Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

MyFinB, Syarikat Malaysia Pertama Guna AI, Bantu Perniagaan Dan Pelaburan

2.59K 0

MyFinB adalah sebuah syarikat permulaan analitik dan data raya yang menggunakan kecerdasan buatan (A.I) untuk membantu menterjemah data kewangan seperti data bank dan penyata kewangan dalam bentuk narrative insights.

Ia membantu pembuat keputusan menilai risiko dan saranan pulangan dengan melihat kesihatan lembaran imbangan semasa dan senario masa depan yang mungkin memberi kesan kepada posisi semasa.

Ia juga menyenaraikan tindakan cadangan menggunakan enjin A.I
dan langkah proaktif pengatasian untuk bertindak sebelum ia berlaku. MyFinB membantu institusi kewangan, agensi kerajaan, akauntan, SME dan pelabur mengenalpasti dan menyelesaikan masalah yang sering mereka hadapi.

Kredit imej: Majalahlabur.com

Syarikat permulaan ini dipengerusikan oleh Datuk Dr. Daud Bakar yang merupakan Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Bagi Amanie Advisors, sebuah firma penasihat Syariah yang mempunyai pejabat di Kuala Lumpur, Dubai, Luxemberg, Kaherah, Tunis dan Dublin.

Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dan Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa.

MyFinB bakal menjadi syarikat AI pertama disenaraikan di Bursa Amerika iaitu OTC difasa pertama dan kemudian di NASDAQ pada fasa kedua. ,

Kredit imej: Majalahlabur.com

Sumber: MajalahLabur.com

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.