Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Berikut Adalah 9 Senarai Semak Untuk Tukar Idea Kepada Sebuah Perniagaan (Startup)

3.56K 1

Ramai usahawan mempunyai idea yang hebat. Tetapi, beza antara seorang pengasas syarikat dengan usahawan biasa adalah keupayaan mereka untuk mengambil tindakan merealisasikan sesuatu idea. Kebanyakkan pengasas syarikat adalah mereka yang mempunyai pekerjaan tetap sebelum mengambil langkah berani untuk berhenti kerja.

Jika anda berfikir atau merancang untuk berbuat demikian, pentingnya terlebih dahulu mempunyai sebuah rancangan perniagaan yang kukuh supaya apabila anda telah membuat keputusan untuk mengejar impian, maka anda boleh bertindak segera dan pantas. Pentingnya juga bertindak mengikut satu senarai semak untuk memastikan perjalanan memulakan sebuah perniagaan teratur dan tidak sewenang-wenangnya.

Berikut adalah 9 Senarai Semak Untuk Tukarkan Idea Kepada Sebuah Perniagaan dan Syarikat Permulaan.

1. Buat Kajian Pasaran

Langkah pertama untuk memastikan sama ada idea anda mendapat sambutan adalah melakukan kajian pasaran. Mulakan kajian anda dengan menulis masalah-masalah yang anda rasakan idea perniagaan anda dapat selesaikan.

Kumpul maklumat dan dapatkan sejumlah orang yang sedang menghadapi masalah tersebut. Lakukan servei kepada bakal pelanggan yang berpotensi ini dan dengar apa yang mereka perlukan. Bandingkan dengan pesaing jika ia berupaya memberikan anda kelebihan. Simpan segala maklumat yang terkumpul.

2. Pilih Jenama Yang Sesuai

Penjenamaan adalah lebih daripada memilih nama yang sedap untuk didengari. Ia sebenarnya sesuatu pemilihan identiti. Pilih nama yang anda suka tetapi mempunyai makna yang menyampaikan pengalaman penggunaan produk dan masalah yang diselesaikan.

Pastikan nama yang anda pilih tidak berkaitan dengan jenama-jenama lain yang berjaya mahupun gagal kerana ia mungkin memberi impak kepada jenama anda pada masa akan datang. Ini juga masanya untuk mendapatkan nama domain untuk website dan bahan-bahan pemasaran yang lain seperti yang dicadangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyNEF, Lilyana Latiff dalam AspirasiMasterclass.com

Disini juga anda merangka dan menetapkan penerangan (elevator pitch) perniagaan anda supaya anda tahu apa yang hendak dikatakan apabila orang bertanya apakah perniagaan yang anda jalankan.

3. Daftar Perniagaan.

Mendaftar perniagaan adalah langkah seterusnya yang paling penting. Tujuannya bukan sahaja menjadikan ia sesuatu entiti yang sah, malah menentukan struktur perniagaan, organisasi dan juga bentuk pencukaian sama ada dalam bentuk Pemilikan Tunggal, Sendirian Berhad atau Berhad. Biasanya Sendirian Berhad adalah pilihan utama.

Bukan itu sahaja, ia juga bertujuan untuk menentukan pembahagian saham atau ekuiti yang akan menjadi isu utama apabila hendak mengumpul dana kelak daripada pelabur-pelabur berpotensi.

4. Memilih Ko-Pengasas

Pada kebiasaanya, pelabur akan melihat siapa kumpulan pengasas syarikat terlebih dahulu barulah melihat kepada idea untuk dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk melabur ke syarikat.

Bawa masuk seorang individu sebagai ko-pengasas untuk bantu memberi sokongan kepada anda. Pilih seseorang yang mempunyai latar belakang yang kukuh yang anda kenali. Kunci pemilihan adalah seseorang yang mempunyai kemahiran yang dapat menyokong anda.

Pertimbangkan juga gaya dan personaliti individu tersebut kerana anda akan bekerjasama setiap hari dan perlu mencapai satu matlamat sebagai sebuah pasukan. Fahami juga, mungkin hanya terdapat satu ruang untuk menonjol didepan orang ramai dan salah satu daripada anda akan lebih berada dibelakang pentas.

5. Rangka Pelan Perniagaan

Salah satu cara untuk memastikan perniagaan anda berada dalam landasan yang betul adalah merangka satu pelan perniagaan yang baik. Menggunakan maklumat dari kajian pasaran yang telah kumpul, rangka satu pelan tindakan dan rancang perkara-perkara yang ingin anda capai dengan perniagaan anda. Tentukan matlamat dan tanda aras serta langkah-langkah untuk capai tanda aras tersebut.

