Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

COO KLezcar Muhamad Shahril Sidek “Main Langgar Je,” Tempat Kedua BizSmart Challenge

3.76K 0

Kebanyakkan rancangan pertandingan realiti mempunyai kejutan yang tidak disangka-sangka. Salah-satu bentuk kejutan adalah peserta yang pernah disingkir dipanggil kembali untuk beraksi. Ia dikenali sebagai pilihan juri atau “wild card.” Lebih menarik lagi, apabila wild card, memenangi salah satu dari tiga kedudukan teratas.

Itu yang terjadi kepada Ketua Pegawai Operasi KLezcar, Muhamad Shahril Sidek. Beliau yang tersingkir pada cabaran episod ke 4, Cabaran EcoWorld Bizsmart 2018, di panggil kembali pada peringkat akhir untuk melakukan pembentangan (pitch) di hadapan juri pertandingan. Pengumuman yang dilakukan pada episod terakhir, memberikan kejutan kepada hadirin dan penonton rancangan realiti tersebut. Lebih-lebih lagi, pengumuman tempat kedua yang membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.

OtakIt.my berpeluang untuk menemuramah dan memaparkan pengalaman beliau menyertai pertandingan realiti tersebut.

KLezcar Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan menyewa kereta sewa melalui pelantar atas talian. Syarikat ini ditubuhkan pada akhir 2012 oleh Muhamad Sharil Sidek sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Amad Fuad yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Dengan menggunakan konsep “Lean Startup,” syarikat permulaan ini memperkenalkan sistem licensing dengan caj yang amat rendah. Strategi tersebut membolehkan KLezcar berjaya berkembang ke serata negeri di Malaysia.

Penyertaan Muhamad Sharil untuk program Bismart pada asalnya adalah sekadar “mencuba” tanpa meletakkan sebarang harapan yang tinggi. Tujuan sebenarnya adalah sekadar untuk menimba ilmu baru dan membina rangkaian dengan peserta dan juri.

Walaubagaimanapun, niat sekadar mencuba berubah apabila diumumkan sebagai pilihan 40 teratas. Ia menyebabkan beliau lebih bersemangat dan meletakkan usaha yang banyak untuk menyediakan pitch deck yang dapat memberikan perhatian kepada juri. Ternyata usaha beliau dan syarikatnya memberi pulangan.

“Alhamdulillah usaha kami membuahkan hasil selepas terpilih ke Top 12.”

Tak pernah terlintas di fikiran beliau untuk menyertai pertandingan realiti apatah lagi pertandingan membentangkan rancangan perniagaan. Beliau tidak meletakkan harapan yang tinggi apabila di senaraikan 12 teratas.

“Apa yang saya fokus pada masa itu hanyalah untuk fokus kepada marketing… ‘

…Jadi saya mengambil peluang ini untuk memperkenalkan jenama KLezcar pada umum. saya menjangkakan jenama KLezcar akan lebih dikenali selepas program ini ditayangkan di TV”

Pada hari pertama pertandingan berlangsung, Muhammad Sharil tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk memenangi cabaran yang diberikan. Katanya, beliau tidak mempunyai gameplan, cuma akan buat yang terbaik mengikut gerak hati apabila diberi tugasan dari pihak penganjur.

Seperti mana-mana pertandingan realiti, krew rakaman akan mengekori dan merakam setiap pergerakkan dan pertuturan peserta sepanjang pertandingan dijalankan. Muhamad Shahril menggambarkan pengalaman beliau diekori dengan dua perkataan, kekok dan kaku.

“…Setiap pergerakan kita di rakam, menjadikan setiap  langkah, setiap tutur kata, setiap perbuatan mula menjadi kekok. Tapi setelah beberapa lama, dengan bantuan pihak krew saya mula rasa tidak kekok lagi…” 

Daripada 6 cabaran yang dijalankan, beliau hanya sempat bertahan sehingga cabaran yang ke 4. Untuk bertahan sebanyak 4 cabaran memerlukan kerjasama yang erat. Menariknya, beliau adalah individu lelaki tunggal yang berbangsa Melayu manakala peserta lain adalah berbangsa Cina. Namun beliau dapat mendekati mereka dan dapat bekerjasama dengan baik di dalam dan di luar program.

