Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Prototype Studios Gameplay Director & Programmer Haikal Izzuddin, Unity Certified Developer Berusia 18 Tahun

4.31K 6

Pada usia 18 tahun, Muhammad Haikal Izzuddin Bin Muhamad Rizal telahpun diberi pengiktirafan sebagai Unity Certified Developer. Ini bermakna beliau mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk membina sebuah permainan video menggunakan pelantar Unity. Pensijilan tersebut juga mengiktiraf kebolehan beliau untuk merancang konsep-konsep penting dalam hal-hal teknikal berkaitan seni dan pengatucaraan sesebuah permainan video.

Ini bukan remaja lepasan SPM yang tipikal jika sudah mampu berbuat demikian. Beliau yang berasal dari Selangor, memegang jawatan Gameplay Director & Programmer di Prototype Studios. Sehingga kini, beliau dan rakan kongsi dari Indonesia telah membangunkan 2 permainan video yang dijangkakan bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini iaitu Project Empires dan Golden Age: Nusantara, pada tahun berikutnya.

Minat beliau dalam genre Real Time Strategi (RTS), menjadi inspirasi dan tema untuk membangunkan kedua-dua tajuk permainan video tersebut.

“Ia bermula daripada minat saya sendiri. Saya adalah peminat tegar game RTS, bermula dari zaman Age of Empires dan Command & Conquer. Dari situ, minat saya untuk mempelajari bagaimana ia tercipta bermula.”

Prototype Studios bermula sebagai satu kumpulan kecil. Sebagai gameplay director, beliau bertanggungjawab dalam menyelia pembangunan permainan video, pasukan, dan juga untuk menyelaraskan matlamat kepada kakitangan syarikatnya yang kini terdiri daripada 15 orang dari pelbagai negara antaranya Itali, Amerika Syarikat, France, Malaysia dan Indonesia.

 

Membangun sesuatu permainan video bukan suatu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Dari enjin, backend, intergrasi sehinggalah piawaian industri dan perkhidmatan audio. Seperti yang dikongsikan oleh Haikal:

Pada asasnya, kami menggunakan Unity sebagai game engine kami dan dari situ kami kembangkan melalui teknologi proprietary kami sendiri sebagai contoh untuk procedural generation peta kami, Gamasutra – Technology behind Project Empires. Selain itu, kami juga gunakan Photon dan Amazon AWS untuk backend multiplayer kami.

 

Selain daripada itu, penggunaan Github Private Repository amat berbaloi untuk code kami kerana integrasi dengan pelbagai servis seperti Jenkins dan sudahpun dintergrasikan kedalam Unity sendiri. Sebagai contoh, Project Empires dibangunkan menggunakan sebuah codebase yang multiplatform dan codebase ini juga digunakan untuk game kami yang lain. Ini menyelaraskan kesemua team kami dan memudahkan pembangunan.

 

Bagi asset art pula, kami menggunakan Photoshop dan Autodesk Maya kerana ia merupakan standard industri. Audio pula, kami mengambil servis New Light Audio dari South Africa untuk mereka kesemua audio kami dan kemudian dimasukkan kedalam game melalui integrasi wWise.

Beliau juga sempat berkongsi kemahiran yang diperlukan untuk membangunkan sebuah permainan video itu kemahiran dalam bidang seni dan pengaturcaraan. Untuk menghasilkan sebuah permainan video, bukan sahaja grafik memainkan peranan tapi juga faktor dalaman seperti prestasi permainan video pada setiap pelantar yang dibangunkan, storyline, dan juga idea yang dapat menarik minat pemain.

Seperti mana tema dan genre Project Empires dan Golden Age: Nusantara. Kedua-dua permainan ini dipilih berdasarkan pemerhatian terhadap trend tema terkini.

Kesemua game kami adalah strategy kerana kami rasa tiada game strategy lain yang dapat mengembalikan feel game seperti Age of Empires dan Command & Conquer kerana kebanyakan di pasaran sekarang ialah genre Battle Royale ataupun FPS.

