Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Kejayaan CEO ZYQ Engineering Mohammad Zikri Mohd Zaini Hasil Teamwork Yang Betul

57.47K 2

Jika betul perancangan Ketua Pegawai Eksekutif En. Mohd Zikri Bin MD. Zaini, ZYQ Engineering Sdn. Bhd akan disenaraikan pada papan utama Bursa Saham setelah mencapai sasaran sebagai sebuah syarikat pembangunan yang memfokus kepada projek perumahan mampu milik dibawah harga RM400,000.

Asalnya sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan mengecat rumah, ZYQ kemudian mengembangkan perkhidmatannya kepada renovasi rumah dan pembangun projek perumahan sebelum menambahkan portfolio dengan sebuah kilang pengeluaran sistem IBS.

“ZYQ Engineering Sdn. Bhd sebenarnya ditubuhkan pada 2012, Kita bermula dengan perkhidmatan mengecat rumah.

“Dari situ kita develop kita punya perkhidmatan, kita mula buat renovation dan new housing projek.

Pemenang Malaysia Rice Bowl Startup Awards 2017 bagi kategori “Best Smart City Solution”, Syarikat kendalian Zikri ini telah membina 200 buah rumah berasaskan teknologi Industrialised building system (IBS), satu terma yang sohor kini sejak kebelakangan ini. Ia adalah satu sistem atau teknik pembinaan dimana komponen di buat dalam satu persekitaran yang terkawal sama ada di kilang atau lokasi dan terus di pasang di tapak pembinaan.

“Ia adalah teknologi baru berkaitan dengan pembinaan”

Bukan mudah untuk membangunkan sebuah syarikat pembinaan yang boleh disrupt syarikat pembinaan konvensional yang telah established.

Menurutnya, cabaran yang paling besar sepanjang 5 tahun ZYQ beroperasi adalah menubuhkan kilang IBS. Zikri pernah menghampiri bank untuk memohon pinjaman bagi mendirikan kilang tersebut. Walaubagaimaanapun, pinjaman tersebut tidak berjaya diperolehi.

“So kita try perkenalkan produk kepada bank untuk mohon fund, tetapi mereka melihat this produk tidak mampu bertahan di market”

Meskipun tidak berjaya mendapat pinjaman, cabaran kritikal tersebut tidak melemahkan semangat beliau untuk meneruskan perancangan mendirikan sebuah kilang IBS. Apa yang beliau lakukan seterusnya menentukan masa depan kewujudan syarikatnya. Beliau terpaksa mengambil pendekatan yang luar biasa.

“Saya bagitahu kepada semua team saya, dalam tempoh sekian ini, kita terpaksa berjimat cermat, so mungkin increment bonus terpaksa di slowdown”

Beliau memaklumkan kepada kakitangan, kilang tersebut diperlukan untuk menganjakkan syarikat ke satu peringkat yang baru dan nasib menyebelahi beliau apabila kakitangan memahami keadaan yang sukar ketika itu.

“Rome is not built in one day. If you want to build an empire, you can’t work alone,” pesan Zikri kepada kakitangannya seramai 30 orang.

Ketua Pegawai Eksekutif ZQY berwawasan jauh. Sasaran 5 tahun pertama beliau, untuk menjadi sebuah syarikat pembinaan mampu milik telahpun berjaya dilaksanakan. Perancangan 5 Tahun berikutnya, beliau mensasarkan untuk menjadi sebuah syarikat pembangunan yang memfokuskan kepada projek perumahan mampu milik sahaja.

“Alhamdulillah, sekarang ni kita pun dah on-track, our staf, our team keeps struggling untuk pergi ke arah developer company”

“Selepas berjaya level developer, kita nak bring this company listed on the board, Bursa Malaysia”

Meskipun sistem IBS telah lama wujud di dunia, ia sesuatu yang baru di Malaysia. Ia sebenarnya teknologi lama yang di beri nafas baru. Menurut Zikry, sistem IBS pertama yang wujud di Malaysia telah diimplimentasikan pada Flat Pekeliling pada tahun 1967.

Salah satu cabaran yang dihadapi oleh ZQY adalah penerimaan dan persepsi masyarakat terhadap sistem IBS. Masih ramai yang tidak yakin dengan rumah yang dibina dari sistem ini. Lebih-lebih lagi timbul isu penipuan oleh syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun, statistik yang dikeluarkan oleh ZYQ menunjukkan sebaliknya. 100% pemilik rumah yang dibina menggunakan sistem IBS oleh Syarikat ZYQ sangat berpuas hati.

Melalui sistem ini, syarikat dapat mengurangkan kos, tenaga kerja, bahan mentah dan lebih cepat daripada keadah konvensional.

“Kita boleh reduce cost of manpower because of this product disusun macam lego sahaja.”

Sistem ini juga telah mendapat pengiktirafan SIRIM dan CIDB.

“Selepas diuji oleh SIRIM, rumah lebih sejuk dan juga kukuh”

Kejayaan ZYQ yang dikecapi hari ini adalah bukan atas usaha beliau seorang sahaja. Ia adalah kerja berpasukan yang serasi. Menurutnya, beliau tidak memerlukan pasukan yang pandai bekerja, sebaliknya, beliau memerlukan kombinasi pasukan yang betul. Tim yang betul, adalah mereka yang sanggup berkorban untuk syarikat

“Bila you cari teamwork yang pandai bekerja, dia akan kerja dalam keadaan bagus, tapi in the end, dia akan meninggalkan syarikat.”

Pada masa yang sama, Zikry menekankan peningkatan dalam kerjaya kepada semua kakitangannya sebagai motivasi.

“Ada seorang staf saya dulu memang despatch, so now dia dah jadi manager untuk saya punya manufacturing.”

Salah seorang kakitangannya dahulu seorang despatch, kini seorang pengurus di kilang IBS milik beliau.

Pemenang kategori Best Smart City Solution dan mewakili Malaysia ke peringkat ASEAN, bagi beliau, satu penghargaan yang besar jika dipilih sebagai pemenang Anugerah ASEAN Rice Bowl yang akan diadakan pada 13 Disember ini.

Tahun sebelumnya dimenangi oleh syarikat anak tempatan, GRAB yang kini telah beroperasi diseluruh Malaysia.

Beliau juga berharap ASEAN Rice Bowl Startup Award akan menjadi satu anugerah berperestij pada masa akan datang.

Sebelum mengakhiri temuramah, beliau berpesan kepada usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan, buat sesuatu yang diminati. Pada masa yang sama beliau menegaskan mengelak menceburi bidang yang mengikut trend atau buat sesuatu perniagaan ikut orang kerana ia tidak tahan lama.

Beliau juga menyentuh pembahagian masa 24 jam kepada 3 iaitu 8 jam bekerja, 8 jam rehat dan bakinya digunakan sepenuhnya untuk bergelut dan bekerja keras menolak dan mengembangkan syarikat ke hadapan kerana 3 tahun pertama adalah masa yang kritikal untuk kejayaan syarikat.

“You kena buat something yang you minat, so bila you minat, you willing to spend your whole time dalam kerja yang you buat.”

ASEAN Rice Bowl Startup Awards 2017 peringkat akhir akan diadakan pada 13 Disember 2017 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Untuk maklumat lanjut, layar: ASEAN RICE BOWL STARTUP AWARDS 2017

2 Comments

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.