Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

WhatsApp Telah Melancarkan WhatsApp Pay Versi Beta Untuk Pengguna Di India

,
2.49K 0

WhatsApp telah mula menguji sistem pembayaran baharu di India yang membolehkan pengguna menghantar wang kepada pengguna WhatsApp yang lain, tidak termasuk akaun saudagar. Menurut satu sumber, sistem ini masih dalam versi beta

Sejak kebelakangan ini, syarikat tersebut sedang berusaha untuk membangunkan sistem sokongan bagi pembayaran yang akan memanfaatkan UPI (Unified Payments Interface), yang disokong oleh beberapa bank India, termasuk Bank Negara India, ICICI Bank, HDFC Bank, dan Axis Bank.

Penguji beta mendapati bahawa sistem ini telah diaktifkan beserta dengan senarai besar bank yang disokong dipaparkan dalam antara muka pengguna WhatsApp.

Kredit Imej: iPhoneHacks

Bedasarkan tangkapan skrin yang di hantar kepada Twitter dan beberapa tempat lain, termasuk hantaran ini dari blog iPhoneHacks, mereka yang mendapat akses kepada sistem baru ini akan melihat fungsi pembayaran muncul pada menu tetapan WhatsApp mereka.

Pengguna kemudian perlu menetapkan fungsi tersebut dengan terlebih dahulu mengesahkan nombor telefon mereka melalui SMS dan kemudian memilih bank. Pilihan untuk menghantar pembayaran terdapat pada antaramuka utama WhatsApp, sama seperti dimana anda biasa berkongsi gambar, video, fail, kontak, dan juga lokasi pada chat session.

 

Menurut The Economic Times, Syarikat dibawah milik Facebook telah menerima kelulusan dari kerajaan India untuk mengintegerasikan UPI kepada perkhidmatan mesej mereka sejak Julai lalui dalam rangk        a mengimplimentasikan sistem pembayaran.

Sehubungan itu, sokongan pembayaran oleh WhatsApp amat dinanti-nantikan disebabkan kepopularitian aplikasi tersebut dikalangan pengguna di India. India adalah pengguna terbesar aplikasi WhatsApp seramai 200 juta penguna aktif harian.

Menurut App Annie, negara tersebut telah mengatasi Amerika Syarikat dari segi jumlah gabungan muat turun melalui iOS dan Android pada Q4 2017. Ia berpotensi untuk menjadikan WhatsApp mendominasikan pembayaran P2P memandangkan ramai pengguna berada atas talian disebabkan kos plan data dan telefon pintar yang murah.

Menurut WhatsApp, mereka akan memaklumkan kepada pengguna apabila pembayaran P2P boleh digunakan secara meluas setelah peringkat percubaan beta telah selesai.

Adakah ini berita baik bagi pengguna WhatsApp di Malaysia? Lebih-lebih lagi yang menggunakan aplikasi tersebut sebagai salah satu medium perniagaan?

Tinggalkan pendapat anda dibawah.

Sumber Asal

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.