Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Holidayme Dan Tripfez Bergabung, Kumpul USD$16 Juta Pada Series C

2.29K 0

Agensi pelancongan yang bertapak di Timur Tengah, Holidayme telah membuat pengumuman bahawa ia akan bergabung dengan startup yang bertapak di Malaysia, Tripfez untuk membentuk salah satu agensi pelancongan terbesar yang memfokuskan kepada Muslim.

Entiti yang baru dibuat ini juga telah mengumpul sebanyak $16 juta di dalam pembiayaan Series C yang diketuai oleh Gobi Partners, firma modal teroka yang bertapak di China dan Kuala Lumpur. Pelabur lain di dalam pusingan ini termasuklah Accel Partners yang bertapak di India, Global Ventures yang bertapak di UAE, Algebra Ventures di Mesir dan B&Y Venture Partners yang bertapak di Lubnan.

Pusingan pelaburan dan gabungan ini telah menunjukkan pelaburan kedua Gobi ke dalam ruang TaqwaTech pada tahun 2018, selepas ia mengetuai pusingan Series A $1.5 juta untuk Sastaticket yang bertapak di Pakistan baru – baru ini. TaqwaTech merujuk kepada startup yang menawarkan produk dan servis yang disasarkan untuk masyarakat Muslim.

“Apabila Faeez dan Geet mendekati saya dengan pelan mereka untuk memberikan skala ekonomi Muslim yang pelbagai, saya berasa amat gembira. Ini merupakan salah satu peluang terbesar bagi ruang pelancongan. Gabungan ini akan menjadi sebagai pemangkin yang boleh memberi semangat kepada seluruh generasi usahawan TaqwaTech,” kata rakan kongsi pengasas Gobi Partners, Thomas Tsao.

Menurut kedua – dua pihak, penggabung akan membolehkan Holidayme untuk berkembang di ASEAN bersama – sama dengan Tripfez, yang akan menunjukkan lebih dari 200,000 aset di seluruh dunia. Startup ini akan membina “penyelesaian Umrah generasi masa depan” yang membantu sehingga 30 juta pelawat umrah pada tahun 2030. Penyelesaian ini akan dibuat di Malaysia dan kemudiannya Indonesia. Tambahan lagi, Holidayme juga akan menambahkan Tripfez’s Salam Standard Data, di mana ia termasuk lebih dari 27,000 restoran dan lebih dari 93,000 rangkaian hotel.

“Di Holidayme, kami memberi pelanggan kami teknologi generasi seterusnya secara berterusan dan juga pengalaman pengguna untuk keperluan tempahan pelancongan. Selepas mengalami pertumbuhan yang fenomenal di Timur Tengah, penggabung bersama Tripfez telah menunjukkan perlembangan perniagaan kami di Asia Tenggara. Kami memberikan fokus untuk menyediakan produk yang baik untuk keperluan pelancongan 1.8 billion Muslim di seluruh dunia, dan Asia Tenggara merupakan kunci kepada pelan tersebut.” kata pengasas bersama dan CEO Holidayme, Geet Bhalla.

Holidayme telah dilancarkan pada tahun 2014, dan menawarkan penyesuaian pelancongan kepada pelancong di Timur Tengah, dan membolehkan pengguna untuk mengurangkan kos dengan membina pakej mereka sendiri. Ia mendakwa bahawa ia telah menerima kadar pertumbuhan GMV sebanyak 127% tahun demi tahun dan mengatakan transaksi sedang tumbuh sebanyak 163% tahun demi tahun.

“Gabungan ini merupakan peristiwa penting untuk pembangunan berterusan bagi pelancongan Muslim sektor pelancongan. Tripfez dan Holidayme amat berdedikasi dalam memberikan pelancongan online terbaik dan servis tempahan untuk masyarakat Muslim. Tambahan lagi dengan peningkatan populasi Muslim yang mewah di Asia dan Timur Tengah di mana semua generasi, terutamanya generasi Y, mempunyai keinginan yang tinggi untuk melancong dan di mana dua syarikat kami mahukan perkongsian pasaran yang besar,” kata pengasas bersama Tripfez, Faeez Fadhillah.

Dilancarkan pada tahun 2016, Tripfez telah mempatenkan proses pensijilan Salam Standard
Launched in 2016, yang memberikan testimoni dan skor kepada hotel yang menunjukkan bilik dan kemudahan yang mesra Muslim. Startup ini merupakan portfolio syarikat Gobi Partners.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.