9 Mei 2019, Pulau Pinang, Malaysia—Exabytes Network Sdn. Bhd. hari ini mengumumkan yang acara tahunannya, Persidangan e-Dagang Exabytes (Exabytes eCommerce Conference, EEC) dijadualkan akan diadakan pada Khamis, 27 Jun di Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya.
EEC 2019 mengambil tema Tumbuh Global, Tumbuh Pesat (Grow Global, Grow Fast) dan bertumpu pada empat bidang utama – mengembangkan perniagaan e-dagang, trend e-dagang, pemasaran untuk e-dagang, dan automasi e-dagang. Tahun ini, EEC menjangka menarik sekurang-kurangnya 800 peserta syarikat permulaan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) daripada pelbagai sektor bukan sahaja dari Malaysia malah seluruh dunia.
Acara sehari itu akan padat dengan persembahan dan bengkel oleh penceramah dari pelbagai latar belakang industri. Selain itu, akan ada sekurang-kurangnya 20 pempamer pertubuhan yang mengambil bahagian dalam EEC tahun ini.
Pendaftaran dibuka sekarang dalam talian di www.exabytes.my/eec.
Sorotan penceramah:
- Anna Lebereva, Ketua Pemasaran Pertumbuhan, SEMrush;
- ZiKang, Pengasas FITGEAR & OXWHITE;
- Lennise Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Dropee;
- Diego Olivier Fernandez Pons, Penasihat Sains, Tezos Asia Tenggara;
- Roberto Cumaraswamy, Ketua Pegawai Pemasaran atas Permintaan, robertocumaraswamy.com;
- Christopher Lowe, Pengurus Akaun Kanan, Insider;
- Xin-Ci, Ketua Pemasaran, StoreHub ; dan,
- Nowrid Amin, Pakar Strategi Pemasaran Digital IQI Global.
Lagi penceramah akan diumumkan dari masa ke masa.
Ketua Pegawai Eksekutif Exabytes, Chan Kee Siak berkata, “EEC kembali buat kali keenam dan dengan matlamat lebih besar memberi inspirasi kepada syarikat permulaan dan PKS untuk mengembangkan perniagaan mereka melampaui sempadan Malaysia.
Sejak dimulakan, EEC semakin maju sebagai platform bagi usahawan-usahawan permulaan (startup), eksekutif kanan syarikat, dan peserta lain, berkongsi, belajar dan menjalin rangkaian. Kami tidak sabar menganjurkannya pada 27 Jun di Cyberjaya.”
“E-dagang yang berkembang maju menyediakan banyak peluang. Banyak betul yang boleh dipelajari tentangnya jadi kami telah merancang untuk meliputi pelbagai topik seperti analitis, data raya, e-logistik dan teknologi pembayaran mudah alih. Kami sedang menawarkan tiket promosi penyertaan awal dan sesiapa yang berminat boleh membelinya secara dalam talian di www.exabytes.my/eec,” jelas Chan.
Bermula pada 2014 dengan hanya 100 peserta, EEC berkembang menjadi acara e-dagang yang popular di Malaysia yang menarik peserta dari seluruh dunia. Pada 2019, EEC menyasar untuk menggandakan bilangan peserta dari 396 pada 2018 ke sekurang-kurangnya 800 tahun ini.
Tentang Exabytes Network Sdn. Bhd.
Ditubuhkan pada 2001, Exabytes Network Sdn. Bhd. adalah peneraju penyedia perkhidmatan awan dan pengehosan web di Asia Tenggara.
Syarikat mengkhusus menyediakan perkhidmatan pengehosan awam, pengehosan kongsi, pengehosan e-mel, pelayan persendirian maya, pelayan tertuju khas, pendaftaran nama domain, pemasaran digital, dan lain-lain. Syarikat pada masa ini memberi khimat kepada lebih daripada 100 ribu perniagaan bersaiz kecil dan sederhana di 121 negara.
Exabytes Network adalah sebahagian Exabytes Capial Group Sdn. Bhd. Syarikat beribu pejabat di Pulau
Pinang, Malaysia. Laman web: www.exabytes.my