Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

ASPIRASI: “MOVE TO THE NEXT LEVEL” REZA FAHMI RAZALI – TERATO TECH

4.22K 0

‘MOVE TO THE NEXT LEVEL’
Reza Fahmi Razali
Terato Tech
www.teratotech.com

BIOGRAFI

Reza Fahmi Razali merupakan seorang technopreneur dan pengasas TERATO TECH. Pada tahun 1999, ketika beliau masih berusia tujuh belas tahun beliau telah melancarkan projek sulungnya iaitu Terato. com di mana ianya merupakan sebuah portal pengubahsuaian kereta untuk remaja. Portal tersebut telah menerima lebih 2 juta hits dan mempunyai lebih 50,000 ahli. Ini berjaya merangkul pelbagai anugerah seperti Communication Technology Alliance (APICTA) dan The Asia-Paci c MSC IT serta T Awards (APMIT TA).

Reza Fahmi Razali merupakan graduan dari Universiti Oklahoma pada tahun 2006. Beliau mempunyai kelulusan dalam bidang kewangan serta Management Information Systems. Setelah tamat pengajian, beliau bertugas di syarikat Dell, Amerika Syarikat. Setelah kembali ke Malaysia, beliau telah dilantik sebagai penasihat kepada pelbagai organisasi khusus dalam pembangunan usahawan teknologi.

Selain itu, beliau juga turut berjinak dalam bidang penyiaran di mana sekitar 2002 hingga 2005 beliau telah bekerjasama dengan pihak Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) menerusi sebuah rancangan popular ‘Remaja’. Kemudian, beliau juga turut terlibat dalam penubuhan awal Xfresh yang mana kini merupakan pembekal kandungan atau content terbesar bagi MEASAT Broadcast Network System (ASTRO) khusus dalam sasaran demogra golongan belia menerusi saluran-saluran televisyen, radio dan web.

Bertitik tolak dari itu, ditambah pula dengan portfolionya yang berpengalaman luas dalam pembangunan keusahawanan, beliau kini telah membangunkan entitinya sendiri iaitu TERATO TECH, sebuah syarikat yang menawarkan penerbitan tablet dan perkhidmatan pembangunan aplikasi mudah alih untuk pelanggan perusahaan, disamping membangunkan beberapa permainan mudah alih.

TERATO TECH telah memenangi Frost & Sullivan Most Innovative Service Provider pada tahun 2011 dan Digi App of The Year pada tahun 2012 dan 2013.

Perjalanan anda sebagai usahawan.

Penglibatan saya dalam bidang IT bermula sejak berusia tujuh tahun lagi dan minat saya sentiasa terarah kepada bidang tersebut. Malah sejak di bangku sekolah, saya aktif menyertai kelab yang diberi nama ‘Microsoft Young Programmers Club’ di mana ketika itu saya hanya berusia tiga belas tahun.

Kelab tersebut telah menghimpunkan bakat-bakat muda yang berpotensi dalam bidang programming dan seramai lima puluh orang telah menyertainya. Sewaktu persekolahan lagi saya juga telah memenangi pelbagai anugerah antaranya APICTA Award bagi Best Student Local diikuti APICTA International Award.

Kemudian, pada tahun 2000 saya membangunkan sebuah website yang dikenali sebagai Terato. com dan ianya sangat berjaya. Ia juga telah menjadi salah satu website yang paling banyak dikunjungi di Malaysia ketika itu. Tetapi kerana ia bermula terlalu awal, tiada jalan untuk menjana pendapatan menerusinya. Sehinggalah pada tahun 2007, saya memutuskan untuk menamatkannya tetapi masih lagi mengekalkan terato.com. Ini kerana jenama tersebut telah menjadi hak saya.

Apapun, website tersebut telah menjadi titik mula serta platform yang sangat baik untuk saya. Ia juga secara tidak langsung telah membina kredibiliti saya dalam jaringan ini. Selepas menamatkan pengajian di Amerika Syarikat, saya telah bertugas di syarikat Dell sekitar tahun 2007 sebelum memutuskan menubuhkan TERATO TECH di Malaysia sehingga ke hari ini.

TERATO TECH bermula ketika iPhone pertama diperkenalkan pada tahun 2008 dan daripada situ, saya mula menginovasikan teknologi-teknologi yang bersesuaian dengan konsep mudah alih atau mobile. Ketika itu saya fikir ianya adalah perkara yang baik kerana saya dapat melihat peluang perniagaan di situ. Kononnya apa sahaja yang disuarakan oleh Steve Job pasti akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Jadi, sebenarnya ia tidak lebih daripada sebuah keghairahan atau passion semata-mata dan tidak terhad kepada business model itu sendiri. Apa yang diinginkan ketika itu saya mahu mendominasi pasarannya termasuklah training, servicing sehinggalah aplikasi. Itulah business plan pertama saya.

Mudah kan?

Kami juga sebenarnya merasa amat bertuah kerana ketika itu kami telah menerima geran berjumlah RM 150 ribu daripada program MDeC Preseed. Maka, secara tidak langsung ia telah menjadi jump-start bagi syarikat dan kami mampu mengendalikan klien demi klien yang datang mengetuk pintu kami.

Pada peringkat awal, kami hanya bermula dengan dua orang staff dan seterusnya kami berkembang sehingga mempunyai team dengan kekuatan empat puluh orang. Disamping itu, kami juga berjaya menghasilkan beberapa produk dan perkhidmatan yang telah digunapakai dan mendapat sambutan dikalangan sektor korporat, Government Link Company (GLC) dan sebagainya, di dalam mahupun luar negara.

Reza Fahmi Razali, Terato Tech

Petikan dari buku Aspirasi Unikorn Bumipreneur- Stories From the Frontline terbitan NEF. Penulisan asal oleh Ain A. Patakon. Untuk terus membaca kisah pengalaman Reza Fahmi Razali, dapatkan salinan buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur – Stories From the Frontline‘ sekarang. Untuk versi e-Book, muat turun di e-Sentral.com.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.