Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Bagaimana Nak Jadi Sehebat Elon Musk — Diceritakan Oleh Bekas Isteri

3.39K 0
Bagaimana Nak Jadi Sehebat Elon Musk — Diceritakan Oleh Bekas Isteri

Kenapa terdapat individu yang sangat produktif dan inovatif sehinggakan mereka menjadi jutawan pada umur yang muda, sedangkan sebahagian besar daripada kita berusaha keras untuk mendapat sesuap nasi. Bagaimana orang seperti ini boleh berjaya dan menjadi hebat sedangkan masa dalam sehari hanya ada 24 jam. Tidak lebih, tidak kurang dan sama untuk semua orang.

Justine Musk membongkarkan bagaimana bekas suaminya, pengasas PayPal dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Dan SpaceX mencapai kejayaan dan mempunyai anggaran nilai bersih $14 bilion. Siapa lagi kalau bukan Elon Musk.

Justine berkongsi pandangannya apa yang diperlukan untuk menjadi orang yang hebat dan mencapai kejayaan berdasarkan maklumbalas terhadap bebenang soalan di laman Quora How can I be as great as Bill Gates, Steve Jobs, Elon Musk, and Richard Branson?

Menurutnya, “kejayaan extrem adalah hasil daripada personaliti extrem dan pengorbanan banyak perkara.“ Walaubagaimanapun anda tidak semestinya mengikut jejak langkah seperti Elon untuk menjadi seorang yang berjaya dan bahagia, ujarnya lagi. Anda perlu merancang dan mengaplikasikan strategi yang memberikan faedah kepada anda.

Apa yang membezakan orang berjaya dengan orang biasa adalah cara berfikir dan cara melihat sesuatu perkara dari sudut berbeza untuk mendapatkan idea. Bagi sesetengah orang ramai, idea tersebut mungkin tidak masuk akal. “Individu seperti ini mempunyai sifat yang pelik dan terpaksa berhadapan dengan orang ramai dengan cara yang berbeza dan penuh dengan cabaran. “

Obses Dengan Sesuatu Perkara

focus

Menurut Justine, anda perlu menjadi seorang yang obses, “Jika anda tidak obses, maka hentikan apa yang anda lakukan dan cari sesuatu yang membuatkan anda obses”

Fokus Kepada Matlamat Besar

Adalah penting untuk memberikan inspirasi kepada orang yang akan membantu anda. “‘Matlamat besar’ akan mengelakkan anda daripada terkeluar dari landasan apabila menerima pujian terhadap kehebatan anda dan produk pada hakikatnya ia tidak sehebat disangka,” Justine menambah.

Jangan Kerjar Nama

Hentikan jika anda mengejar sesuatu matlamat kerana nama. Justine menulis, “Kejar sesuatu berdasarkan minat dan perkara yang mempesonakan diri anda. Kerana individu ekstrem mengabungkan bakat dan kecermelangan dengan etika kerja yang kuat. Jika anda tidak terdorong dengan bebanan kerja maka anda akan penat dan lemah terhadap tekanan. Anda akan digagalkan oleh pesaing dan anda akan kecewa”.

Kejar Obesesi Anda Sehingga Timbul Masalah

goal

Masalah yang timbul hendaklah mencabar sehinggakan ia melibatkan ramai orang.Masalah tersebut menyebabkan anda berazam untuk menyelesaikan hingga berjaya atau gagal kerana mencuba. Katanya ” Ia mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana anda perlu menimba pelbagai bentuk ilmu pengajian, kumpul maklumat kemudian hubungkait dan selesaikannya.”

Belajar Mengawal Tekanan Yang Biasanya Mengagalkan Orang

“Jika anda tidak dikurniakan genetik seperti manusia luarbiasa, maka jadikan ia sebab utama untuk menjaga kesihatan. Anda akan berhadapan dengan jetlag, keletihan benak, menghadiri majlis, mesyuarat berpanjangan, anjakan kebelakang, masalah keluarga, individu yang menjengkelkan, tidur yang tidak secukupnya dan sebagainya. Tajamkan minda dan kesihatan. Ia amat berbaloi”

Jangan Tiru Idola Anda

Jangan ikut langkah idola atau tiru laluan mereka. Apa yang berjaya untuk orang lain tidak semestinya berjaya untuk anda. Individu ini mempunyai pandangan berbeza dan mengeksploitasikan kelebihan serta kekuatan mereka.  Mereka menukarkan kelemahan kepada kekuatan dan mengaplikasikan strategi yang memberikan faedah kepada mereka. “Cari kerjasama dengan orang yang pakar dalam sesuatu bidang tetapi tidak berbakat” kata Justine.

Jangan Takut Kegagalan.

failure

“Mereka tidak takut gagal, mungkin juga, tetapi mereka tetap meneruskannya. Mereka akan bertemu dengan kegagalan yang memalukan didepan orang ramai, tetapi akan mencari jalan untuk mengubah sehingga ia tidak dianggap sebagai kegagalan, “ kata Justine. “Mereka belajar dari kegagalan dan kesilapan tidak seperti orang lain. Mereka mempunyai daya tahan yang luar biasa,” sambungnya lagi.

Baca Buku.

Melayari internet akan membuang masa tanpa sedar dan individu yang hebat sedar mereka tidak mampu membuang masa.  Sebelum mengakhiri tulisannya, Justine berkata “Berkemungkinan besar mereka tidak akan membaca artikel seperti ini. Mereka lebih suka membaca buku, mungkin tentang individu yang hebat seperti Alexender The Great.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.