Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Belakang Tadbir Syarikat Permulaan Dan Peluang Pembiayaan Di Malaysia Startup Festival 2017

3.27K 0

HEXX Event Sdn. Bhd. akan menganjurkan Malaysia Startup Festival pada 21 & 22 Disember 2017 di Bertempat di MapKL, White Box & Black Box, Publika, Kuala Lumpur.

Festival ini menyediakan pelantar bagi membolehkan rakyat Malaysia untuk mengenali syarikat permulaan tempatan bagi membina ikatan, membina hubungan dan mencipta peluang baru bagi memecutkan perniagaan, melakukan demonstrasi, membentangkan kertas cadangan serta peluang padanan antara syarikat permulaan, pelabur, organisasi antarabangsa dan koporat.

Objektif festival ini adalah untuk menghubungkan pelbagai lapisan ekosistem syarikat permulaan di Malaysia, baru dan yang bakal ditubuhkan dalam satu festival. Dengan membuka peluang dan memberikan akses kepada bakat, modal, rangkaian, pengetahuan dan pasaran, Malaysia Startup Festival mensasarkan untuk menjadikan Malaysia sebagai tempat untuk bermula, mengembangkan, membawa perniagaan ke peringkat antarabangsa dan menjadi gerbang kepada seluruh Asia.

Selain pameran, persidangan dua hari yang diadakan memfokus kepada keseronokan dan cabaran keusahawanan, impak pelaburan dan peluang bagi syarikat permulaan baru untuk membentangkan dan validate idea perniagaan mereka.

Antara penceramah yang hadir semasa persidangan dua hari tersebut adalah Ketua Pengarah Eksekutif Malaysian Global Innovation and Creativity Centre Ashran Dato’ Ghazi , Ketua Pengarah Eksekutif Slurp Reza Razali, County Lead of MGAG Munyee Lau, Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif Get Doc Jerry Hang dan ramai lagi nama-nama besar dalam industri syarikat permulaan

Antara fokus persidangan yang dijalankan pada 21hb Disember adalah “Behind The Scene Of A Startup”. Program ini membentangkan potensi sesebuah syarikat permulaan untuk melakukan perubahan di dalam negara. Para hadirin juga berpeluang untuk belajar dari pengasas syarikat pemulaan tempatan, pengalaman mereka membangunkan syarikat dan cabaran pahit manis yang dilalui.

Pada 22hb Disember, fokus persidangan beralih kepada “Availabel Funding Options”. Program bakal menumpukan perhatian terhadap peluang-peluang pembiayaan yang dikongsikan oleh wakil firma Venture Capital. Peluang-peluang ini membolehkan para usahawan yang memerlukan modal mendapat gambaran bagaimana untuk mendapatkan pembiayaan.

Selain daripada usahawan syarikat pemulaan dan firma venture capital, Malaysia Startup Festival juga akan dihadiri oleh jabatan-jabatan kementerian dan agensi-agensi yang banyak membantu melonjakkan ekosistem syarikat pemulaan, digital profesional dan media yang pakar dalam bidang teknologi, rekabentuk, dan pemasaran, Perusahan Kecil Sederhana, Institusi kewangan serta badan-badan koporat.

Acara yang di adakan selama 2 hari ini dijangka akan dihadiri oleh lebih 1000 orang. Bagi yang berminat untuk menyertai persidangan, harga tiket adalah RM150 dan tempat adalah terhad kepada 250 orang; boleh mendaftar di link berikut:

Pendaftaran ke Malaysia Startup Festival

http://malaysiastartupfestival.com/pre-registration/

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.