Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

ASPIRASI: “TRUE SUCCESS, DEBT FREE LIFE” DATUK ARMIN BANIAZ PAHAMIN – CARBENGKEL

7.36K 0

‘TRUE SUCCESS, DEBT FREE LIFE’
Datuk Armin Baniaz Pahamin
CarBengkel
www.carbengkel.com

 

BIOGRAFI

Datuk Armin Baniaz Pahamin merupakan Pengarah Urusan (MD) CarBengkel. Dilahirkan di Negeri
Sembilan, beliau merupakan graduan University of Buckingham BSc (Econ) Hon, United Kingdom.

Sebelum itu, beliau telah menyambung pengajian tingkatan enam di Holborn College, London, dan
merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Bukit Bintang (boy) school.
Memulakan kerjayanya di Commerce International Merchant Bankers Berhad (Bank Saudagar) dalam
Corporate Finance. Datuk Armin Baniaz juga memegang jawatan dalam bahagian kewangan korporat
terutamanya dalam sektor automatif. Sejak dari itu, minatnya amat mendalam terhadap perniagaan
dan industri automotif, beliau telah memutuskan untuk memulakan perniagaan pertamanya sebagai
pengedar kereta Proton Edar.

Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA) dan pernah
menyandang jawatan bendahari Persatuan Pedagang dan Pengusaha Bumiputera Selangor
(PERDASAMA) semasa ia ditubuhkan.

Kredibiliti serta pengalaman yang ada, beliau telah membawanya meneroka satu lagi segmen
perniagaan baru yang berasaskan teknologi iaitu CarBengkel. CarBengkel menyediakan aplikasi yang
dapat memastikan pemilihan bengkel yang tepat dan terdekat bagi memenuhi segala keperluan servis,
pembaikan, penyelenggaraan serta waranti kereta kepada pengguna.

Aplikasi CarBengkel telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada Jun 2015. Ia juga turut disenarai
pendek sebagai Top 7 SME Innovation Award 2015 dan TOP 5 Echelon Thailand. Selain itu, CarBengkel
juga adalah pemenang VISA Retail Innovation Award 2015.

Datuk Armin Baniaz Pahamin merupakan anak kedua daripada enam beradik. Berasal dari keluarga
yang dihormati. Bapanya, Datuk Pahamin A Rajab merupakan bekas Pengerusi Airasia Berhad dan bekas
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pahamin A Rajab
juga merupakan ahli perniagaan yang berpengaruh dan berjaya di Malaysia. Maka tidak hairanlah jika
bakat keusahawanannya mengalir secara organik di dalam darah keluarga besar ini termasuk Datuk
Armin Baniaz sendiri. Semoga beliau menjadi inspirasi semua!

 

 

Datuk Armin Baniaz Pahamin, CarBengkel

INTERVIU
Perjalanan anda sebagai usahawan.
Memulakan kerjaya di Commerce International Merchant Bankers Berhad (Bank Saudagar) dalam
Corporate Finance, saya memegang portfolio di bahagian kewangan korporat bagi syarikat-syarikat
yang dalam proses penyenaraian ke Bursa Saham Kuala Lumpur dalam sektor automatif.

Setelah beberapa tahun bekerja di Bank Saudagar, minat saya dalam sektor automotif semakin
mendalam. Saya kemudiannya memulakan perniagaan saya yang pertama sebagai pengedar kereta
Proton Edar. Kemudiannya menjadi Vendor dan juga menceburkan diri sebagai property developer.

Saya juga merupakan Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia dan pernah memegang
jawatan bendahari kehormat Persatuan Pedagang dan Pengusaha Bumiputera Selangor ketika
PERDASAMA Selangor ditubuhkan.

Bidang teknologi adalah bidang yang baru di terajui. Bidang teknologi mudah alih yang saya terokai
ini di daftarkan dibawah hak pencipta (Intellectual property) bernama CarBengkel.

Petikan dari buku Aspirasi Unikorn Bumipreneur- Stories From the Frontline terbitan NEF. Penulisan asal oleh Ain A. Patakon. Untuk terus membaca kisah pengalaman Datuk Armin Baniaz Pahamin, dapatkan salinan buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur – Stories From the Frontline‘ sekarang. Untuk versi e-Book, muat turun di e-Sentral.com.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.