Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

E-Sukan Masa Depan Negara?

3.14K 0

Industri e-sukan penting dalam membina generasi masa depan.

Itulah yang ditegaskan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu lebih ramai anak muda di Malaysia mendapat peluang bertanding dalam acara e-sukan sehingga layak bergelar profesional.

Kementerian itu, menurut Syed Saddiq, memberi sokongan penuh kepada program berkaitan e-sukan di negara ini.

“Malaysia mempunyai ramai pemain berbakat yang turut bertanding dalam banyak pertandingan antarabangsa bertaraf Olimpik dalam permainan seperti Dota 2, Mobile Legends, Counter Strike: Global Offensive, Tekken 7 dan FIFA,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini pun menggariskan program penganjuran acara e-sukan dalam usaha mencari bakat baru.

“Di Malaysia, komuniti permainan video (game) sangat besar namun mereka (pemain) kurang diberi peluang tonjolkan bakat kerana tidak banyak kejohanan berprestij dianjurkan.

“Oleh itu, kami berharap lebih banyak kejohanan dianjurkan secara tempatan atau di peringkat negeri sekali gus dapat membuka mata banyak ramai pihak dan memberikan lebih banyak peluang kepada anak muda khususnya menjadi lebih berdaya saing,” katanya.

Selain itu, Syed Saddiq juga memandang serius permainan santai yang menjadi kegemaran anak muda pada telefon pintar masing-masing.

“Seiring dengan pertumbuhan industri e-sukan di negara ini, permainan video dipilih mengikut populariti dan permintaan namun perhatian khusus diberikan kepada game santai seperti Mobile Legends,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana pembangun game untuk melonjakkan industri ini.

Ia langkah terbaik terutama apabila e-sukan sering dikaitkan membuang masa meskipun ia sebenarnya menguatkan minda murid dan pelajar sekolah jika kena pada tempatnya.

Ia langkah terbaik dalam dunia digital dan bukan sekadar bermain game namun langkah awal bersedia dalam Revolusi Industri 4.0.

Pendedahan mengenai potensi permainan digital yang dilihat memangkin masa depan cerah seiring perkembangan pesat ekonomi digital sekarang ini.

Oleh itu, institusi berkaitan seharusnya memberikan penerangan dan pendedahan permainan digital yang menjadi peluang kerjaya, menjana ekonomi dan membina kreativiti.

Kenyataan Syed Saddiq terbabit langkah awal kerajaan dalam membantu termasuk menyediakan prasarana berikutan sektor ekonomi digital ini menjana peluang pekerjaan baru, memberikan pulangan lumayan dan melahirkan penggiat permainan digital profesional tempatan dan antarabangsa.

Misalnya anak tempatan, Wan Hazmer Wan Ab Halim, 37, yang menimba pengalaman lebih tujuh tahun sebagai Ketua Pereka Grafik di Final Fantasy, Jepun sanggup kembali ke Malaysia. Ini menandakan industri permainan digital di sini benar-benar berkembang.

Semua pihak harus menyokong pertumbuhan industri e-sukan terutama permainan digital online yang mencatatkan pulangan memberangsangkan selain menjana kreativiti dan potensi diri.

Ini adalah keperluan masa hadapan, kemahiran yang membangunkan sektor kandungan dan teknologi kreatif, sekali gus membawa pertumbuhan memberangsangkan kepada sektor animasi, kesan visual, media baru serta sektor permainan digital.

Kita mahu permainan digital bukan sekadar satu permainan tetapi mempunyai peluang ekonomi yang lebih menyeluruh.

Apatah lagi, permainan digital dunia mencatat pulangan RM984.7 bilion melebihi pendapatan dari pembuatan filem dan animasi.

 

Sumber & kredit gambar: HMetro.com.my

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.