Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Pengeluar Mesin Parkir Enggan Kerjasama, Muhamad Nasir Habizar Bangunkan JomParking

2.08K 0

Dua masalah negara ini di hadapi oleh semua pemilik kenderaan di kawasan bandar. Membuat pembayaran parkir menggunakan kupon dan melanjutkan tempoh parkir.

“Bayangkan anda datang ke sesuatu kawasan di awal pagi yang memerlukan anda untuk membeli kupon dan pada ketika itu kebanyakan kedai menjual kupon masih belum dibuka atau mereka tidak mempunyai stok kupon pada ketika itu…”

Tidak cukup dengan itu…

“Anda telah membayar kupon untuk tempoh satu jam dan memerlukan masa tambahan maka anda terpaksa menuju ke kenderaan semula untuk membuat tambahan masa parkir….”

Itu dua masalah yang dirasakan oleh Muhamad Nasir Habizar, dapat di atasi dengan aplikasi JomParking.

“Kami merasakan dengan address the pain point dapat membantu pengguna untuk membayar parkir.”

Ditubuhkan pada Ogos 2017, JomParking adalah anak syarikat AppCable Sdn Bhd. Aplikasi ini menyediakan pelantar pembayaran parkir menggunakan telefon pintar. 

JomParking dibangunkan setelah hasil mendapat maklumbalas dan tunjuk ajar dari operator parkir yang mempunyai pengalaman yang luas tentang cara mengurus parkir. Dari situ, Nasir Hasbizar melakukan kajian dan pengesahan terhadap sambutan aplikasi yang bakal menggantikan sistem berkupon.

“Kami juga membuat pilot test di Taman Tun Dr Ismail sebelum perkhidmatan ini dilancarkan ke seluruh kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara berperingkat-peringkat…”

Pada mulanya, ia mendapat tentangan dari operator parkir kerana menyangka ia akan mengantikan operator parkir sedia ada. Walaubagaimanapun, kegigihan menerangkan fungsi JomParking sebagai pelantar parkir akhinya mendapat sambutan.

Kegigihan dan usaha yang berterusan adalah dua sifat pendorong yang membolehkan Nasir Habizar menjayakan JomParking sehingga berjaya di nobatkan sebagai Syarikat Permulaan IoT Terbaik di Rice Bowl Award Malaysia. 

Banyak cabaran yang rintangan telah di hadapi. Beliau berkongsi bagaimana kegagalan bekerjasama antara syarikat pengeluar mesin parkir menjadi titik tolak kepada pembinaan aplikasi pembayaran parkir yang moden. 

Jika anda lihat dari satu sudut, JomParking adalah satu contoh syarikat permulaan yang kecil, berasaskan IoT yang mampu”disrupt” syarikat gergasi.

Pada awalnya, syarikat kendalian Nasir Habizar ini pernah dipelawa menyertai tender Smart Parking. Walaupunbagaimanapun, ia tidak berjaya.

“Memandangkan kami tidak dapat kerjasama daripada pengeluar mesin parkir maka kami tidak dapat menawarkan perkhidmatan tersebut. Namun ia tidak mematahkan semangat kami.”

Ketika itu, belum ada aplikasi dan perkhidmatan SMS digunakan sebagai medium. Memandangkan SMS mempunyai kos yang tinggi dan kebergantungan kepada syarikat telco, beliau bersama 4 orang mobile developer bertukar kepada aplikasi mudah alih dan melangkau orang tengah (telco) untuk menjimatkan kos dan meraih keuntungan yang lebih banyak.

Menurut Nasir Hasbizar, tahun pertama operasi sangat mencabar memandangkan banyak kelemahan perlu diperbaiki. Banyak penambahan dilakukan dari masa ke semasa berdasarkan maklumbalas positif dari pengguna.

Walaubagaimanapun, tidak semua pengguna menerima baik aplikasi ini pada mulanya.

“Kami juga mempunyai masalah untuk meyakinkan pengguna bahawa perkhidmatan ini adalah asli dan bukannya scam…”

 

“Kami juga perlu meyakinkan pihak majlis perbandaran atau bandaraya serta operator parkir, perkhidmatan ini dapat membantu mereka untuk mengurangkan kos operasi selain dapat meningkatkan pendapatan…”

Menurutnya, setelah berusaha memperbaiki kelemahan dan menambahbaik sistem, JomParking mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna yang rata-rata menyatakan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan selain antaramuka yang bersih dan mudah digunakan.

Setakat ini, pengguna JomParking kini telah melebihi 100,000 pengguna dan Nasir Hasbizar mensasarkan jumlah pengguna sebanyak 500,000 menjelang hujung tahun 2018.

“Cabaran terbesar adalah bagaimana untuk membiayai kos operasi syarikat yang bertambah memandangkan kami mempunyai kakitangan yang bertambah. Kami bersyukur kerana telah mendapat VC pada awal tahun 2018”

JomParking adalah antara syarikat permulaan yang menerima geran dari CIP500 daripada Cradle. Walaubagaimanapun, syarikat ini bermula dengan menggunakan dana dalam syarikat. Syarikat ini juga telah menerima kehadiran venture capital pada awal tahun 2018.  

Kejayaan JomParking dipengaruhi oleh beberapa individu yang banyak memberi inspirasi dan tunjuk ajar daripada mentor-mentor dan program pembangunan yang mantap.

Kami beruntung kerana mempunyai mentor-mentor yang hebat dan memberikan tunjuk ajar. Antara individu awal yang banyak membantu adalah Dr Farid daripada Celcom dan Jett daripada JNJ. Disamping itu kami juga amat bertuah kerana mempunyai mentor-mentor daripada Coach & Grow Program anjuran Cradle, Cyberview Living Labs Accelerator Program dan Global Accelerator Program anjuran MaGIC.

Lima tahun akan datang, Nasir Hasbizar meletakan JomParking akan berubah kepada satu pelantar pembayaran. Beliau berhasrat untuk mengembangkan perkhidmatan JomParking ke seluruh Malaysia dalam tempoh 1-2 tahun ini. Kemudian akan mengembangkan perkhidmatan JomParking ke negara-negara ASEAN.

Beliau juga membayangkan landskap pakir di masa akan datang akan banyak berubah semua transaksi parkir menggunakan perkhidmatan digital sepenuhnya.

Antara projek terbaru yang bakal dibangunkan menurut Nasir Habizar adalah mengembangkan perkhidmatan JomParking bersaskan ekosistem automotif dengan menyediakan perkhidmatan berkaitan seperti bayaran saman, pembaharuan insuran kenderaan, perkhidmatan penukaran bateri, servis kenderaan on-demand dengan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan tersebut.

JomParking merupakan produk yang dihasilkan sepenuhnya oleh anak-anak muda tempatan yang berbakat besar. Kami mempunyai cita-cita menjadikan JomParking satu perkhidmatan parkir yang dapat digunakan di seluruh Malaysia dan juga di negara-negara ASEAN dalam masa kurang dari 5 tahun.

Gambar dari FB Nasir

Gambar dari FB Nasir Habizar

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.