Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Dua Wanita Hebat Menerajui Cradle Seed Ventures dan MaGIC

2.4K 0
Kredit imej FB Cradle Seed Ventures

Cradle Seed Ventures (CSV), syarikat startup Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), telah mengumumkan pelantikan Juliana Jan sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dengan segera bermula 15 April 2019.

Juliana menggantikan Dzuleira Abu Bakar, yang menamatkan perkhidmatan sebagai CEO setelah berkhidmat selama dua tahun setengah. Bagi pihak ahli lembaga CSV, Razif Abdul Aziz, Pemangku Kumpulan CEO Cradle berkata,

“Dzuleira telah membuat sumbangan penting kepada evolusi CSV sebagai pemain VC di dalam pasaran. Semasa beliau memegang jawatan, beliau telah berjaya membina kehadiran CSV di dalam pasaran dan pembangunan. Beliau telah menjadi aset kepada CSV dan kami amat bersyukur dengan sumbangan beliau. Kami mengharapkan yang terbaik untuk dia.”

CSV akan meneruskan operasi di dalam masa interim di bawah naungan Cik Juliana yang mempunyai lebih 15 tahun pengalaman di dalam pengurusan senior, termasuk penglibatan selama satu dekad di dalam pembiayaan modal usaha niaga serta penyelidikan dan geran pasaran.

Juliana memahami bahawa keperluan pasaran dan juga isu pembiayaan ekosistem dari pembangunan prototaip dan peringkat pra – benih, peringkat benih dan peringkat seterusnya dalam meraih pembiayaan.

“Kami amat bertuah untuk mempunyai seseorang yang berpengalaman dan berkaliber seperti Juliana untuk menaikkan dan memimpin CSV,” kata Razif.

“Kami berada di dalam momen kritikal dan memerlukan seseorang yang mampu untuk menyambung strategi dan mengambil kesempatan di dalam peluang pasaran yang berada di hadapan. Juliana adalah seorang yang berwawasan teknologi dengan rekod pencapaian dan perlaksanaan yang terbukti. Beliau mempunyai operasi yang betul, kemahiran kepimpinan dan pengurusan serta boleh memberikan pengawasan yang diperlukan untuk memberikan keyakinan kepada portfolio syarikat CSV dan juga rakan kongsi.”

Juliana telah berada bersama Cradle sejak tahun 2004 dan beliau amat bersemangat dalam membantu usahawan dan syarikat – syarikat permulaan. Pengetahuan dan kemahiran yang beliau dapati sejak kerjaya beliau bermula adalah sangat berharga dalam membolehkan beliau menolong usahawan tempatan untuk mencapai tujuan mereka.

Sumber: FB Cradle Seed Ventures

Kredit imej Vulcan Post

Dalam pada itu, Dzuleira Abu Bakar pula dilantik menjadi CEO Malaysian Global Innovation and Creativiti Center (MaGIC) oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia.

Dzuleira menggantikan bekas CEO Ashran Ghazi, yang meninggalkan jawatan tersebut pada bulan Disember tahun lepas selepas beliau membuat keputusan untuk berhenti dan berpindah kepada syarikat Dattel sebagai CEO.

Dzuleira kini akan mengambil takhta di MaGIC, di mana salah satu tanggungjawab beliau adalah menjadi tulang belakang ejensi yang pernah diragui masa depannya akibat perubahan kerajaan pada pilihan raya umum tahun lalu.

Latar Belakang Dzuleira Abu Bakar

Dzuleira mempunyai ijazah di dalam bidang undang-undang dan pengurusan dari Universiti Teknologi Mara sebelum meneruskan pengajian Master beliau di Universiti Malaya untuk kursus Pentadbiran Perniagaan dan Pengurusan, di mana beliau merupakan pakar di dalam bidang perniagaan dan strategi kewangan serta beberapa perkara lain.

Sebelum beliau dilantik sebagai CEO MaGIC, Dzuleira membawa bersama pengalaman beliau di dalam bidang penerokaan kapitalisme dan ekuiti swasta.

Sebelum beliau berkhidmat di MaGIC, Dzuleira memegang jawatan CEO dan Rakan Kongsi Umum di Cradle Seed Ventures, di mana beliau ditugaskan dengan meninjau perniagaan yang berteknologi tinggi di seluruh kawasan berdekatan Malaysia.

Beliau juga mempunyai peranan di Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) di mana beliau merupakan naib presiden pelaburan, Usaha Tegas Management, Maybank Investment Bank, dan juga Khazanah Nasional.

Dari apa yang boleh dilihat, MaGIC tidak mempunyai agenda pelaburan yang kuat, sehubungan itu ia akan menjadi sesuaty yang menarik untuk melihat kemahiran Dzuleira digunakan bagi kemajuan syarikat, terutamanya dengan program pemecut dan program mentor.

Pengalaman Dalam Membina NPO

Selain dari membangunkan perniagaan yang menguntungka, Dzuleira juga pernah terlibat dalam menubuhkan NGO dan perusahaan sosial.

Sewaktu beliau di Khazanah Nasional, beliau merupakan sebahagian dari Hasanah Foundation di mana beliau membantu untuk membina NGO dan perusahaan sosial. Pengalaman ini terbukti boleh membantu untuk menghidupkan semula usahawan sosial MaGIC yang agak senyap kebelakangan ini.

Sumber Vulcan Post

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.