Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Elemen Rekabentuk Memberi Impak Kejayaan Sesebuah Syarikat Permulaan

3.23K 0

New Enterprise Associates (NEA), sebuah firma global venture capital yang melabur dalam bidang teknologi dan kesihatan telah mengeluarkan satu laporan bertajuk “The Future Of Design In Start-Ups” yang dihasilkan berdasarkan satu survei yang dilakukan pada tahun 2016.

Laporan ini bertujuan untuk melihat kesan rekabentuk dan bagaimana untuk mengaplikasikan peranan tersebut dalam sesebuah syarikat permulaan. Kajian yang dilakukan oleh NEA, mengenalpasti 4 aspek penting dalam pembangunan sesebuah syarikat permulaan iaitu:

  • Nilai Rekabentuk -Apakah nilai-tampak sesebuah rekabentuk dalam syarikat permulaan?
  • Impak Perniagaan – Adakah rekabentuk memberi kesan ketara kepada kejayaan sesebuah syarikat permulaan?
  • Struktur Pasukan (team) – Bagaimana syarikat permulaan merangka pasukan rekabentuk?
  • Ekosistem Luaran – Apa trend dalam menggaji designers, freelancers dan agensi berkaitan?

Berdasarkan kajian yang dilakukan, lebih dari 400 syarikat memberikan maklumbalas untuk membantu memahami persepsi, amalan dan ramalan. Hasil yang dari kajian tersebut mendapati,

  • 87% Syarikat permulaan percaya elemen rekabentuk sangat penting,
  • 85% pengasas atau pegawai eksekutif menimbang berat rekabentuk dalam sesuatu keputusan dan
  • 31% syarikat permulaan terdiri daripada perekabentuk (designer)

Nilai Rekabentuk

Ia terbahagi kepada 3 kategori kesedaran. Design-Centric, Design-Committed dan Design-Mature. Sebanyak 302 syarikat permulaan yang pernah mengumpul dana dari Venture Capital dimasukkan dalam kategori Design-Centric. Mereka bersetuju bahawa rekabentuk sangat penting kepada perniagaan mereka.

96 syarikat permulaan dari kategori Design-Committed juga bersetuju rekabentuk memberikan impak kepada  perniagaan dan didapati salah seorang pengasas berlatarbelakang dalam bidang rekabentuk dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang kakitangan memegang jawatan perekabentuk.

47 syarikat yang dikategorikan sebagai Design-Mature, didapati melabur dalam rekabentuk sebagai tiang dalam strategi perkembangan syarikat. Syarikat-syarikat ini mempunyai dana melebihi $20 juta dengan minimum 20 perekabentuk sebagai kakitangan. Daripada 47 syarikat tersebut, 8 adalah syarikat bertaraf Unicorn dengan penilaian melebihi $1Billion.

Impak Perniagaan

Sumber Gambar: FutureOf.Design

Berdasarkan hasil kajian, rekabentuk memberi impak besar terhadap syarikat permulaan yang Design-Mature. Ia membawa kepada peratus yang lebih tinggi terhadap jualan, pelanggan kekal dan pelanggan berinteraksi serta pusingan produk yang lebih pantas.

Kajian juga menunjukkan, syarikat permulaan yang matang, lebih-lebih lagi yang bertaraf Unicorn, mementingkan sebuah pasukan rekabentuk khas (dedicated design team) dan dintergrasikan dalam pelbagai bidang bahagian. 50% dari syarikat permulaan yang matang percaya, rekabentuk mempengarui accretive kepada penilaian sebuah syarikat.

Struktur Pasukan

Syaikat permulaan bertaraf Unicorn sekurang-kurangnya mempunyai 50 orang yang terlibat dalam bahagian rekabentuk. Mereka merancang untuk menambahkan 10 atau lebih orang pereka dalam 12 bulan yang akan datang berbanding syarikat permulaan yang Design-Centric dengan 1 – 5 orang pereka dengan penambahan 1 atau 2 orang pereka. Ini menunjukkan mereka yang mempunyai latarbelakang dalam rekabentuk berpeluang besar untuk berkerja dengan syarikat permulaan.

