Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Tapway Lancar Penyelesaian Menjejak Kenderaan Berasaskan Kecerdasan Buatan

2.35K 0

Petaling Jaya, Selangor – 27 Februari 2019- Tapway, penyedia penyelesaian penjejakan hujung-ke-hujung yang sedang memuncul semalam telah melancarkan VehicleTrack, penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan organisasi memantau kenderaan untuk mendapat pemahaman yang lebih baik di lokasi fizikal mereka.

VehicleTrack boleh menyediakan laporan tentang aliran trafik, bilangan kenderaan, klasifikasi kenderaan, jenis kenderaan, nombor pendaftaran, pola keluar dan masuk kenderaan dan sebagainya menggunakan data daripada kamera video. 

Penyelesaian mempunyai banyak kebaikan termasuk membantu organisasi meningkatkan keselamatan di lokasi, mengurus tempat letak kereta dengan lebih cekap, menetapkan keutamaan akses kepada kenderaan orang kenamaan, memantau trafik, dan tujuan-tujuan lain bergantung kepada lokasi penyelesaian digunakan.

VehicleTrack sekarang sedang menjalani ujian rintis di sebuah gedung beli-belah, sekolah, dan lebuh raya.


Tapway ko-pengasas – Justin Shye Loh [kiri], Lim Chee How [kanan]

Lim Chee how, Ketua Pegawai Eksekutif Tapway berkata,

“Kepakaran Tapway adalah dalam pembangunan penyelesaian penjejakan. Sejak kami bermula pada 2014, kami telah menjejak orang dan kelakuan mereka. Sekarang, kami ingin menjejak kenderaan. Ini langkah seterusnya yang lazim bagi kami selepas kami mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh pelbagai organisasi. Kami berasa amat teruja untuk memperkenalkan VehicleTrack di pasaran.”

VehicleTrack boleh digunakan pada mana-mana organisasi termasuk perniagaan dalam pelbagai industri yang mempunyai keperluan untuk menjejak kenderaan. Pada masa ini, pelanggan sasaran utama bagi VehicleTrack adalah bangunan komersil, pusat beli-belah, tempat letak kereta awam atau swasta, bandar raya pintar, komuniti berpagar, dan pengendali lebuh raya.

“Kita hidup dalam zaman yang data adalah amat penting untuk kejayaan perniagaan. VehicleTrack menyediakan data kepada para pemilik perniagaan supaya mereka dapat memahami pengguna-pengguna mereka dengan lebih baik. Contohnya, apabila VehicleTrack digunakan untuk mengenal pasti nombor pendaftaran kereta di gedung beli-belah, pemilik perniagaan dapat mengenal pasti pelanggan setia berdasarkan bilangan perjalanan yang mereka buat ke bangunan,” jelas Chee How.

Mengulas ciri pengenalan nombor pendaftaran (license plate recognition, LPR) dalam VehicleTrack, Chee How berkata,

“penyelesaian LPR tradisional mempunyai ketepatan yang rendah akibat faktor-faktor seperti ketakseragaman dan kepelbagaian nombor pendaftaran.  Tapway telah menghasilkan model LPR dengan ciri pembelajaran mendalam (deep learning) yang meningkat dalam ketepatan dari masa ke masa dan membolehkan sistem untuk diguna pakai dalam pelbagai situasi. Selain hanya mengimbas nombor pendaftaran, Tapway telah mencipta sistem pengesahan tiga faktor yang meningkatkan tahap keselamatan dengan mengenal pasti warna dan jenama kenderaan. Anda tidak boleh menipu sistem!”

Dia berkata lagi,

“Kami telah menguji sistem ini di lebuh raya untuk menjejak nombor pendaftaran kenderaan yang bergerak pada kelajuan tinggi pada sudut dan keadaan pencahayaan yang berbeza. Kami telah dapat mengesan nombor pendaftaran dengan ketepatan lebih 95 peratus pada kenderaan yang bergerak dengan kelajuan 80 kilometer sejam dan ke bawah. “

Selain memperkenalkan VehicleTrack di pasaran, Tapway juga sedang mencari rakan kongsi e-dompet untuk mencipta pengalaman pembayaran letak kereta tanpa sentuh yang lancar dan selamat untuk pelanggan, di samping mengurangkan urus tunai dan masalah utama bagi pemilik perniagaan.

VehicleTrack pada masa ini hanya ditawarkan untuk organisasi di Malaysia.

VehicleTrack ditawarkan sebagai penyelesaian yang berserta dengan pelayan AI dan langganan perisian. Kamera tujuan khusus dan aksesori juga boleh disertakan bersama jika diperlukan oleh pelanggan.

Perihal Tapway:

Tapway ialah pembekal penyelesaian penjejakan hujung ke hujung untuk perniagaan-perniagaan [capture] pergerakan lokasi dan tingkah laku pelanggan di premis fizikal.

Dengan memanfaatkan penderia-penderia terhubung dan teknologi kecerdasan buatan (AI), perniagaan-perniagaan kini dapat menjejak tingkah laku orang, kenderaan, dan aset bagi menambah baik pengalaman pelanggan, memperkemas operasi perniagaan, dan meningkatkan keselamatan premis mereka. Tapway Sdn. Bhd. diasaskan pada 2014 dan berpangkalan di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Lawati kami di www.gotapway.com.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.