Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Yasmin Mahmood, Kerugian Malaysia, Keuntungan Indonesia

,
2.71K 0

Industri teknologi masih lagi merasa kejutan dan tidak percaya pada tengahari Khamis yang lalu apabila Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Yasmin Mahmood, yang bakal berlaku pada bulan January 2019.

Kakitangan MDEC mengalirkan air mata apabila mereka diberitahu tentang perletakan Yasmin. Beliau juga memberitahu tentang keputusan beliau untuk berhenti ketika mengadakan perhimpunan. Meskipun beliau berada di dalam mood yang ceria, ruang tersebut adalah amat senyap. “Secara peribadi, ia merupakan penghormatan yang amat tinggi untuk menguruskan MDEC lebih dari 4 tahun dan kita telahpun memberikan khidmat kepada negara kita dengan pengalaman dan kebolehan terbaik,” kata beliau.

“Pasukan MDEC merupakan pasukan yang terbaik. Dan saya sayang kalian semua – meskipun ada waktu saya memarahi kalian untuk meneruskan kerja.”

“Ini dipanggil sebagai ‘Tough Love.”

“Keputusan saya untuk meninggalkan MDEC adalah kerana telah tiba masanya untuk saya berbuat demikian. Ia adalah perkara biasa untuk kita semua.”

Meneruskan Prestasi Tinggi MDEC

Sehubungan itu, Yasmin menekankan agar pasukan MDEC meneruskan “Budaya Prestasi Tinggi” di Malaysia.

“Sila teruskan Budaya Prestasi Tinggi yang telah kita bina sebagai sebuah pasukan agar kejayaan kita dari tahun – tahun lalu sentiasa  dikekalkan. 

 

Kepentingan utama yang perlu diamalkan di dalam kepimpinan baharu adalah Prestasi Tinggi MDEC: ia adalah dahan dari pokok kejayaan MDEC. Dahan – dahan lain adalah inisiatif berbeza yang menumbuhkan dan mendorong kepada Ekonomi Digital negara ini,” kata beliau yang mahu menggesa pekerja. 

 

Di dalam ayat pengerusi National ICT Association of Malaysia (PIKOM), Ganesh Kumar Bangah, Datuk Yasmin berkata “Etika kerja dan semangat sektor swasta dan syarikat antarabangsa dan multinasional (MNCs) dari pengalaman selama 30 tahun ke sektor awam untuk kelebihan industri ICT tempatan”.

“Ingat, negara ini bergantung kepada MDEC. Selepas pemergian saya, pastikan anda menyambung untuk melakukan yang terbaik kepada CEO dan Senior Leadership Team yang baru,” merupakan ucapan penutup Yasmin untuk pekerjanya.

Indonesia Menyambut Kedatangan Yasmin

Penyebab pemergian Yasmin adalah kerana beliau ingin meneruskan bidang teknologi di negara jiran, Indonesia.  Ini bermakna, Malaysia akan kehilangan seseorang yang mempunyai visi, patriotik, dan pemimpin yang berkebolehan, serta bertenaga di dalam ekonomi digital dan juga merupakan enjin pertumbuhan negara.

Yasmin telahpun menguruskan subsidiari tempatan MNCs dan jenama antarabangsa seperti Microsoft, Dell dan HP sebelum MDEC. 

Beliau juga dikenali sebagai 100 orang yang berpengaruh di dunia digital oleh Apolitical, sebuah rangkaian di UK untuk kerajaan yang berfokuskan dalam mencari jawapan kepada isu oleh penjawat awam, dan menerbangkan bendera Malaysia di dalam majlis antarabangsa seperti World Economic Forum.

Di bawah naungan beliau selama 4 tahun, ekonomi digital telah menyumbang sebanyak 18.3% GDP pada tahun 2017 dan sentiasa kekal untuk melepasi sasaran sebanyak 20% pada tahun 2020. Ia juga dilaporkan beberapa kali bahawa ekonomi digital telah menunaikan janji mereka di bawah pengurusan beliau.

Menariknya, media juga melaporkan bahawa syarikat teknologi di Malaysia sedang mencuba untuk mendapatkan sedikit ekonomi terbesar di Asia Tenggara; Indonesia dengan populasi yang besar sebanyak 250 juta, dan MDEC sedsng melakukan kerja yang baik dengan membolehkan syarikat tempatan untuk menembusi pasaran Indonesia.

Ironinya, bakal bekas CEO MDEC akan meninggalkan Malaysia untuk ke Indonesia. Ia merupakan sebuah lagi kes “kehilangan otak” untuk Malaysia – dan kehilangan kepimpinan yang besar di negara ini.

Hari terakhir Yasmin di MDEC adalah ada pertengahan Januari 2019 – selepas beliau meninggalkan strategi dan pelan untuk MDEC, seperti yang dikatakan di dalam ucapan rasmi.

Sumber Asal

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.