Apabila ditanya kepentingan displin rekabentuk dalam sesebuah kumpulan, kesemua syarikat permulaan bersetuju bahawa displin dalam Rekabentuk Produk memainkan peranan penting diikuti oleh Pereka UX, Penjenamaan & Pereka UI serta Pemasaran Produk.

Ekosistem Luaran

Daripada graf yang ditunjukkan, kesemua syarikat permulaan dari ketiga-tiga ketegori kesedaran Rekabentuk bekerjasama dengansyarikat atau agensi luar. Nilai perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mendapatkan khidmat agensi tersebut adalah diantara $25k – $150k dan, $50k – $200k akan ditambah pada 12 bulan seterusnya.

Khidmat agensi luar lebih banyak digunakan untuk tujuan penjenamaan diikuti oleh pemasaran produk, UI, komunikasi, pembangunan produk . UX dilihatkan berada pada tangga ke 6 secara keseluruhan dalam pengambilan perkhidmatan agensi luar.

Trend Rekabentuk Terkini

Dari data-data yang dikumpulkan, rekabentuk kini telah menjadi sebahagian daripada perancangan peringkat awal dalam pembangunan sesbuah syarikat, tidak kira apapun bidang dan pelantar teknologi. Ia menunjukkan bahawa bakat dalam rekabentuk bakal menjadi satu pasaran yang kompetitif tanpa penghujung. Kelebihan kepada pereka yang lebih senior dimana mereka boleh menjawat untuk mengurus dan memupuk pasukan muda untuk syarikat yang pesat mengembang.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kini perlu faham bahasa rekabentuk supaya dapat membuat keputusan penting bagi perkembangan syarikat. Ia dapat dicapai jika mendapatkan pereka yang berbakat dan memahami proses terjemahan sesebuah rekabentuk yang menyokong tingkahlaku dan budaya tempatan.

Rekabentuk Produk akan mewujudkan displin baru dan difinisi dihalusi mengikut peranan dalam sesebuah syarikat. Ia bukan lagi dianggap dua entiti berbeza antara produk dan kejuruteraan, tetapi dipandang sebagai sebuah “Rekabentuk” dan sentiasa akan berubah dalam ekosistem sesebuah syarikat permulaan.

Apa Maknanya Untuk Anda?

Berdasarkan laporan yang dikerluarkan, jika anda baru bermula, upah atau dapatkan seorang pereka seawal mungkin yang boleh bekerja dalam bahagian pembangunan produk dan juga pemasaran. Khususkan pereka tersebut mengikut kepakaran dan kemahiran, contohnya seperti pereka produk dan pereka pemasaran. Pada masa yang sama, intergerasikan rekabentuk dalam semua aspek operasi dari awal permulaan

Jika anda seorang pengasas atau ketua pegawai eksekutif, libatkan diri dalam design decisions, dan sokongan rekabentuk sebagai kunci utama perkembangan syarikat. Lantik seorangn Ketua Rekabentuk yang dapat membantu membesarkan pasukan dan aplikasikan “Budaya Rekabentuk” yang fokus kepada perjalanan pelanggan, cross-functional oversight dan data and design decisions.

Jika memegang jawatan Ketua Rekabentuk, perhatikan perkembangan struktur pasukan. Apabila syarikat semakin besar, ubah kepada sturktur pod atau skuad. Pastikan pasukan tidak menjadi sebuah jabatan perkhidmatan sebaliknya, integerasi ke dalam operasi dan membina perhubungan mendalam dengan rakan strategik. Bina bahasa dan proses yang merangkum kerjasama analitik.

Anda boleh baca laporan 2016 sepenunya disini dan laporan susulan terkini bagi 2017 disini.

 

 

 

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.