Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

OldBoys Channel Mempelbagaikan Khidmat ICT

4.04K 0

Old Boys Channel ditubuhkan oleh Johan Bin Mohamed yang berasal daripada Kota Tinggi, Johor. Mendapat lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Mesra dikenali sebagai Johan, beliau memulakan kerjaya sebagai “archivist” di Unit Pusat Sumber Media Prima Berhad pada pertengahan tahun 2006. Kemudian, pada hujung tahun 2009, beliau ditawarkan untuk ke satu unit baru yang dikenali sebagai IPTV Unit. Bertitik tolak dalam menjalankan kerja seperti penyunting program-program lama TV3 (tahun 2006 & ke bawah). Unit IPTV berkembang menjadi Jabatan Media Prima Content & Services (MPCS). Minat dalam bidang IT bermula apabila Johan dinaikan pangkat sebagai Penganalisis Rangkaian (Channel Analyst). Antara tugas utama, beliau menjalankan “market research” program TV (rating), Mencadangkan “program scheduling” berdasarkan statistik, dan membuat kertas cadangan “brand plan”. Tahun 2011, beliau mengemukakan cadangan kepada pihak pengurusan untuk membina satu sistem bagi menyimpan dan mengenal pasti katalog program-program yang berpotensi untuk dijual ke pasaran media melalui sistem.

Pada tahun 2014, Oldboys Animation ditubuhkan. Skop utama syarikat pada awalnya tertumpu kepada 3D modeling, membina android apps, games dan sebagainya. Hasil dari perkembangan semasa dan permintaan yang tinggi dari pelanggan, syarikat mula mengembangkan sayap perniagaan dengan menukar nama kepada Oldboys Channel khas untuk penjenamaan bersama rakan kongsi Mohd Hafizi Ismail.

Laman web rasmi www.oldboyschannel.com

Laman web rasmi www.oldboyschannel.com

Perjalanan Oldboys Channel bermula dengan mengambil nama Oldboys kerana ingin memberi mesej tersirat yang syarikat ini ditubuhkan oleh pengasas muda tapi matang dari segi pengalaman, pengetahuan dan pemikiran. Nama Oldboys juga simbolik kepada satu makna yang “evergreen“. Channel pula bermaksud saluran. sesuai dengan pelbagai khidmat yang ditawarkan dalam bentuk pelbagai saluran kepada pelanggan. Perniagaan ICT memberi peluang Oldboy Channel menimplemen medium atau platform seperti website, media sosial, pemasaran email, dan sebagainya bagi membantu pelanggan memasarkan produk semaksimum dengan lebih berkesan.

Selain membina website, Oldboys turut menawarkan khidmat penjenamaan

Selain membina website, Oldboys turut menawarkan khidmat penjenamaan

Oldboys Channel merupakan syarikat yang mampu membantu usahawan atau syarikat membina penjenamaan, mencipta peluang pemasaran dan identiti yang unik. Oldboy Channel memperincikan setiap proses kedudukan jenama agar stabil, bermula dari ciptaan nama syarikat atau produk sehingga kepada laman web. Percaya dengan pelbagai perspektif yang boleh dijalankan bagi pemasaran yang berkesan. Melalui ciptaan yang kreatif dan pendekatan inovatif, Oldboy Channel mampu mencipta imej jenama yang pelanggan perlukan disamping membina kesedaran jenama kepada orang ramai melalui khidmat medium yang tawarkan.

Berani mengambil risiko, Oldboys Channel menggunakan modal sendiri sebanyak RM30,000. Modal tersebut digunakan untuk menyewa pejabat, menyewa server, membeli domain dan lain-lain. Mensasarkan industri kecil dan sederhana(IKS) bagi mencipta momentum baru untuk turut sama membantu mereka melakar kejayaan.

Oldboys Channel memperluaskan segmen perkhidmatan dengan menawarkan khidmat Konsultasi Jenama, Rekabentuk Grafik, Rekabentuk & Bina Website, Pembangunan Web Sistem, Pemasaran Media Sosial, Pemasaran E-mel serta Permodelan & Animasi 3D.

Yakin dengan keunikan pada Oldboys Channel, kami menyediakan khidmat konsultasi jenama kepada pelanggan. Hasil pengalaman kami, kebanyakkan mereka yang gagal dalam pemasaran produk di laman web dan media sosial adalah kerana kelemahan pada penjenamaan produk mereka. Justeru, berbekalkan pengalaman di Media Prima dimanfaatkan sepenuhnya untuk turut sama membantu meletakkan sasaran pengguna yang tepat untuk sesebuah produk. Rumusan hasil dari testimoni pelanggan Oldboys Channel, Keunikan merupakan daya tarikan utama kepada pelanggan.

Berusaha untuk melangkah ke peringkat global, Oldboys Channel sedang mengintai peluang untuk mendapatkan geran Cradle sebagai strategi untuk mendapatkan dana. Oldboys Channel merancang untuk melibatkan diri bersama mereka yang pakar di luar sana melalui online medium seperti group blog, group facebook dan lain-lain lagi. Selain melibatkan diri, Oldboys Channel juga mencari peluang untuk menyertai mereka dalam memberi beberapa sumbangan seperti idea dan cara penyelesaian.

Oldboys Channel akan terus mengekalkan momentum daya saing dengan mengekalkan imej yang optimum. Bijak menerokai peluang, Oldboys Channel gemar berkolaborasi dengan pesaing mereka. Antaranya ialah Tukang Website dan Mambo Art.

Cara membina rangkaian yang effektif, Oldboys Channel mempunyai laman web dan facebook yang aktif dan konsisten. Oldboys Channel juga menjalankan strategi pemasaran secara e-mel bagi mendekatkan diri kepada pelanggan. Antara hasil kerja Oldboys Channel, Wedding Studio Sdn Bhd (www.weddingstudio.com.my), Wira Shipping & Logistic Services Sdn Bhd (www.wirashipping.com.my). Oldboys Channel berjaya mendapatkan projek reputasi tinggi, Fauziah Ahmad Daud,  Ogy Network & Ventures dan beberapa klien lain.

Fauziah Ahmad Daud, Ogy Network & Ventures (www.ogynetwork.com) dalam peringkat pembangunan

Fauziah Ahmad Daud, Ogy Network & Ventures (www.ogynetwork.com) dalam peringkat pembangunan)

Cabaran utama Oldboys Channel  adalah kekurangan modal dan tenaga kerja. Oldboys Channel mengekalkan komunikasi yang baik, disiplin tinggi dan sikap yang positif antara satu sama lain bagi membina pasukan yang mantap serta kreatif. Oldboys Channel bermula dengan 2 orang dan kini mempunyai 7 kakitangan termasuk 1 pelajar praktikal. Oldboys Channel lebih berminat untuk membuka peluang kepada lepasan kolej atau universiti.

Bapa ini berpendapat,menjalankan perniagaan sendiri lebih mudah menguruskan masa dan rutin harian. Tidak terikat dengan waktu pejabat membenarkan kami meluangkan masa yang lebih lama bersama keluarga. Waktu bekerja digunakan sebaik mungkin untuk mengelakkan kerja berstatus tertunggak.

Nasihat kepada bakal usahawan, sediakan pelan perniagaan yang mantap terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa jenis perniagaan. Carilah seorang guru sebagai mentor. Hadiri seminar dan kelas permulaan perniagaan.

Kepuasan pelanggan merupakan kejayaan kepada Oldboys Channel. Kini Oldboys Channel melibatkan diri dalam bentuk projek usahasama bagi membina jaringan pasaran ke peringkat global.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.