Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Cyber Range Lab Politeknik Mersing Latih Pahlawan Hadapi Perang Siber

1.74K 0

Berhadapan dengan kecanggihan perang siber masa kini, wujudnya keperluan sesebuah pasukan siber terlatih untuk menjaga rangkaian awam, kerajaan dan ketenteraan daripada serangan siber yang kritikal. Di sini wujudnya keperluan sesebuah pusat latihan untuk mensimulasikan perang siber tersebut dan ia dikenali sebagai Lapang Sasar Siber (Cyber Range).

Cyber Range adalah sebuah virtual enviroment yang digunakan untuk latihan perang siber dan juga pembangunan teknologi siber. Ia menyediakan teknologi yang dapat membantu menguatkan kestabilan, keselamatan dan prestasi infrasturktur siber serta sistem IT yang digunakan oleh agensi kerajaan dan ketenteraan.

Gambar dari filem The Matrix

Ia juga bertindak sebagai lapangan untuk bagi latihan aplikasi senjata, operasi, dan taktik. Sehunbungan itu, pahlawan siber dan pakar IT dapat berlatih, dan menguji teknologi cyber range bagi memastikan operasi yang konsisten dan kesediaan dalam perlaksanaan dunia-sebenar.

Pada September 2016, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan Lapang Sasar Siber Malaysia menggunakan teknologi yang serupa digunakan oleh cyber range di serata dunia seperti U.S. Defense Advanced Research Projects Agency National Range (DARPA).

Sehubungan dengan itu, Politeknik Mersing juga telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan cyber range pada masa yang sama melahirkan pahlawan siber melalui Cyber Range Lab yang dipimpin oleh Tajul Azhar. Beliau adalah salah seorang pensyarah yang juga merangkap ketua teknikal yang bertanggunjawab membangunkan modul Cyber Range.

Politeknik Mersing mensasarkan untuk melahirkan ramai white hackers yakni penggodam beretika dan pakar keselamatan komputer yang menceroboh ke dalam sistem yang dilindungi rangkaian untuk memperbaiki keselamatan.

Cyber Range Lab dibawah Cyber Range Academy, adalah sebuah makmal di mana pelajar Jurusan Diploma Keselamatan Maklumat diletakkan dalam dua pasukan latihan Biru dan Merah dan mereka didedahkan dengan situasi perang siber sebenar.

Kelas sedang berjalan. Sumber gambar.

Sehubungan itu juga, pelajar diberi latihan secara intensif berkaitan Cyber Security menggunakan peralatan terkini dengan mengetengahkan latihan berasaskan dunia-sebenar. Kursus bersiri yang diadakan di akademi tersebut diiktiraf oleh MQA dan badan pendidikan.

Pelajar jurusan Diploma Keselamatan Maklumat ini juga aktif menyertai pertandingan-pertandingan Cyberwar yang dianjurkan seperti IXIA Cyber Combat dan Hack@10.

Cyber Range Academy juga membangunkan modul Cyber Range di Malaysia pada masa yang sama menyediakan perkhidmatan dalam membuat sebarang troubleshooting daripada lapisan pertama hingga ketujuh OSI 7 Layer.

Atas usaha yang di lakukan oleh Politeknik Mersing, institusi pendidikan kemahiran ini di nobatkan sebagai pemenang Anugerah Cyber Security Innovation Of The Year (Education) pada Malaysia Cyber Security Awards 2017.

Menerima Anugerah Cyber Security Innovation Of The Year (Education) . Sumber gambar.

Menurut Tajul Azhar, pelajar yang bakal lahir daripada Cyber Range Lab, telah menarik minat industri untuk memberikan peluang pekerjaan.

Walaupun pelajar hanya pemegang diploma, beliau yakin kehadiran mereka dalam industri dapat mengisi kekurangan tenaga pakar dalam bidang keselamatan maklumat pada hari ini.

“Dengan keupayaan makmal Cyber Range ini, segala serangan terkini dapat diadaptasikan dalam pembelajaran di Politeknik Mersing kerana ia dibina berasaskan peperangan siber sebenar”

Tajul Azhar juga adalah salah seorang penyumbang artikel di laman OtakIt yang banyak menyumbang artikel berkaitan dengan keselamatan siber. Antara artikel tulisannya adalah Ransomware dan Langkah Pencegahan, Mirai Botnet: Kaedah Terkini Serangan DDos, dan Isu Keselamatan Hari Ini: Kebocoran Maklumat di Malaysia

OtakIt.my ingin merakamkan setinggi tahniah kepada Politeknik Mersing dan Cyber Range Academy kerana berjaya memenangi Anugerah Cyber Security Innovation Of The Year (Education) dan menjadi salah satu daripada institusi pendidikan yang proaktif dalam menyediakan pendidikan dan juga melabur dalam teknologi terkini bagi pelajar untuk mendalami bidang berkaitan dengan keselamatan siber serta menyediakan tenaga kerja pakar dalam industri keselamatan siber.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.