Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Recap 2017 @ Otakit.my

2.93K 1

Soalan klise yang anda bakal dengar, baca dan lihat bila apabila hampir ke penghujung tahun adalah “Sudahkah Anda Bersedia Untuk Hadapi Tahun 2018?” dan “Apa azam baru anda” atau “Adakah azam anda tahun ini telah di tunaikan?”

Let’s not talk about “Azam Baru or Lama”

Jom berbicara mengenai apa yang anda telah lakukan sepanjang 2017. Lihat balik aktiviti-aktiviti yang telah anda lakukan. Sebagai editor OtakIt.my, Ada beberapa artikel yang telah saya tulis mendapat sambutan, perhatian dan ada yang mendapat beberapa kerat sahaja pembaca.

Antara artikel-artikel yang mendapat banyak pembaca adalah artikel-artikel yang berbentuk temuramah bersama dengan CEO syarikat-syarika permulaan yang banyak memberikan inspirasi dan pandangan mereka terhadap trend-trend yang sedang sohor kini.

Contohnya seperti Termuramah bersama dengan Pemenang Anugerah Malaysia Rice Bowl Startup 2017 kategori Smart City Solution, CEO ZYQ Engineering, Mohammad Zikri Mohd Zaini. Beliau memberi inspirasi bagaimana syarikatnya berkembang dari memberikan perkhidmatan mengecat rumah sehingga mempunyai kilang pembuatan sendiri.

Bila saya menemu ramah Amirulradzi, saya teringat dahulu ketika baru sahaja SPM. Apa yang saya lakukan ketika itu. Untuk makluman anda, Amirulradzi mula belajar buat permainan video ketika usia 16 tahun. Pada usia 19 tahun, beliau telahpun menerbitkan sebuah video game dan dijual pada pelantar Steam Store. Satu pencapaian yang hebat bagi remaja berusia 19 tahun.

2017 adalah satu tahun yang banyak peristiwa-peristiwa menarik. Salah satunya adalah pertarungan terhebat antara dua robot gergasi. Kuratas Vs Megabot. Ianya satu acara yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat robot kerana menyerupai anime Gundam dimana ia dapat dikawal dari dalam robot tersebut. Jika anda terlepas rakaman tersebut, anda boleh tonton disini.

Satu lagi perkara menarik bagi saya adalah rancangan animasi 3D. Pernah tonton rancangan kanak-kanak Super Tots? Sekali-sekala saya menontonnya kerana menemani anak-anak yang minat rancangan tersebut. Tidak sangka individu dibelakang tadbir adalah Pengerusi NEF. Antara individu pertama yang saya temuramah untuk OtakIt.my. Beliau menggunakan teknologi Mocap untuk menghasilkan animasi tersebut.

Tahun ini bagi saya sepanjang menulis artikel, adalah tahun syarikat permulaan, pembiayaan dan cryptocurrencies. Banyak acara-acara dan program yang membantu para syarikat permulaan dari segi pendedahan, pendidikan, latihan lebih-lebih lagi pembiayaan dan seperti Bid-It, Cradle 300, Teraju Superb, BAHTERA 2017 dan juga acara meraikan pencapaian syarikat permulaan seperti ASEAN Rice Bowl Startup Awards.

Credit Pcture: https://magazine.seats2meet.com/more-about-blockchain/

Bercerita mengenai Cryptocurrencies dan Blockchain, tahun ini adalah tahun yang memberi kesedaran wujudnya wang digital kepada masyarakat dunia lebih-lebih lagi Malaysia. Pada pendapat saya, ia tercetus apabila harga Bitcoin meningkat dari $USD1000 pada awal Januari dan melambung tinggi sehingga $USD19,900. Fear of Missing Out (FOMO), ramai yang lompat masuk membeli untuk dapatkan secebis wang maya tersebut.

Pernah dengar PayrollPanda, Bepunct, Traitquest? Ketiga-tiganya adalah laman yang menawarkan perkhidmatan HRM. Jika anda pertama kali mendengarnya, barangkali anda menyangka ia adalah syarikat dari luar negara, tetapi sebenarnya adalah syarikat anak tempatan.

Di Malaysia, banyak individu-individu berbakat dalam pengatucaraan dan bakat-bakat tersebut diterjemahkan dalam bentuk syarikat permulaan teknologi. Salah satunya adalah Zoom, yang baru-baru ini telah memenangi anugerah Startup Of The Year, ASEAN Rice Bowl Startup Awards 2017.

Sebelum mengakhiri tulisan ini untuk tahun 2017, terima kasih diucapkan kepada penulis-penulis yang telah menyumbang artikel untuk diterbitkan pada laman ini. Terima kasih kepada individu-individu yang telah memberikan kerjasama dan meluangkan masa untuk ditemuramah dan tidak lupa juga kepada anda, terima kasih kerana menjadi pembaca setia yang membaca setiap artikel yang diterbitkan, follow kami di laman Facebook, share dan likes artikel yang dikeluarkan.

Terima kasih.

Rammel Firdaus Ramli
Editor

P.s Apa azam baru anda tahun depan? 😀

One Comment

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.