Menurut Haikal lagi, sambutan terhadap game yang mereka bangunkan amat menggalakkan walaupun ia masih dalam pembangunan. Buat masa ini, permainan video yang dibangunkan Prototype Studios dibiayai mengunakan modal sendiri dan cabaran terbesar sepanjang membangkan kedua-dua permaian ini adalah perbezaan zon masa.

“Kebanyakkan dari team kami berasal daripada luar negara dan mereka mempunyai timezone yang berbeza dari kami di Malaysia dan Indonesia.”

Pada usia yang muda, pastinya kerjaya dan masa depan yang stabil menjadi keutamaan kedua ibubapa namun kedua-duanya daripada awal menerima apa yang beliau ceburi dan terus menggalakkan lagi Haikal dalam bidang tersebut. Cuma rakan-rakanya suka mengusik dengan soalan-soalan dan komen “bonus” seperti “dah kaya ke jual game tu”,”dah famous nanti jangan lupa aku pulak” dan “boleh ke hack *** ni untuk aku?”

Sepanjang penubuhan Prototype Studios, Haikal telah berjumpa dengan Perdana Menteri Republic of Somaliland, H.E Ahmed Mohamed Mohamoud, Dr. Michio Kaku, seorang professor theoretical physics di City College New York dan Wan Hazmer, pengasas Metronomik di Malaysia yang pernah berkhidmat dengan SquareEnix.

Berwawasan dan berpandangan jauh, Prototype Studios menurut Haikal berpotensi untuk berkembang. Katanya, Prototype Studios sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan sebuah IP daripada sebuah game developer untuk
dibangunkan semula dengan teknologi moden.

Beliau juga berkongsi pandangannya terhadap sohor kini genre Battle Royale seperti PUBG, Fortnight dan sebagainya yang semakin mendapat tempat dikalangan pemain. Begitu juga permainan yang beliau jangka lebih banyak dibangunkan untuk pelantar VR dan AR melalui Oculus, HTC Vive, dan sebagainya.

Tidak banyak pasaran di Malaysia yang boleh diterokai dalam bidang pembangunan game ini. Pada saya, bidang ini bukan hanya tertakluk kepada kesoronokkan semata-mata tetapi elemen artificial intelligence yang terdapat dalamnya boleh membantu pelbagai bidang di Malaysia. Dengan bantuan dan galakan daripada badan-badan kerajaan seperti MDEC dan syarikat seperti LevelUP dan IDGA, pembangunan game di Malaysia dapat berkembang. Penambahan kursus-kursus yang spesifik kepada pembangunan game seperti di IPTA dan IPTS di Malaysia dapat menarik minat orang muda terhadap industri yang sedang berkembang pesat ini.

Selain pembangunan permainan video, Haikal juga sedang merancang satu aplikasi untuk pesakit-pesakit Diabetis type-1, dimana beliau merupakan salah seorang pengidap penyakit tersebut.

Saya adalah seorang pesakit Diabetes Type 1 yang memerlukan ​suntikan insulin 4 kali sehari. Saya pernah menjadi subjek untuk para doktor yang mengambil peperiksaan untuk menjadi doktor pakar di Hospital Selayang.

Saya juga pernah memberi ceramah kepada pelajar-pelajar sekolah, guru-guru, ibu
bapa dan para doktor di Fakulti Perubatan Universiti Malaya tentang
kehidupan pesakit Diabetes Type 1.

Sebelum mengakhiri temuramah, Haikal sempat berkongsi harapannya terhadap masa depan Prototype Studios.

Kami berharap di masa hadapan, Prototype Studios akan akhirnya berkembang menjadi sebuah syarikat yang besar dan berada di dalam kalangan pemain-pemain industri seperti BioWare, Ubisoft, dan sebagainya.

Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan melayari laman Prototype Studios atau di Twitter (@prototypestd)

6 Comments

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.