Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Exabytes Beli Firma Pengehosan Web No. 1 Indonesia Web Master Network

1.64K 0

11 April 2019 – Pulau Pinang, Malaysia – Exabytes Capital Group Sdn. Bhd. (“Exabytes”) hari ini mengumumkan telah membeli PT Rangkaian Web Master (“MWN”) yang berpangkalan di Indonesia termasuk syarikat-syarikat subsidiari milik penuhnya – PT Cyberdata Technology dan PT Registrasi Nama Domain. Terma-terma kewangan pembelian tidak didedahkan. Pembelian dibuat melalui syarikat bertujuan khas (SPV) Exabytes yang dikenali sebagai Masterweb International Pte. Ltd. 

MWN ialah syarikat kedua yang dimiliki Exabytes di Indonesia selepas menubuhkan PT Exabytes Network Indonesia pada 2017. Menggabungkan kedua-dua Exabytes Network Indonesia dan MWN, Exabytes kini muncul sebagai yang penyedia pengehosan web yang terbesar di Indonesia dengan lebih daripada 40,000 pelanggan membayar aktif. 

Ditubuhkan pada 1998, MWN memberi tumpuan kepada menyediakan perkhidmatan pengehosan  tapak web dan perkhidmatan lain-lain termasuk pendaftaran nama domain, pengehosan awan, pelayan persendirian maya dan pelayan terurus.

MWN ialah syarikat pengehosan web yang terbesar di Indonesia sejak 2004 berdasarkan jumlah pelanggan, mengikut susunan yang diterbitkan oleh pusat maklumat pengehosan web terkemuka HostAdvice. Sementara itu, Cyberdata Technology ialah syarikat pusat data dan menyediakan perkhidmatan ko-lokasi. Registrasi Nama Domain menawarkan pendaftaran domain.


Dari kiri ke kanan: Dhiar Lukito Adhi, Pengasas dan timbalan CEO Master Web, dan Chan Kee Siak, CEO Exabytes Group.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Exabytes Capital Group, Chan Kee Siak berkata,

“Exabytes membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan dalam talian. Kami telah melakukannya di Indonesia sejak kami menjejakkan kaki pada 2017 dengan menawarkan perkhidmatan pengehosan premium dan awan. Sambil kami berkembang, kami ingin menambah perkhidmatan pengehosan kos rendah juga bagi memenuhi keperluan jumlah pelanggan yang lebih besar di negara yang mempunyai lebih daripada 200 juta penduduk. Begitulah kami melihat Master Web Network yang mempunyai lebih daripada 40,000 pelanggan membayar aktif menjadi tambahan yang baik kepada kumpulan syarikat kami. Dengan itu, kumpulan Exabytes secara keseluruhannya berkhidmat kepada lebih daripada 120,000 pelanggan aktif.”

Exabytes akan menimbang untuk melaburkan sumber-sumber seperti teknologi, automasi dan latihan bakat ke dalam MWN untuk membantunya memajukan lagi perniagaan dan terus menambah baik tawaran perkhidmatannya di Indonesia.  

Pengasas PT Master Web Network, Dhiar Lukito Adhi mengulas,

“Pemerolehan ini amat penting bagi kami. Kami kagum dengan pendekatan Exabytes membantu PKS mengembangkan perniagaan dalam talian. Kekayaan kepakaran dan sumber-sumber berharganya akan menjadi kunci kepada perniagaan kami sambil kami terus berusaha menguasai asas pelanggan yang lebih besar dalam kalangan usahawan-usahawan tempatan di Indonesia.”


Exabytes Indonesia dan Master Web Network

Asia Tenggara ialah rantau yang penting bagi Exabytes. Selain Indonesia, Syarikat sedang semakin maju di Singapura. Exabytes telah menembusi pasaran perkhidmatan pengehosan web Singapura apabila menubuhkan Exabytes Network Singapore Pte. Ltd. pada 2010 dan kemudiannya membeli sebuah syarikat tempatan pada 2014. Sejak itu, Exabytes telah membeli beberapa syarikat lain di Singapura.

“2019 berjalan lancar bagi Exabytes. Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami, kami akan terus memerhati kebangkitan ekonomi digital di dalam rantau Asia Tenggara untuk mengenal pasti potensi-potensi pengembangan baru,” Chan menyimpulkan.

Tentang Exabytes:

Exabytes Capital Group Sdn. Bhd. ialah kumpulan pegangan dan  pelaburan yang memiliki sepenuhnya owns Exabytes Network Sdn. Bhd., Exabytes Network (Singapore) Pte. Ltd., PT Exabytes Network Indonesia dan beberapa syarikat subsidiari yang lain.

Kumpulan syarikat Exabytes mengkhusus dalam menyediakan perkhidmatan pengehosan web dan awan kepada individu, pelajar, perusahaan kecil dan sederhana, organisasi besar dan institusi kerajaan. Lawati kami di www.exabytes.my

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.