Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Peluang Memiliki Media Buat Orang Ramai

1.87K 0

Media digital hari ini terus-menerus meraih sebahagian besar daripada penggunaan media di seluruh dunia. Jika dahulu orang menonton berita pada waktu malam di televisyen, kini mereka boleh menonton berita terus daripada telefon pintar mereka, jika dahulu orang perlu menunggu hari esok untuk mendapatkan berita terkini, kini berita disampaikan dalam masa tidak sampai sejam.

Dengan kepantasan internet dan kecanggihan telefon pintar, orang ramai boleh mendapatkan apa sahaja jenis kandungan seperti hiburan, informasi dan berita tidak kira di mana jua mereka berada dan pada bila-bila masa yang mereka mahu.

Sehubungan dengan itu, terdapat peralihan perbelanjaan iklan daripada media tradisional kepada media digital. Tahun lalu, perbelanjaan iklan di media digital meningkat sehingga melebihi perbelanjaan iklan di televisyen di mana di Malaysia dan Indonesia perbelanjaan iklan digital meningkat pada kadar 30% setahun.

Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa media digital mula mendapat perhatian ramai dan revolusi ini tidak dapat dielakkan. Syarikat media gergasi juga mula beralih kepada media digital. Oktober lalu, Malay Mail telah menghentikan pengeluaran akhbar dan fokus kepada portal sahaja. Jun lalu, Media Prima membeli sebuah portal gaya hidup The Vocket dan Rev Asia pada Mei 2017 sebagai salah satu strategi adaptasi revolusi media digital.

Selain itu, beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat lihat peningkatan pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui kemunculan portal-portal baru seperti Majalah Labur, Semuanya Bola, The Patriots, Hartabumi dan Gila Hartanah. Jika anda perhatikan kesemua portal ini ditulis dalam Bahasa Melayu dan menyajikan konten berbentuk ilmiah yang mana sukar mendapat tempat dalam kalangan pembaca sebelum ini yang lebih menggemari konten berbentuk gosip dan hiburan.

Melihat kepada kenaikan permintaan terhadap konten ilmiah berbahasa Melayu, Kapital cuba mengisi kekosongan di mana tiada satu pun portal khusus yang menyajikan konten ekonomi dan polisi dalam bahasa Melayu.

Menghampiri setahun penubuhan Kapital, kini jumlah pembaca Kapital mencecah 100,000 setiap bulan yang mana sebahagian besar pembaca kami adalah dalam kalangan eksekutif muda. Jumlah pembaca kami meningkat pada kadar 10%-20% setiap bulan.

Visi kami cukup jelas, kami ingin menjadi “Bloomberg of Nusantara” di mana potensi pembaca mencecah lebih 70 juta orang golongan muda daripada Malaysia dan Indonesia. Dalam mencapai misi ini, kami ingin membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama menjayakan visi ini.

Salah satu daripada prinsip pegangan kami adalah kebebasan media dengan meraikan perbezaan pendapat daripada pelbagai pihak. Anda boleh lihat sendiri kepada artikel-artikel kami yang tidak berat kepada mana-mana pihak tertentu. Ada kala kami memuji, ada kala kami mengkritik. Bagi memastikan kebebasan media ini terus dilindungi, kami menjemput anda untuk bersama-sama dengan kami menjadi sebahagian daripada pemilik Kapital.

Atas sebab itu juga Kapital mengambil inisiatif dengan membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi pemilik media bebas melalui Equity Crowd Funding di bawah Pitch-in. Inisiatif sebegini merupakan yang pertama di Malaysia!

Kapital mensasarkan meraih dana beberapa juta ringgit untuk mengembangkan operasi serta mengekalkan kebebasan media. Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh datang ke Issuer Preview pada jam 3 petang, 23 Mac 2019 di WORQ Glo Damansara. Ayuh sama-sama menjayakannnya!

Sumber: Kapital.my

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.