Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Aplikasi Ini Bantu Ingatkan Kau Hutang Orang, Orang Hutang Kau!

6.04K 1

Disebut-sebut sebagai “Buku-lima-lima-lima” atau “Buku-tiga-lima”, buku ini bewarna merah jambu (ada juga bewarna kuning), saiznya sebesar tapak tangan dan mempunyai logo bernombor 555. Ia kecil, tips dan murah, hanya mempunyai 36 muka surat sahaja (termasuk kulit). Harganya adalah antara 20sen -50sen, antara buku nota kecil yang termurah di rak-rak kedai buku nota.

Buku 555 ini banyak fungsinya. Ia boleh digunakan sebagai buku senarai telefon, nota peringatan ringkas dan sebagainya. Tetapi fungsi yang digunakan secara meluas adalah untuk merekod jumlah hutang peribadi mahupun hutang-hutang pelanggan. Segala transaksi keluar masuk wang akan dicatatkan didalam buku ini. Jika anda pernah menonton drama Melayu sekitar tahun 1990 – 2005, pasti adanya adengan disebuah kedai kampung dimana akan ada ayat berikut “tokey, masuk buku ya!”

Mundar laju kedepan, buku ini masih wujud sehingga kini dan diberikan rekaan yang baru dengan kertas kulit yang berkilat.

Di era syarikat permulaan tumbuh bagaikan cendawan, syarikat Data & Roses Sdn. Bhd. telah mengubah buku yang nostalgia in dengan meberikan nafas yang baru. Dalam bentuk aplikasi digital yang anda boleh muat turun terus ke telefon pintar anda.

 

Walaupun ia berdasarkan buku 555 yang sebenar, fungsi utama aplikasi ini lebih kepada buku hutang. Ia tidak sesuai digunakan untuk membuat catatan atau nota ringkas. Mungkin ia boleh digunakan sebagai senarai membeli-belah tetapi itu atas kretiviti anda.

  

Ciri-Ciri Keselamatan

Apabila anda memulakan aplikasi ini untuk pertama kali, anda akan melalui tutorial ringkas dan kemudian diminta untuk menetapkan Pin atau Touch ID. Menurut catatan aplikasi ini, ia bertujuan supaya “Rahsia” hutang anda tidak didedahkan dan diakses dengan mudah. Sehubungan itu, apabila anda membuka aplikasi lain dan kembali ke aplikasi ini, ia akan meminta pin. Satu lapisan keselamatan yang “well thought out.”

Kandungan Aplikasi dan Fungsi

Setelah anda memasukkan pin, anda segera dibawa ke laman utama iaitu laman Kau Hutang Orang. Rekaannya seakan-akan buku 555. Ia terbahagi kepada 3 kolum iaitu tarikh, Perkara dan nilai hutang. Dibawah antaramuka terdapat ruang untuk masukan maklumat hutang bersama jumlah dan juga 3 butang navigasi.

Anda juga boleh edit maklumat hutang dengan mudah, dengan hanya menekan baris maklumat tersebut.

Halaman kedua, Orang Hutang Kau, tidak jauh beza dengan halaman pertama, cuma bahagian jumlah hutang diwarnakan hijau sebagai tanda nilai positif. Halaman terkhir, Semua Sekali memaparkan jumlah keseluruhan hutang-hutang, bersama dengan baki dan juga hutang-hutang yang belum atau telah selesaikan.

Aplikasi ini amat stright forward dan intuitif. Ia tidak memerlukan tutorial yang panjang dan sebaik sahaja anda membukanya untuk pertama kali, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan tanpa berfikir panjang. Cuma terdapat satu masalah teknikal yang kecil iaitu maklumbalas (responsiveness) butang simpan pada laman edit hutang. Selain dari itu, tidak ada masalah yang ketara.

Adakah ia satu aplikasi yang diperlukan? Ya jika anda ada banyak hutang  yang perlu diingat untuk ditagih atau diselesaikan tiap-tiap bulan.

Buku 555 ini boleh dimuat turun pada Google PlayStore dan Apple iTunes.

 

 

One Comment

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.