Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

ASPIRASI: “THE STORYTELLER” Mohd Nizam Abd Razak – Animonsta Studios Sdn Bhd

3.56K 0

‘THE STORYTELLER’
Mohd Nizam Abd Razak
Animonsta Studios Sdn Bhd
www.animonsta.com

BIOGRAFI

Mohd Nizam Abd Razak pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, ANIMONSTA STUDIOS SDN. BHD.. Beliau turut dikenali sebagai pencipta serta pengarah siri TV popular ‘BoBoiBoy’, ‘Upin & Ipin’ dan filem animasi 3D pertama Malaysia, ‘GENG : Pengembaraan Bermula’ yang meraih kutipan RM 6.3 juta di mana ai menjadikannya filem tempatan kedua tertinggi pada tahun 2009. Ia sekaligus melayakannya menerima anugerah khas juri di Festival Filem Malaysia ke-22 serta Viewer’s Choice Award di Kid’s Film Festival.

Selain itu, menerusi ‘BoBoiBoy’ ia turut merangkul Anugerah Karyawan Animasi Malaysia (ANIMAS) 2011 bagi kategori Muzik Tema, Suara Latar dan Skrip Terbaik serta menjuarai Regional Award di 12th TBS DigiCon6 yang dianjurkan di Tokyo pada 2010. Tidak ketinggalan ‘Upin & Ipin’ yang juga memperoleh pelbagai anugerah serta menjadi fenomena dikalangan masyarakat khususnya kanak- kanak di Malaysia.

ANIMONSTA ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai peneraju kandungan animasi yang membawa pengisian segar serta nilai-nilai murni untuk pasaran sejagat. Begitu juga dalam penghasilan produk yang bercirikan universal, namun dengan sentuhan serta kreativiti tempatan Animonsta berjaya menyajikan cerita-cerita menghiburkan. Watak yang dicipta sukar dilupakan dan berpengaruh sejak enam tahun lalu. ANIMONSTA yang beroperasi di Cyberjaya berkepakaran dalam features film, siri TV, merchandising dan penghasilan produk-produk IP. Ia turut dinobatkan Best Start-up Company di NEF-AWANI ICT Awards 2010.

Walau bagaimanapun, saya juga tidak terlepas mengalami dilema untuk memilih antara usahawan atau industri kreatif suatu masa dahulu. Sehinggalah saya ditawarkan melanjutkan pelajaran di beberapa universiti pilihan antaranya UTP, MMU dan UTM. Akhirnya saya memutuskan ke MMU untuk mendalami bidang kreatif dan di situlah pengetahuan serta bakat saya mula berkembang.

Di MMU saya mencabar kemampuan diri, di mana saya mengambil pengkhususan dalam filem dan animasi digelar paling sukar pengajiannya dikalangan mahasiswa. Penglibatan saya dalam pelbagai projek filem serta kerja-kerja berkumpulan memberi impak besar pada pencapaian di universiti. Selain itu, beberapa anugerah turut diraih menerusi projek akhir antaranya Best Of Tertiary Student Projects, APICTA Awards 2005 dan juga di Asia Tenggara dalam kategori sama.

pg-nizam-animonsta-1

Mohd Nizam Abd Razak, Animonsta Studios Sdn Bhd

Petikan dari buku Aspirasi Unikorn Bumipreneur- Stories From the Frontline terbitan NEF. Penulisan asal oleh Ain A. Patakon. Untuk terus membaca kisah pengalaman Mohd Nizam Abd Razak, dapatkan salinan buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur – Stories From the Frontline‘ sekarang. Untuk versi e-Book, muat turun di e-Sentral.com.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.