Sepanjang 4 cabaran yang beliau tempuhi, baginya, cabaran yang paling mencabar adalah pada cabaran kedua di mana pasukannya diberikan tugasan untuk memperkenalkan produk Alliance One Account kepada umum.

“Tugasan ini amat mencabar mental dan fizikal. Tak pernah lagi sepanjang hidup saya, saya terima lebih dari 100 penolakan dari pelanggan dalam tempoh yang singkat.”

Pada cabaran keempat, berlaku ketegangan. Puncanya berlaku sedikit salah faham mengenai objektif tugasan yang diberikan. Objektif tugasan adalah untuk memperkenalkan produk yang inovatif kepada pengunjung. Namun ahli kumpulan beliau yang lain lebih fokus kepada rancangan perniagaan yang mana ianya bukan menjadi objektif cabaran tersebut.

“Saya sudah memberitahu pendapat saya kepada ahli kumpulan yang lain termasuk kepada ketua kumpulan, namun majoriti mereka tidak bersetuju dengan pendapat saya. Apabila kita bekerja secara kumpulan, suara majoriti akan menjadi keputusan muktamad dan saya harus turut menanggung sebarang akibat hasil dari  tindakan yang dipersetujui ramai walaupun saya tidak bersetuju. “

Kekalahan pada cabaran keempat menyebabkan beliau dinamakan sebagai dua peserta yang di undi keluar. 

“Apabila dapat tahu yang saya kena keluar dari pertandingan ini, saya redha. Walaupun saya terkeluar pada kali ini, namun banyak benda yang saya belajar dan yang paling pentingnya bagi saya, adalah saya mendapat circle networking yang baru…” 

Pada episod ke enam menyaksikan Muhammad Shahril dipanggil kembali, bukan sebagai peserta, tetapi sebagai pembantu kepada Anthony bersama dengan salah seorang bekas peserta. Ketika itu, langsung tidak terlintas difikiran beliau untuk masuk semula pertandingan setelah terkeluar. Sebaliknya beliau berbesar hati untuk membantu memandangkan beliau dan peserta yang lain didalam program telah menjadi sahabat baik. 

Tidak sah sesuatu pertandingan realiti tanpa kejutan.

“And we full of surprises…” kata Freda Liu

Pada minit terakhir, juri-juri membuat keputusan untuk memperkenalkan wild card pada pembentangan terkahir di mana salah seorang peserta yang terkeluar dan dirasakan layak, dipanggil kembali untuk peluang kedua.

“Jangan kata kejutan kepada orang ramai, malah ianya mengejutkan diri saya sendiri yang saya dipanggil masuk semula. Mungkin pihak hakim nampak sesuatu yg ada pada saya berbanding peserta lain. Menurut Tan  Sri Liew, saya di beri peluang kedua kerana saya ni jenis seorang entrepreneur yang ‘Messy’. Jenis yang main langgar jer untuk membesarkan perniagaan tanpa mempunyai sebarang yang backup.”

Dengan kemenangan yang meraih tempat kedua, hadiah kemenangan RM200,000 akan digunakan untuk mengembangkan KLezcar di peringat dalam dan luar negara. Ia juga akan digunakan untuk menyediakan Apps dan Website untuk produk terbaru mereka, NakMove.

“Kami menjangkakan pada 2019 kami akan luaskan perniagaan kami melalui produk Car Sharing (www.nakmove.com) ini di luar negara. Kami telah mengenal pasti beberapa negara yang berpotensi dan kami sedang giat membuat fund raising bagi menjayakan pelan kami. Insyaallah pada 5 tahun dari sekarang, KLezcar menerusi produk NakMove ini akan bertapak di sekurang kurangnya 5 negara. Doakan kami.”

“…Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh team Klezcar kerana tanpa mereka, Klezcar takkan mampu berkembang seperti hari ini. Semoga ukhwah antara kami dapat berkekalan….”

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.