Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Lagi Tunduk Lagi Berisi – Aerodyne dan IX Telecom Berkongsi Cerita

3.99K 0

Malam ini saya berpeluang mendengar coretan kisah langkah-langkah dua syarikat technology tempatan yang pesat membangun, iaitu Aerodyne Group (3 tahun, 200 pekerja, 15+ negara) dan IX Telecom (10 tahun, 200+ negara).

Antara intipati utama:

1. Pergilah Ke Pasaran Luar Negara.

Aerodyne asalnya hanya ‘”sting the waters” apabila mereka memasuki pasaran Australia (melalui satu pameran di sana). Mereka tak sangka terdapat permintaan tinggi untuk solusi drone kerana pada sangkaan awal, sudah tentu Australia lebih maju dalam teknologi drone. Namun tidak. Rupanya tiada service provider yang mampu memberi solusi end-to-end untuk khidmat drone seperti Aerodyne.

IX Telecom pula memasuki pasaran luar negara kerana mendapati permintaan tempatan agak terhad dan pelanggan tempatan tidak mempercayai kebolehan syarikat lokal. Oleh itu, mereka memasuki pasaran Singapore dan Hong Kong yang lebih memahami kebolehan dan value servis mereka. Akhirnya partner mereka di Singapore yang membawa masuk service IX Telecom ke dalam pasaran Malaysia. Kerap juga aku dengar kisah-kisah syarikat tempatan yang perlu ke pasaran luar negara yang lebih mempercayai kebolehan mereka, sebagai contoh Soft Space.

2. Cari Partner Tempatan Yang Sudah Mempunyai Access Kepada Pelanggan.

Apabila memasuki pasaran baru, kenalpasti partner yang sudah dikenali di dalam industri berkaitan. Sebagai contoh, memandangkan Aerodyne menyediakan service tower inspection (untuk telcos), mereka mencari partner yang sudah menyelenggara menara-menara telco. Kebiasaannya mereka akan membuat satu JV company yang dimiliki secara majoriti. Partner lokal biasanya akan menerima share minoriti kerana solusi teknologi drone Aerodyne akan memberi pulangan berkali ganda apabila digunakan kelak.

IX Telecom pula mempunyai ramai partner serata dunia yang akan membantu mereka memasuki market baru. Kebanyakan partner mereka sudah bekerjasama lebih 10 tahun dengan model profit-sharing atau back-to-back revenue.

3.  Clear Winning Value To The Customer

Kedua-dua Aerodyne dan IX Telecom mempunyai values yang agak sama iaitu: Cheaper, Faster, Better. Kebolehan untuk memberi ketiga-tiga nilai ini kepada customers boleh dikatakan agak luar biasa kerana kebiasaanya customer hanya boleh pilih 2 daripada 3 nilai. Contoh, jika customer hendak Cheaper and Faster, the solution might not be better. If the customer wants Faster and Better, the solution might not be cheaper.

Namun Aerodyne dan IX Telecom memastikan bahawa customer mereka akan mendapat service yang Cheaper, Faster and Better.

Sumber asal

***

Siapa Aerodyne?

Areodyne Group adalah penyedia perkhidmatan Unmanned Aerial Systems (UAS) antarabangsa yang mempunyai beberapa cawangan, antaranya Australia, Malaysia, Singapore, Indonesia, Brunei, Saudi Arabia, UAE, Denmark, America and the United Kingdom. Ditubuhkan pada 2014, syarikat ini diterajui oleh pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Kamarul A. Muhamed.  Menggunakan teknologi disruptive, Aerodyne menyediakan pengumpulan custom data dan solusi analitik bagi Servey, Inspection dan Pengurusan Aset dalam pelbagai bidang industri. Data yang dikumpul oleh drone, diintergrasikan ke dalam solusi enterprise pengurusan penuh, Sistem awan myPRISM dan Vertikaliti. Penerima anugerah Frost and Sullivan Company of The Year 2016(UAV), syarikat ini berkembang dengan pesat dan mempunyai 200 pekerja dalam masa 3 tahun operasi di 15 buah lokasi antarabangsa. Sehingga kini, Aerodyne telah melakukan 35,000 operasi penerbangan dan lebih 100,000 aset telah di periksa.

Siapa IX Telekom?

Ditubuhkan pada 2008 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Noor Mohd Helmi Nong Hadzmi, IX Telekom Sdn. Bhd sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan global connectivity lebih tepat lagi, Global Virtual Network Operator (VNO) seperti akses internet, broadband, IP-VPN (Internet Protocol-Virtual Private Network) di lebih 200 negara. Selain itu juga, IX Telecom. Syarikat ini juga telah menerima pengiktirafan global dan status yang berprestij, Alliance Gold Partner oleh British Telecom pada 2012 dan dipilih oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT) sebagai salah satu syarikat yang memberikan impak tinggi world’s emerging market di bawah MIT Sloan Global Entrepreneurship Lab programme. Antara syarikat telekomunikasi yang menggunakan perkhidmatan IX Telekom adalah syarikat gergasi telekomunikasi seperti PCCW dari Hong Kong, Sprint dan Level 3 dari Amerika Syarikat, Expereo dan Brodynt di Europe dan juga menjalankan kerjasama dengan British Telecom dan Orange.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.