6. Dapatkan Mentor

Ia sebenarnya terpulang kepada anda sama ada anda perlukan bimbingan dalam perniagaan. Jika perlu, maka memilih mentor yang sesuai akan memberikan impak yang sangat besar. Walauapapun kepakaran anda dan ko-pengasas, seorang mentor mampu memberikan pandangan yang mendalam terhadap industri yang berkaitan dan boleh memberikan bimbingan untuk memandu anda menghadapi cabaran yang akan mendatang.

7. Setai Accelerator Program

Jika anda perlukan sumber dan kepakaran tambahan, pertimbangkan untuk menyertai program accelerator. Program sebegini mampu memecutkan perniagaan yang baru dengan menyediakan rangkaian kepada mentor-mentor berpengalaman dan adakalanya menerima dana pelaburan.

Program sebegini juga memberi peluang untuk melakukan pembentangan (pitch) kepada ahli komuniti perniagaan semasa hari demonstrasi pada hari terakhir program. Walaubagaimanapun, kebanyakkan program accelerator memerlukan pegangan saham dalam syarikat anda.

8. Kumpul Modal

Kebanyakkan syarikat permulaan yang hendak mengembangkan perniagaan ke peringkat seterusnya memerlukan bantuan kewangan tambahan dalam bentuk pelaburan.

Pengasas akan memberikan sejumlah ekuiti syarikat kepada angel investors atau VC untuk mendapatkan modal tambahan dan adakalanya menerima nasihat. Walaupun sumber tambahan tersebut mampu memberikan ransangan tambahan, ia juga datang bersama dengan pelbagai syarat-syarat ketat yang selalunya menguntungkan sebelah pihak. Fahami syarat tersebut sebelum terlebih dahulu sebelum anda meneruskan rancangan.

Jika anda merancang untuk mengumpul modal tambahan untuk perniagaan, terlebih dahulu rancang jumlah modal yang ingin anda kumpul dan kesannya kepada syarikat anda. Apabila anda telah tetapkan rancangan tersebut, tentukan pula bagaimana untuk mengumpulkannya. Sama ada melalui crowdfunding, angel investor atau melalui kaedah traditional melalui firma modal teroka (VC).

9. Sertai Aspirasi Masterclass.

Persediaan terbaik sebelum memulakan perniagaan adalah menghadiri bengkel-bengkel perniagaan. Anda akan mendapat lebih banyak maklumat dan pandangan daripada mereka yang berpengalaman, lebih-lebih lagi jika fasilitator adalah mereka yang mempunyai perniagaan yang bertaraf antarabangsa.

Tujuan menghadiri bengkel perniagaan adalah mengelakkan daripada melakukan kesilapan besar yang selalu dilakukan oleh usawahan pada 3 tahun pertama perniagaan. Kesilapan-kesilapan besar ini mampu menyebabkan syarikat lingkup dalam sekelip mata.

Walaubagaimanapun, adakalanya masa dan lokasi tidak mengizinkan untuk hadir bengkel-bengkel tersebut. Alternatifnya, anda boleh menyertai Aspirasi Masterclass anjuran Otakit.my dengan kerjasama NEF dan MyNEF yang membawakan kepada anda 5 orang CEO dan CTO yang mempunyai pengalaman luas dalam memulakan sebuah syarikat dan menjalankan perniagaan yang berjaya.

5 individi tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif dari Syarikat Permulaan antarabangsa; Nadhir Ashafiq dari
TheLorry, Arif Tukiman dari RunCloud.io, Mohd. Izzairi
Yamin dari ZeptoExpress, Lilyana Latif dari MyNEF dan juga dari Haslinda Rasip dari Dropee.

Dalam Aspirasi Masterclass tersebut, anda akan mempelajari 28 topik penting berkaitan dengan memulakan perniagaan dari sebuah idea sehingga mencapai pelancaran produk ke peringkat antarabangsa.

Jika anda ada satu idea perniagaan yang menarik, dalam perancangan untuk memulakan sebuah syarikat, dan ingin tahu selok-belok memulakan perniagaan ke tahap global, Aspirasi Masterclass adalah untuk anda.

Tekan butang dibawah untuk maklumat lanjut.

One Comment

  • Safa dot com enterprise says:

    Memerlukan bantuan pinjaman kewangan daripada pihak yang berkenaan yg berbesar hati menolong utk buka perniagaan dobi layan diri Pengalaman mini mart selama 5 tahun tak berjaya sekarang nak buat bisnes dobi pulak bangunan kedai sendiri, Minta pinjaman daripada MARA tak lulus Ada sesiapa boleh bantu beri pinjaman

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.