Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Automasi Pemasaran Apakah Ia Sebenarnya?

3.68K 0

Pemasaran merupakan nadi kepada setiap jenama-ke-hubungan pelanggan (atau prospek). Bidang ini amat padat dengan intergrasi jualan. Bagi sesebuah syarikat yang baru beroperasi, biasanya terdiri daripada pembina atau penjual. Pembina adalah mereka yang mencipta atau menghasilkan produk dan penjual adalah mereka yang berada dilapangan untuk mewujudkan hubungan 1 antara 1 dengan pelanggan berpotensi.

Ketika ini, proses jualan masih di peringkat awal.

Apabila syarikat berkembang, ia amat mustahil untuk mengekalkan hunbungan 1 antara 1 dengan setiap orang. Pada peringkat ini, telah tiba masanya untuk mengupah seorang pengurus yang boleh membina program berskala besar berasakan kepada prestasi dan bertumpu kepada conversion.

Sehingga pada satu tahap, program pemasaran syarikat akan melampaui kemampuan yang tidak dapat diuruskan sekadar menggunakan word, gmail dan excel. Syarikat boleh mengupah atau menambah pasukan pemasaran khas, tetapi pada akhirnya ia akan membazir wang.

Kos akan  meningkat disebabkan oleh tugas-tugas berulang seperti menghantar email kepada pelanggan baru atau menghantar email ke setiap pelanggan setiap kali ada kandungan yang baru.

Disini datangnya Automasi Pemasaran.

Apakah Maksud Sebenar Automasi Pemasaran

Automasi pemasaran adalah satu konsep yang sukar diterangkan dalam beberapa ayat. Secara amnya, ia bermaksud satu subset pengurusan hubungan pelanggan yang tertumpu kepada maksud, jadual, segmen, dan pengesanan bagi sesuatu kempen pemasaran. Penggunaan automasi pemasaran membolehkan sesuatu proses yang biasanya dilakukan secara manual menjadi lebih cekap.

Ada yang mengatakan automasi pemasaran dan pemasaran email adalah dua perkara yang sama. Sebenarnya, ia adalah dua perkara yang berbeza. Pada hakikatnya, pemasaran email adalah sebahagian daripada komponen automasi pemasaran.

Automasi pemasaran mengabungkan pengambil-alihan pelanggan yang berbeza dan saluran pengekalan untuk mematuhi conversion funnel syarikat. Dengan kata lain, automasi pemasaran adalah mengenai perisan yang digunakan.

Sebagai sebuah syarikat permulaan, salah satu matlamat adalah membina dan membesarkan senarai pelanggan. Satu kumpulan yang terdiri daripada 10 orang mungkin boleh diurus, tetapi bagaimana jika ia 100, atau 1,000 atau dalam erti kata sebuah syarikat permulaan, lebih dari 1,000,000?

Disini datangnya perisian automasi pemasaran. Terdapat pelbagai pelantar di pasaran dan setiap satunya direka khas mengikut keperluan dan bentuk perniagaan.

Sebagai contoh Getresponse. Pelantar tersebut menyediakan perkhidmatan pemasaran email, automasi pemasaran, webinar, CRM dan ecommerce, yang dapat membantu syarikat permulaan melaksanakan rancangan pemasaran dari satu tempat untuk membina senarai pelanggan dan menukarkan senarai tersebut kepada jualan.

Automasi pemasaran melalui Getresponse

Perlukah Syarikat Pemulaan Melabur Dalam Perisian Automasi Pemasaran

Kumpulan pemasaran terbaik menggunakan automasi pemasaran untuk menjadikan kempen pemasaran mereka lebih khusus dan tepat bagi setiap senarai yang dibina untuk mencapai ROI yang tinggi. Ia membolehkan kumpulan pemasaran mendapat gambaran yang luas terhadap saluran jualan dan alat yang membolehkan mereka menentukan bila bakal pelanggan bersedia untuk membeli.  Dalam suasana pemasaran terkini, ia suatu kebolehan yang menjadi satu keperluan.

Menggunakan automasi pemasaran, pemasar dapat mengenalpasti prospek yang layak dan mengarahkan kepada jualan. Pada masa yang sama ia memberi kesan kepada pendapatan dan perkembangan syarikat yang lebih tinggi.

Dengan kata lain, automasi pemasaran membenarkan demonstrasi ROI sesebuah kempen. Kebolehan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kempen, dapat membantu pasukan pemasar beralih dari kempen yang mengeluarkan kos kepada kempen yang menjana pendapatan. Ia membolehkan syarikat membesarkan (scale) kempen untuk mencapai prospek dengan lebih efektif, lebih layak dan demonstrasi ROI.

Apa Yang Perlu Syarikat Permulaan Lakukan Sekarang?

Automasi pemasaran adalah sesuatu yang amat menarik untuk dilaksanakan. Ia adalah satu alat yang hebat yang dapat membantu syarikat memupuk prospek dalam pelbagai saluran dan mengutamakan pospek yang sesuai untuk jualan. Jika dilaksanakan dengan sempurna, ia dapat membantu membina satu hubungan rapat dengan prospek yang akhirnya membawa nilai positif kepada syarikat.

Walaubagaimanapun, tidak semua syarikat memerlukannya. adakalanya, ia tidak mendatangkan hasil kepada syarikat dan pulangannya tidak setimpal dengan pelaburan sesebuah automasi pemasaran. Adakalanya, syarikat yang melabur dalam sesebuah automasi menggunakan hanya sebahagian dari keupayaan sepenuhnya kerana kerumitan pemasangannya. Ini menyebabkan automasi pemasaran tidak di laksanakan sepenuhnya.

Oleh hal demikian, apa yang boleh dilakukan adalah mendapatkan latihan dengan menghadiri bengkel terlebih dahulu untuk membiasakan diri dengan automasi pemasaran.

Pemasaran Email dan Automasi Pemasaran Untuk Edangang Bersama Getresponse

Ini peluang untuk syarikat permulaaan, terutamanya mereka yang berkecimpung dengan e-commerce. Pelajari cara meningkatkan jualan dengan email marketing dan marketing automation daripada pakar pemasaran online GetResponse sendiri.

GetResponse adalah syarikat pemasaran email yang ditubuhkan pada 1997. Mereka punyai pengalaman yang meluas dalam optimasi jualan di internet dengan email marketing. Perisian mereka digunakan oleh ribuan syarikat seluruh dunia, menghantar jutaan email sehari untuk pelanggan mereka.

Pakar dari GetResponse sendiri akan memberi latihan. Antara pengisian program :

  • Pelajari terus daripada Marketing Specialist GetResponse
  • Teknik meningkatkan jualan dengan Email Marketing
  • Membina otomasi dalam pemasaran untuk bisnes e-commerce
  •  Teknik optimasi untuk jualan yang lebih tinggi

Jangan lepaskan peluang ini.

Tarikh : Selasa, 28 Ogos 2018
Masa : 9:00 am hingga 1:00pm
Tempat : Oasis Village, Ara Damansara
Yuran : RM30 sahaja

https://ecomautomation.gr8.com

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.