistem yang dibangunkan In-house oleh Zepto, dikenali sebagai ZeptoFleet.
“Founder CEO kami berkata, kenapa kita tak while labelkan benda ini, dan offer sebagai software as a service…”
ZeptoFleet, sistem yang boleh di jenama-semula dan ubahsuai, menawarkan langganan bulanan kepada syarikat logistik yang sudah memiliki fleet, penunggang dan pemandu untuk mengurus, mengesan dan dilengkapi dengan sistem sekuriti TAC serta kod rahsia. Sistem dan teknologi yang sama digunakan oleh Zepto.
Syarikat permulaan biasanya di ditubuhkan disebabkan wujudnya masalah yang besar. Dari situ wujudnya peluang perniagaan yang boleh memberikan penyelesaian. Tetapi Bagi Syahrul, peluang yang ada tidak cukup dengan dengan sekadar memberikan penyelesaian.
“You find the problem, you solved the problem, tapi bagi saya dengan pengalaman saya sendiri, walaupun ada masalah yang boleh kita diselesaikan, macam manapun, kita mesti tahu macamana nak capture market, kita nak kena tahu sizing market, kita nak kena realistik, barulah kita boleh buat projection yang realistik. Daripada situ barulah kita tahu marketing strategi kat mana kita banyak spend…
Beliau meneruskan bahawa ramai terlepas pandang untuk melakukan marketing secara offline disebabkan social media. Meskipun kos marketing offline yang mahal, ia bergantung kepada strategi. Beliau menegaskan kepada kepentingan mengenali siapa dan saiz sasaran pasaran, serta bagaimana untuk menangkap pasaran tersebut
Di penghujung hari, keyakinan kepada produk perlu ditonjolkan bermula dari diri sendiri dengan menjadi pengguna kepada produk tersebut.
“Dari sudut perspektif usahawan, kalau orang lain datang dekat kita, nak jual produk yang kita buat, kita nak beli tak kita punya produk sendiri?
Kejayaan Zepto selama ini juga adalah hasil dari maklumbalas dan penambahbaikan yang berterusan. Bukan sehaja dari penambahbaikan sistem, malah kepada SOP, budaya kerja dan etika kerja yang bermula dari hari pertama. Pembangunan dan penambahbaikan sememangnya tidak berhenti setakat itu sahaja. Itu adalah tugas seorang usahawan yang akan berjaya. Jika tidak, lebih baik berhenti dan serahkan kepada pihak yang lebih berminat.
“So kalau kita kata, produk dah siap, kita berhenti disini, bagi jelah orang lain buat”
ASEAN Rice Bowl Startup Awards 2017 peringkat akhir akan diadakan pada 13 Disember 2017 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Untuk maklumat lanjut, layar: ASEAN RICE BOWL STARTUP AWARDS 2017