Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Kenapa VC Takut Dengan Rancangan Perniagaan Saya?

2.55K 0

Ada beberapa sebab kenapa permohonan untuk pembiayaan dari VC ditolak. Idea atau produk anda mungkin terbaik dari pandangan mata, rancangan dan model perniagaan mungkin kukuh, penyata kewangan yang mungkin mantap, tetapi VC tidak sahaja melihat perkara tersebut.

Secara amnya, VC akan lihat kepada sambutan pasaran, potensi untuk berkembang, keunikan, penambahbaikan dan juga pengautomasian. Di penghujungnya, VC juga akan melihat kepada strategi keluar yang membolehkan mereka menjana pendapatan.

Semasa seed funding, adakah pembiayaan lebih kepada idea baru atau peningkatan taraf sesuatu produk yang sedia ada? Selain daripada menjana wang, apakah kriteria lain yang VC perhatikan dalam sesuatu idea?

Menurut Ben Lim, ko-pengasas NEXEA VX & Accelerator, VC tidak membiaya idea. Mereka membiaya produk yang mendapat sambutan pasaran.

VC biasanya mencari innovasi tetapi pada masa yang sama, membiayai “peniru” yang menambah-baik produk mengikut selera setempat.

Bagi NEXEA, mereka membiayai syarikat yang memberikan penyelesaian dan mampu menjadi 10 kali ganda lebih baik dan lebih mudah dari solusi yang sedia ada. Ia untuk memastikan pelanggan akan beralih daripada solusi tersebut kepada solusi yang baru dan ini dinamakan sebagak market disruption.

Apabila mempertimbangkan syarikat permulaaan pada peringkat idea, pembiayaan VC tidak sahaja melihat kepada pendapatan atau jumlah bilangan pengguna yang telah dikumpul. Tetapi juga pada pasukan, pengalaman, latarbelakang industri dan sebab kenapa syarikat dimulakan.

Selain itu, VC juga akan melihat kekuatan asas perniagaan dari segi peluang pasaran, titik kesakitan sesuatu masalah, model perniagaan dan cadangan solusi penyelesaian kukuh.

Setakat ini, syarikat mempunyai 50,000 pengguna dan mempunyai perancangan lengkap untuk mendapatkan satu juta pengguna pada penghujung tahun. Bagaimana hendak menyakinkan pelabur, syarikat akan memperolehi berjuta-juta pengguna pada masa akan datang jika buat masa sekarang, tiada perancangan untuk pengewangan (monetisation)?

Menurut Ben Lim, syarikat permulaan seharusnya faham bahawa untuk sesebuah VC menjana pendapatan, mereka perlu ada rancangan keluar yang besar. Untuk melakukannya, mereka perlu menjual saham mereka melalui perolehan atau IPO di mana kedua-duanya memerlukan keuntungan (pengewangan).

Oleh hal demikian, syarikat permulaan perlu mencari kaedah untuk pengewangan. Lihat pada B2B dan bukan sahaja B2C. Banyak syarikat SaaS bermula dari B2B untuk menampung kos operasi sebelum beralih kepada B2C yang lebih sukar untuk pengewangan.

Ada yang mengatakan WhatsApp tidak perlu pengewangan dan mereka berjaya menyakinkan Sequoia untuk pembiayaan. Pada hakikatnya, WhatsApp sedang mengembang pada kadar yang tidak masuk akal tanpa perlu sebarang pemasaran. Tidak ada syarikat permulaan lain yang mempunyai sambutan pasaran sepertinya. Ia memberikan tanda kepada pelabur bahawa produk tersebut menyelesaikan satu masalah besar dan Sequoia sanggup membayar harga premium (penilaian US$ 100m) pada masa itu.

Oleh hal demikian, bootstrap dan dapatkan sambutan pasaran terlebih dahulu. Jika tidak, dapatkan cara untuk pengewangan dan kumpul dana seperti kebanyakan syarikat permulaan.

Jika syarikat permulaan mempunyai potensi lebih besar dari Facebook, berapa jumlah amaun yang terbaik untuk diminta? Syarikat sedang membina sesuatu yang berkaitan dengan polisi kerajaan yang berhubung kait dengan revolusi industri ke-4 yang akan memberi kesan kepada infrastruktur dan ekosistem negara. Walaubagaimanapun, ia memerlukan pelaburan yang sangat besar untuk bermula. Adakah kementerian kewangan akan membiaya. Apakah cadangan terbaik?

ST Chua, principal bagi Sun SEA Capital, mencadangkan untuk membina terlebih dahulu ujikaji kes untuk validasi segala anggapan. Bina sebuah prototype kecil dan jika ia berjaya, maka model perniagaan tersebut telah disahkan. Ia akan memudahkan pelabur, komuniti atau bandar dan kerajaan.

Pelabur (termasuk kementerian kerajaan yang lebih berhati-hati mengurus dana awam) mahupun penyedia geran, akan melihat kepada pulangan dalam tempoh pembiayaan. Kelulusan kerajaan juga akan mengambil masa

Sebarang pembiayaan dari kerajaan akan mengambil masa untuk diluluskan jika ia melebihi sesuatu kos dan anda perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan sebagai vendor sebelum menghampiri mana-mana kementerian.

Ungkapan “potensi lebih besar dari Facebook” adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan semula dan ia memberi isyarat negatif kepada pelabur kerana ianya sesuatu harapan semata-mata. Kemungkinan besar untuk mengatasi Facebook adalah sangat rendah.

Bagaimana hendak mengembangkan sebuah agensi pemasaran digital yang memfokus kepada pendigitalan perniagaan kepada edagang. Buat masa ini, banyak perniagaan menggunakan WhatsApp atau Facebook Messenger sebagai saluran jualan dan ia memerlukan seorang manusia untuk melayan prospek/pelanggan dan ia amat membazirkan sumber dan wang. Sedangkan mereka tidak sedar kelebihan e-dagang. Syarikat kami tidak bersaing dengan agensi besar kerana mempunyai pasaran tersendiri. Apa pandang pelabur terhadap jurang ini?

ST Chua menyatakan, Messaging Commerce atau Conversational Commerce adalah suatu yang besar dan ia berkesan untuk ramai orang.

Antaranya adalah keserasian dengan pelanggan atau mungkin pengalaman membina sebuah laman edagang membawa pengalaman buruk. Sebuah laman e-dagang tidak mendatangkan hasil yang segera. Ia memerlukan kesabaran, masa dan wang untuk membawa trafik ke mana-mana laman e-dangang. Sedangkan ramai usahawan mahukan hasil yang lebih  segera.

Maka cara terbaik adalah memikirkan cara bagaimana hendak memudahkan mereka.

Ramai pelabur mempunyai mandat dan fokus berbeza. Kebanyakannya mahu syarikat permulaan menggunakan teknologi untuk membesar (scale). Bagi syarikat permulaan yang lebih banyak melibatkan sumber manusia, adalah lebih baik mencari kaedah penyelesaian yang boleh diautomasikan.

Satu persoalan besar adalah, bagaimana anda hendak membezakan agensi anda dengan beratus-ratus agensi pemasaran digital dalam pasaran. Apakah faktor yang membuatkan anda lain daripada yang lain.

Dengan mengenalpasti titik kritikal, anda akan lebih mudah untuk mendapatkan pelabur dan market share.

Sumber 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.