Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Syarikat Permulaan Ini Mempunyai 12Juta Pengguna Seluruh Dunia. Ini Cara Mereka Beroperasi Dengan 58 Orang Kakitangan

2.39K 0

Ditubuhkan pada tahun 2012, Piktochart merupakan alat komunikasi visual untuk individu bukan pereka. Ia bermula sebagai antara pembuatan infografik sendiri pertama di pasaran. Sejak dari itu, ia telah berkembang untuk menampung pelbagai format untuk penceritaan visual, termasuklah infografik, pembentangan, laporan dan poster. Pasukan yang mempunyai 58 orang ini telah memberi perkhidmatan lebih dari 12 juta pengguna di seluruh dunia, di mana kebanyakannya datang dari Amerika Syarikat.

Berikut bagaimana pasukan Piktochart beroperasi di ibu pejabatnya di Pulau Pinang, Malaysia.

Hari bekerja biasa

41 pekerja bekerja di pejabat Piktochart yang mempunyai keluasan 15,000 kaki persegi di Pulau Pinang. Pasukan yang lain bekerja di tempat yang lebih jauh. Satu lagi pejabat terletak di Kuala Lumpur, yang masih lagi di dalam pembinaan.

Bahagian pantri/ Kredit Gambar: Piktochart

Hari bekerja Piktochart bermula di pantri, di mana semua orang akan mengambil sarapan terlebih dahulu. Piktochart menyediakan sarapan dan makan tengahari untuk pekerja mereka setiap hari.

Nilai teras

Kredit gambar: Piktochart

Nilai teras Piktochart berada di dalam perkataan harapan: merendah diri, terbuka, bersemangat, cemerlang, seronok, fokus pengguna dan kasih sayang.

Ruang mesyuarat

Kredit gambar: Piktochart

Ruang mesyuarat menunjukkan warna jenama syarikat dan direka untuk memasukkan cahaya asli yang banyak.

Dinamakan sempena nilai teras “harapan” Piktochart, bilik mesyuarat sering digunakan untuk perbincangan rekaan dan mesyuarat pasukan setiap pagi Isnin.

Mesyuarat tengahari Isnin

Kredit gambar: Piktochart

Mesyuarat tengahari Isnin memberikan peluang ahli pasukan untuk berkongsi perkembangan terkini sesama sendiri, lebih-lebih lagi mereka berada di seluruh dunia. Pasukan ini akan berkongsi metrik dan kemas kini projek sewaktu mesyuarat ini.

Pekerja dari jauh akan menyertai melalui panggilan video, dan sering berkomunikasi melalui Slack dan Zoom.

Percutian pasukan akan diadakan setahun sekali, di mana Piktochart akan menerbangkan seluruh pasukan ke lokasi berbeza untuk mengukuhkan ikatan, bekerja dan beriadah di tempat yang sama untuk beberapa hari. Mereka mempunyai perhimpunan tahunan di Korea Selatan, Melbourne, Maldives dan Bali.

Waktu makan tengahari Rabu

Kredit gambar: Piktochart

Setiap hari Rabu, semua orang akan berkumpul untuk waktu makan tengahari istimewa di mana ahli pasukan akan memberikan pembentangan pantas. Fokus pembentangan adalah apa-apa sahaja seperti tips untuk menyediakan keto diet dan sesi Ask Me Anything secara peribadi.

Pasukan Teknikal

Kredit gambar: Piktochart

Pasukan teknikal diketuai oleh pengasas bersama Andrea Zaggia (keempat dari kiri, hadapan), yang bertanggungjawab untuk penandaan jalan teknologi, pembinaan dan penyusunan sumber pembangunan, dan penyampaian visi dan jadual produk.

Penyusunan produk dan pasukan kejuruteraan diinspirasikan dari produk matrik Spotify. Terdapat UI/UX, tajuk bahagian hadapan dan bahagian akhir, di mana setiap bahagian mempunyai ketua pasukan tersendiri. Setiap skuad adalah pasukan yang bekerjasama dengan semua orang di setiap bahagian, dan dipisahkan di setiap unit yang diuruskan oleh aspek berbeza perniagaan, seperti produk teras atau langganan Pro. Skuad akan memberikan laporan laporan kepada pengurus produk. Mereka juga mempunyai sumber yang sama untuk setiap bahagian seperti operasi pembangunan.

Di sesi temuduga pengguna

Kredit gambar: Piktochart

Pengurus produk dan pengkaji akan menjalankan sesi temuduga secara kerap untuk membantu pengguna mencapai tujuan mereka dengan Piktochart. Temuduga pengguna dijalankan melalui panggilan video.

Menjaga kebajikan pasukan

Kredit gambar: Piktochart

Piktochart menjalankan yoga secara mingguan dan sesi bola keranjang untuk memastikan pekerja mereka mempunyai masa untuk bersenam.

Mereka juga menawarkan waktu kerja fleksibel seperti “bekerja dari rumah pada hari Jumaat”, di mana pekerja diberi pilihan untuk melakukan kerja di rumah atau lokasi pilihan mereka.

Bilik permainan

Bermain permainan persahabatan foosball/ Kredit gambar: Piktochart

Para pekerja boleh berehat di bilik permainan yang dibuat. Terdapat permainan papan, mesin dart elektronik, konsol Xbox Kinect, dan foosball-kegemaran ramai.

Mural

Kredit gambar : Piktochart

Piktochart terletak di Georgetown, Pulau Pinang, sebuah bandar yang amat terkenal dengan lukisan jalanan. Mengambil inspirasi dari situ, startup ini mencipta mural tersendiri dengan bantuan pereka – perekanya.

Mengambil pekerja

Kredit gambar : Piktochart

Zaggia berkongsi bahagian kegemaran beliau bekerja di Piktochart adalah orangnya. “Kami tidak mengetahui semuanya, tetapi kami mencuba yang terbaik. Kadang – kadang ia agak mencabar,” kata beliau. “Namun, pada akhirnya, nilai teras kami berakhir dengan ‘kasih sayang’, dan jika anda bukan seorang yang menyukai pertumbuhan dari orang lain dan belajar sesama sendiri, tempat ini bukan untuk anda.”

 

Sumber Asal

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.