Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Mynic Domain Management System Berwajah Baharu.

2.12K 0

Penantian telah berakhir setelah 10 tahun menunggu, akhirnya sistem pengurusan domain Mynic telah bertukar wajah kepada tema yang lebih moden sesuai dengan peredaran zaman. Otakit.my mengucapkan tahniah kepada Mynic kerana telah mengambil inisiatif untuk melakukan pembaharuan.

Adakah pembaharuan ini memberangsangkan? Jom kita lihat apa pembaharuan yang telah dibawa oleh Mynic dalam sistem pengurusan domain baru ini dan apa yang boleh anda lakukan pada Dashboard yang disediakan.

Sekilas Pandang

 

Dashboard yang dipaparkan adalah amat ringkas dan dengan sekilas pandang, anda sudah dapat garap maklumat-maklumat penting. Jika sekadar login untuk mengetahui status-status domain, anda hanya memerlukan 5 saat sahaja untuk lihat semua maklumat yang diperlukan.

Berbanding dengan sistem lama yang memerlukan anda menekan beberapa butang terlebih dahulu. Jika anda pertama kali menggunakan sistem pengurusan domain yang lama, pastinya anda akan keliru dan mengambil masa yang panjang hanya sekadar untuk mendapatkan senarai nama domain.

Dashboard yang terkini, mempersembahkan 5 kotak berbeza warna yang menunjukkan status ringkas:

  • jumlah domain yang dimiliki,
  • jumlah domain yang telah tamat tempoh
  • jumlah domain yang bakal tamat tempoh
  • dan jumlah domain yang aktif

Senarai domain juga dipaparkan dengan jelas beserta dengan maklumat-maklumat penting seperti tarikh pendaftaran, tarikh tamat tempoh, status dan di hujungnya, butang tindakan untuk mengurus domain. Font yang digunakan, saiznya lebih besar dan mudah dibaca jika dibandingkan dengan sistem terdahulu yang memerlukan anda mengecilkan mata untuk membaca, lebih-lebih lagi jika ada masalah penglihatan.

Lebih Responsive

Dashboard lama

Dashboard sistem pengurusan lama, tidak sesuai diakses dengan menggunakan telefon pintar jika anda perlukan akses pada bila-bila masa. Ia tidak berubah bentuk dan format untuk disesuaikan dengan saiz skrin telefon pintar yang terhad. Anda terpaksa skrol ke luar skrin untuk melihat bahagian lain yang boleh menyukarkan dan mengelirukan navigasi.

Dashboard baru

Berbeza dengan Dashboard yang baru. Segalanya disusun dengan rapi mengikut saiz skrin telefon bimbit. Dengan hanya satu leret ke atas, segala maklumat telah diaturkan secara sistematik dan berstruktur, Tahniah diucapkan kepada pengaturcara dashboard kerana melakukan kerja yang baik.

Navigasi dan menu pilihan yang terletak pada sebelah kiri skrin komputer, disorokkan dengan kemas dan hanya akan muncul pada sebelah atas apabila butang navigasi ditekan pada skrin telefon pintar.

Apa Sistem Pengurusan Domain Yang Baru Ini Boleh Buat?

Tak banyak. Hanya sekadar menukar maklumat pengurusan/teknikal dan menukar Nameserver dengan syarat anda mempunyai akses kebenaran sebagai Administrator/Teknikal. Terdapat fungsi Domain Mapping, tetapi ia seperti tidak dapat digunakan buat masa ini. Apakah fungsi sebenarnya tidak dapat diketahui sehingga fungsi ini diaktifkan sepenuhnya atau mungkin hanya aktif jika domain dibeli melalui iChoose dan bukan reseller.

Sistem pengurusan ini juga kekurangan beberapa fungsi yang dirasakan perlu bagi pengurusan sebuah domain. Mungkin boleh ditambah pada versi penambahbaikan seterusnya. Antaranya:
  • Pengurusan akaun, contohnya seperti menukar password
  • Pemindahan pemilikan dan petukaran reseller
  • Pertukaran pihak invoicing
  • Perkhidmatan hosted DNS

Apa-apapun, Otakit.my sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Mynic kerana mendengar rintihan pengguna-pengguna dan mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan yang memberangsangkan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.