Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Lazada Sasar Pikat 50,000 Peniaga

,
1.7K 0

KUALA LUMPUR – Program #EveryoneCanSell telah dilancarkan bagi menarik 50,000 peniaga ke platform Lazada Malaysia menjelang tahun 2018.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Hans Peter Ressel, kumpulan itu sekarang ini mempunyai lebih daripada 19,000 peniaga, secara khusus, menyasarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pada persidangan Usahawan E-Dagang yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan, beliau berkata“Kami percaya angka ini mampu dicapai melalui pertumbuhan pesat sektor e-dagang di negara ini dan perkongsian strategik dengan agensi kerajaan dan swasta,”

“Kami tahu sasaran 50,000 peniaga itu adalah sangat tinggi, tetapi bersama-sama dengan semua pihak yang terlibat, kami percaya bahawa kami memiliki pakej terbaik bagi menarik minat dan mendidik para peniaga dengan menyediakan mereka penyelesaian dan alat-alat yang sesuai,” katanya selepas pelancaran program tersebut.

Program #EveryoneCanSell ini adalah kerjasama dengan SME Corporation Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Malayan Banking Bhd dan Telekom Malaysia Bhd, akan menyediakan akses penuh kepada latihan e-dagang, sambungan Internet yang dipertingkatkan dengan alat-alat talian, penyelesaian serta sokongan kewangan melalui pinjaman dan pembiayaan.

Beliau berkata, program e-dagang bersepadu yang bersifat menyeluruh akan membantu meransang pertumbuhan PKS dan akan mendapat sokongan dalam aspek peningkatan keupayaan, inovasi dan produktiviti melalui perkongsian strategik Lazada Malaysia dengan syarikat dan agensi terkemuka di Malaysia.

Menurutnya “Program ini adalah pusat latihan terbaik bagi perniagaan tempatan meningkatkan diri dengan peralatan dan kemahiran tepat yang diperlukan bagi kempen kami yang seterusnya November ini.”

Sebelum itu, Datuk Ahmad Maslan berkata penggunaan teknologi semakin penting dan perniagaan tempatan perlu melakukan perubahan untuk memenuhi keperluan ekonomi digital.

“Peneraju pasaran e-dagang seperti Lazada Malaysia membantu PKS meneruskan pertumbuhan perniagaan atas talian di negara ini dan membantu kerajaan menggandakan pertumbuhan e-dagang daripada 10.8 peratus kepada 20.8 peratus menjelang 2020 nanti,” katanya.

Menurutnya lagi, “Program #EveryoneCanSell akan memberikan PKS persekitaran terbaik untuk membolehkan mereka bersaing secara global melalui Zon Bebas Digital, yang telah dilancarkan pada Mac tahun ini.”

Bagi yang berminat, layari https://everyonecansell.com.my/

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.